Apabila rumah kemas, sudah tentu hati kita pun rasa tenang. Jika rumah bersepah, akibatnya kita pun jadi mood ‘ke laut’. Itu yang buat rasa rumah tu bukan ‘rumahku syurga ku’.
Jika hari-hari isteri buat perkara yang sama iaitu kemas rumah kemudian selerak balik. Pasti hilang arah dibuatnya. Tambahan pula, anak-anak yang pelbagai karenah.
Pernah tak alami, bila dah penat sangat, kita akan biarkan rumah itu berselerak berhari-hari hingga kita ada mood nak kemas.
Begitu yang dikongsi oleh lelaki ini. Beliau sendiri alami perkara yang sama. Malah beliau bayangkan jika ada isteri yang alam perkara yang sama bila alami perasaan ‘burn out’ iaitu keletihan yang melampau. Boleh buat stress.
Moga jadi iktibar. Jangan pula suami lepas tangan bila tengok rumah macam ni. Kenalah bantu isteri.
Ikuti perkongsian ini.
Aku ni dah 2 minggu tak kemas rumah.
Jadi pengurus rumahtangga ni adalah sejenis kerja berat yang drained your energy, physically dan mentally.
Apa benda burnt out tu?
Ia adalah sejenis keletihan melampau akibat tugas yang banyak dan kerja yang berlebihan.
Siapa kata kerja duduk rumah, memvakum, mengemop, sapu sawang, menyiang ikan, memotong bawang, memasak, mengemas katil, mengemas lego, mendobi, melipat kain baju, menggosok baju, menyiram pokok, menukar lampin, memandikan anak, hantar anak sekolah, ambik anak sekolah, buat susu, cuci botol, suap makan, mengajar, menempik, melaung, menjerit, menangis itu semua adalah kerja mudah dan tidak penat?
Korang cuba rasa sendiri maka tahulah yang it was never easy.
Mujurlah aku ni seorang diri. Takde isteri nak komplen.
Kalau pengurus rumahtangga yang lain?
Mesti suami bising kan? Apalah lantai melekit ni, kenapalah ada biskut kat sofa ni. Kenapa penuh serbuk dan sisa kat karpet ni. Kenapa sakit sangat terijak lego ni, dan macam-macam lagi.
Rumah selerak sebab isteri tengah burn out
Gais, kalau balik rumah dan perasan rumah berselerak maka ketahuilah olehmu yang isterimu itu tu tengah burnt out.
Jadi, bantulah. Kalau tak just diam sahaja, jangan komplen.
Suami kena bantu isteri
Tapi syaratnya yang lain kena bantulah.
Janganlah tengok dia yang nak senyum tu pun tak berapa terdaya dan kita pergi tambah lagi beban dia.
Dah suruh dia masak sedap-sedap, jangan lupa taruh belacan lah itulah inilah. Lepas tu di layan kita macam raja, siapkan air basuh tangan, siap sendukkan nasi tambah, siap tuangkan air minuman dan tunggu kita makan sampai kenyang sambil dia uruskan dan suapkan makan anak-anak.
Kita pulak lepas makan sedap-sedap tinggal jer pinggan tu atas meja.
Hmmm. Hati perut simpan kat mana entah?
Kalaupun selama ini memang kita jenis dapat layanan begitu, dah memang gitu cara kita suami isteri melayan dan dilayan, tapi bila nampak isteri tengah burnt out, maka kita take over lah pulak.
Sukarnya bergelar surirumah
Seksa weh, jadi surirumah dengan anak-anak kecik ni. Aku dah 2 tahun buat semua ni sorang diri. Aku tahu lah betapa sukarnya. Sampai pandai bersilatlah semua mak-mak ni, semua jurus dia tahu.
Selalunya isteri ni memang redha bila jadi suri rumah dan buat segala macam kerja sebab ada yang rasa itu memang tugas dia. Sebab dia tak bekerja di luar, jadi kerjanya di rumah. Itulah perkahwinan, bantu membantu. Suami di kerja cari duit, dia di rumah uruskan semuanya.