Malam itu kali kedua kami terima ‘referral’ untuk pesakit yang disyaki dijangkiti kuman difteria. Simptomnya sama. Sakit tekak, demam, sukar menelan dan kedua-duanya tidak pernah diberikan suntikan imunisasi semenjak lahir.
Kes seperti ini bukannya mudah untuk ditangani. Khususnya untuk menjelaskan kepada orang terdekat tentang bahayanya penyakit ini.
Ia bukan sahaja boleh menyebabkan sakit tekak dan demam biasa, tetapi yang lebih membimbangkan boleh meragut nyawa akibat sekatan pada saluran pernafasan dan tularan toksin ke organ pesakit. Ini yang kami bimbangkan.
Ibu ini berkeras untuk tidak benarkan pesakit ini dimasukkan ke wad. Mahu diberi rawatan sebagai pesakit luar sahaja.
Ads
“Tak boleh puan, kes seperti ini perlu kami tahan di wad. Ubat antibiotik perlu diberi di dalam wad dan beberapa ujian darah dan sampel tekak perlu kami lakukan,” jelas saya cuba menjelaskan.
Setelah beberapa kali penerangan dan perbincangam baik dilakukan, beliau bersetuju. Anak ini dimasukkan ke wad akhirnya.
Alhamdulillah, selepas beberapa hari di wad, beliau kembali sihat. Ujian sampel juga mengesahkan bahawa ia bukan jangkitan difteria.
Ads
Sekiranya anak anda alami tanda-tanda ini,
1. Mengadu sakit tekak yang tidak berkurangan beberapa hari.
2. Disertai dengan demam panas.
Ads
3. Pesakit juga mengadu sukar dan sakit untuk menelan makanan serta minuman.
4. Untuk kes serius, boleh mengakibatkan kesukaran bernafas.
Maka, bawa segera ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan.
Demi membantu suami menurunkan berat badan, si isteri telah menyediakan pelbagai menu diet. Hasilnya, nampak perubahan daripada saiz XL kepada S dari Oktober hingga Februari.
Menurut Puan Darina Sekeri daripada saiz 36, kini suaminya mampu memakai seluar saiz 28. Tipnya, masak makanan sihat dan rendah kalori.
Nak tahu caranya, kena baca tip yang dikongsikan oleh Puan Darina ini.
Sebahagian menu yang saya masak untuk bekal suami setiap hari.. start diet awal Oktober 2018 hingga sekarang lebih kurang 3 bulan ++ Suami saya on diet. tak makan nasi, tak minum manis.. Dari size XL ke size M. Dari seluar size 36 ke size 28.,” ujar Puan Darina yang turut memberitahu terkini suaminya memakai saiz S.
Terima kasih kepada yang kutuk dia, panggil dia tong sampah. Saya isteri, apa orang kata kat suami saya mesti la saya pun terasa. Saya tak suruh dia kuruskan badan. Dia sendiri yang nak buat.
So saya masak makanan sihat, rendah kalori. Kukus, panggang, rebus dan goreng (guna airfryer sahaja) Garam, guna garam bukit. Tiada bahan perisa. Seasoning macam-macam ada, blackpepper, whitepepper, paprika, chili flakes.. campak je apa ada..
Paling mudah dan murah, tempe goreng. Sekarang tempe dah jadi menu wajib sebab dah boring makan telur ?.
Siapa lagi nak diet? Bole la buat semangat.
Berikut adalah sebahagian menu diet yang dibekalkan Puan Darina buat suaminya.
Lemon telah mendapat pengiktirafan untuk sifat perubatannya. Secawan perahan lemon dikatakan dapat menyegarkan dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan.
Tapi jika asyik beli tapi menyimpan lemon dalam tempoh yang lama tentu mengakibatkan ia menjadi rosak seperti kecut, lembik atau berkulat.
Menarik dengan perkongsian puan Shuhairi Shuhaini ini menunjukkan cara terbaik untuk menyimpan lemon di rumah supaya kekal ‘fresh’ dan tidak mengering.
Mudah aje tip lemon kekal ‘fresh’ .
Satu paket utk satu mug. Kemudian frozenkan. Lemon satu hiris, bunga cengkih 3 kuntum (basuh dulu cengkih) & halia sehiris..kita lebih suka halia merah sebab baunya lebih kuat. Halia ketuk sikit ya.
Kalau nak minum tambah madu 1 sudu & air panas.
Terima kasih sis Joan Keisha semalam share tips nih. Idea yang bagus, kalau tidak kadang lemon kita selalu lembik.
Potong nipis dan masukkan dalam pek plastik sebelum dibekukan
Halia merah
Khasiat minuman lemon madu
Menjawab pertanyaan netizen katanya, minuman ini antara khasiat adalah membuang angin, menguatkan imun tubuh badan dan mengatasi masalah pencernaan.
Cara penyediaan: 1. Satu paket yang dibekukan tadi untuk 1 mug :Satu hiris lemon, 3 kuntum bunga cengkih dan sehiris halia merah. Jika tak halia merah boleh guna halia biasa.
2.Sewaktu nak minum, tambahkan satu sudu madu dan air panas.
