Inilah yang dikatakan ‘rumahku syurgaku.’ Kediaman ini iaitu 4 tingkat dengan duduk 5 keluarga telah meraih perhatian ramai. Mana taknya semua anak-anak duduk dalam satu rumah walaupun sudah berumahtangga.
Perkongsian pemilik facebook, acaiijawe berkongsi sebuah kediaman di Arab Saudi yang mengunakan pendekatan begitu.
Dia teruja dengan konsep berkenaan memuji sikap pemilik kediaman itu. Katanya keluarga berkenaan telah membeli tanah dan membina kediaman gaya apartment bagi memuatkan 5 buah keluarga. Malah katanya lagi, cara ini menjimatkan kos dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Seterusnya ikuti perkongsian inspirasi ini.
Semalam dapat jemputan dinner dari saudara belah wife yang dah 50 tahun menetap di Makkah.
Mak ayah je boleh cakap melayu (banjar) dengan fasih. Anak-anak semua lahir di Saudi.
Nak kongsi sikit cara hidup mereka di sini.
• Itu belum appetiser, desert, buah-buahan selain main course ni.
• Sebab tu dapur mereka luas. Mereka jenis rajin masak banyak dan jemput tetamu ke rumah.
• Rasa teruja lihat setting dapur orang arab.
• Ini baru dapur rumah mak ayah. Anak-anak ada dapur sendiri.
• Dari luar rumah semua nampak kotak. Dalam cantik. Elak cuaca extreme.
Kesimpulan. 2 benda aku belajar.
Design rumah mesra keluarga dan meraikan tetamu.
Anak2 mereka yang tak fasih melayu pun berusaha sungguh-sungguh cuba borak dengan kami.
Lepas berjemaah Isya’ mereka hantar semula kami ke hotel. Setiap orang dapat hadiah lagi
Begitulah.
Ruang Rumah Yang Luas
Sumber: acaiijawe
Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.
Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club