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.
Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada ibu iaitu:
1. Uri melekat (retained placenta)
Tanda dan risiko:
a. Ketiadaan tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu.
b. Pengalaman lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat.
c. Pernah menjalani pembedahan Ceasarean sebelum ini.
d. Pernah menjalani D&C.
e. Mempunyai anak ramai.
f. Kandungan kembar.
g. Kehamilan lewat usia.
Cara menanganinya:
Ibu perlu dibius. Seterusnya doktor akan cuba membuat MRP dengan memasukkan seluruh tapak tangan ke dalam rahim dan hujungnya akan digunakan untuk mengikis permukaan uri yang melekat di dinding rahim.
Doktor akan mengeluarkan plasenta sepenuhnya atau sedikit demi sedikit (serpihan).
Bagaimanapun terdapat risiko dengan cara ini iaitu:
– Uri tidak dapat dikeluarkan sebab tertanam di dalam lapisan otot dinding rahim. Ia dikenali sebagai acretal/percreta. Boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Doktor akan memberikan ubat methtrexate untuk mengecutkan sel-sel plasenta supaya ia keluar sendiri atau melalui pembedahan histeraktomi (buang rahim) terutama kepada pesakit yang sudah cukup bilangan anak atau lewat usia.
– Serpihan uri tidak lengkap. Mungkin doktor akan melakukan D&C untuk mencuci hingga rahim bersih.
– Berlaku jangkitan.
– Luka pada dinding rahim (perfocation) tetapi jarang berlaku.
2. Uri di bawah (placenta previa)
Lokasi plasenta di bawah ini boleh disahkan selepas usia kandungan 8 bulan melalui pemeriksaan ultrasound. Tanda-tanda masalah ini ialah:
-Pendarahan yang tidak sakit pada trimester pertama kehamilan.
-Kedudukan bayi yang tidak normal seperti melintang atau menyongsang.
Jenis-jenis plasenta previa: Minor – Tidak menutupi keseluruhan rahim. Wanita ini mempunyai peluang untuk bersalin normal. Tetapi jika berlaku pendarahan, pembedahan Ceasarean perlu dilakukan.
Major – Uri menutupi keseluruhan rahim. Pembedahan Ceasarean perlu dilakukan. Antara risikonya termasuk pendarahan banyak, kelahiran kecemasan dan kelahiran pramatang.
3. Uri lekang (abraptio placenta)
Plasenta lekang daripada tempatnya sebelum bayi dilahirkan. Biasanya berlaku semasa trimester ketiga kehamilan atau sewaktu kontraksi. Antara tanda-tandanya:
– Pendarahan yang banyak berbanding darah biasa diiringi dengan kesakitan.
– Denyutan nadi anak semakin menurun kerana dia cemas.
– Kes-kes ekstrem, degupan jantung anak tidak dapat dikesan menyebabkan dia lemas. Kadangkala masalah ini berlaku pada ibu yang mempunyai darah tinggi, bersalin kembar, kembar air (ketuban banyak) dan ibu yang mengamalkan urutan untuk membetulkan kedudukan plasenta atau bayi.
Jika doktor mendapati bayi masih hidup dan pintu rahim masih terbuka, pembedahan Ceasarean akan dijalankan. Jika pintu rahim sudah terbuka dan bayi masih stabil, doktor akan membenarkan ibu bersalin normal. Kalau bayi sudah meninggal pun, ibu tetap perlu bersalin normal.
4.Serpihan plasenta tertinggal (retained placenta tissue)
Boleh berlaku sejurus kelahiran bayi atau selepas ibu pulang ke rumah. Antara tanda-tandanya:
– Darah nifas yang banyak dan tidak berkurangan diiringi dengan ketulan darah yang banyak.
– Rengat yang berterusan dan teramat sakit.
– Darah nifas berbau menunjukkan jangkitan sudah berlaku.
Doktor akan mengesahkan terdapat serpihan plasenta tertinggal melalui pemeriksaan ultrasound. D&C akan dijalankan bagi membersihkan rahim dan kikisan serpihan plasenta akan dihantar ke makmal untuk mengesahkannya.
Apakah semua kes serpihan plasenta perlu menjalani D&C?
Hal ini bergantung pada serpihan yang tertinggal. Jika tidak banyak pendarahan, doktor akan memberi antibiotik dan serpihan akan keluar bersama darah nifas.
Adakah masalah serpihan plasenta tertinggal boleh dielakkan?
Hal ini merupakan satu kontroversi di kalangan pakar perubatan. Doktor dapat mengeluarkan plasenta sepenuhnya tetapi masalah selaput plasenta masih tertinggal masih boleh berlaku.
Masalah plasenta succencuriate lobe yakni tertinggal serpihan daging tambahan plasenta yang tidak diketahui oleh doktor boleh membawa kepada pendarahan yang banyak selepas pulang ke rumah. Bagaimanapun masalah ini jarang berlaku.
Sembilan sekeluarga bakal tunai haji, doa bapa di Arafah termakbul. Impian seorang bapa untuk membawa seluruh anak-anaknya menunaikan ibadah haji akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau bersama lapan ahli keluarganya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.