
Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut.. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.. JANGAN KEDEKUT dengan isteri..
perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri..
Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu nkerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat..
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2..
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Kredit Fb: Khairul Johari
Selain ‘Jaga Perut’, Ni Tip Kebahagiaan Lain Shiela Rusly Kongsi Buat Menantu!

Keakraban mentua menantu pengarah, penerbit dan ikon masakan, Sheila Rusly dan pelakon Elisya Sandha tidak boleh dinafikan lagi. Lebih-lebih lagi dengan kedatangan cucu sulung, Bunga Elhaq.
Baru-baru ini Shiela mendedahkan pernah beri tiga tip untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya itu. Antara tiga tips yang dikongsikan oleh selebriti ini adalah kepentingan menjaga hati suami, jaga perut (memasak) dan menjaga hubungan intim antara suami dan isteri.
Mengulas lebih lanjut, Sheila yang juga merupakan pelakon berkaliber berkata pasangan suami isteri pada zaman sekarang hanya mengutamakan hubungan intim mereka.
“Saya selalu berkongsi tips dengan Elisya. Saya kata kalau nak bahagiakan suami ni sangat senang. Pertama, kena jaga hati dia, kedua jaga perut dia, dan ketiga baru jaga ‘anu’ (hubungan intim suami isteri). Zaman sekarang ‘anu’ dulu, salah! Bila anu dah tak sedap, engko nak cari orang lain. Huh.
“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya dengan nada tegas namun sempat berseloroh.
Disoal sama ada Elisya rajin memasak, Sheila berkata dia sangat memuji kerajinan adik kepada pelakon Fasha Sandha itu yang tidak henti mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.
“Tiap kali bila saya di dapur, dia akan tanya saya masak apa. Dia akan tanya pelbagai soalan tentang resepi yang saya masakkan itu. Kalau dulu masa baru bertunang dia akan catit resepi di buku nota.
“Sepanjang setahun dia jadi menantu saya jadi bila saya cakap tentang resepi tu dia mudah faham. Bila dia cuba masak, sekali atau dua kali terus jadi,” ujarnya lagi.
Sumber : Xtra
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
“Kakak Mengalah Demi Adik Nak Pakaian Sedondon Raya.” Ibu Meninggal Dunia Akibat Kanser Dan Ayah Pula Hilang Penglihatan. Sebak!

Sedih dan pilu apabila mengikuti kisah dua beradik yang tinggal bersama ayahnya yang yang cacat penglihatan namun bekerja sebagai tukang urut. Ibu pula pergi menghadap Ilahi akibat kanser.
Lebih menyedihkan lagi, adik beradik ini berdikari apabila ayahnya pergi berurut refleksologi disebuah kompleks. Pernah adiknya patah kaki dan tangan, tetapi dijaga oleh kakaknya yang berusia 10 setelah ayahnya tidak mampu menjaga anaknya di hospital kerana tuntutan rezeki demi keluarganya.
Kisah ini meruntun jiwa ini oleh puan Pnut Syafinaz yang dikongsi laman facebooknya.
Saya belum kongsikan lagi kisah tiga beranak ini. Sudah beberapa bulan mereka dibantu. Adik saya temui mereka ketika melawat anak saudara saya yang sakit di wad Hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani beberapa bulan lepas.
Dua beradik anak yatim, ibu meninggal sebab kanser. Si adik patah kaki dan tangan jatuh ketika ikut ayah keluar bekerja. Ayah buta dan ambil upah urut refleksiologi di sebuah kompleks. Itu saja sumber pendapatan ayah mereka. Ketika adik di tahan di wad beberapa hari ayah tidak keluar bekerja kerana menjaga adik, duit pun semakin habis dan ayahnya terpaksa pergi kerja.
Tahu siapa yang menjaga adik di hospital sepanjang hari? Si kakak umur 10 tahun. Dialah yang jaga adiknya. Adik umur 6 tahun, manja dan masih merindui ibu yang telah pergi. Si kakak inilah yang menjaga adiknya. Makan minum apa saja yang hospital beri dan pelawat yang ziarah ahli keluarga kalau ada beri mereka makanan itulah mereka makan dan ehsan nurse, doktor yang merawat.
Cerita adik saya, kasihan sungguh. Kadang-kadang si adik menangis sambil ditenangkan oleh kakak, mungkin sakit, mungkin rindu ibu.
Kami hulurkan sedikit bantuan buat ayah yang terpaksa berulang alik naik grab ke mana-mana. Dan saya minta adik belikan pampers buat si adik yang tidak boleh bergerak ke tandas. Nurse kata pampers dah habis nurse terpaksa pinjamkan kat waris pesakit lain dulu. Semua urusan adik, kakaklah uruskan semuanya. Sebak.
KAKAK MENGALAH DEMI ADIK ; NAK SEDONDON
Semalam kami bawa mereka bertiga membeli baju raya, termasuk sepasang baju Melayu buat ayah mereka. Walaupun di tolak ayahnya berkali-kali enggan menerima. Saya minta sukarelawan carikan juga.
Kasih sayang dua beradik yang saya kagumi. Si kakak berhasrat mahu sedondon mereka tiga beranak, Si adik mahu baju melayu warna pink belacan. Si kakak mahu baju melayu kurung warna hijau. Si adik beralah mahu ikut warna pilihan kakak, tetapi baju melayu adik tidak ada size warna pilihan kakak. Kakak kemudian beralah, “takpa la hijau pun, asalkan sama kaler” bagus mereka di didik.
BERLARI PULA CARI BAJU RAYA BUAT AYAH
Dua beradik kemudian berlari pula mencari baju melayu buat si ayah, biar sedondon. Teruja dan bersemangat mereka. Aduh sebak melihat.
Ketika beratur mahu membayar harga pakaian, saya bertanya pada si ayah. Kalau keluar bekerja macam mana anak-anak? Katanya kalau hari sekolah dia mengurut sebelah petang, lepas anak-anak balik sekolah, terus di bawa ke tempat mengurut. Sampai ke malam, kalau di uptown sampai pukul 1-2 pagi, kdg2 pkl 2-3 pagi. Allahu kasihan anak-anak.
Lalu ayah dia bertanya penuh harapan “kak, boleh tolong carikan mana sekolah boleh hantar anak saya duduk asrama?’atau sekolah tahfiz? Saya nak depa sekolah sempurna macam orang lain, pi sekolah, balik sekolah mengaji, pegi KAFA. Hari minggu saya boleh ambik depa balik”
Saya tanya “tak ingat anak ka nanti? La ni tiap hari dok siang malam dengan anak-anak?” Di jawab “teringat, tapi nak buat macam mana, saya tak boleh penting diri, depa kena mengaji (sekolah) baca quran, nak depa pandai macam orang lain.”
Dia pun cerita dah pernah mohon nak masukkan anak ke sekolah asrama (sekolah rendah) tapi tak dak kosong. Masa bercakap hal ini dengan ayah dia, si kakak terdengar dan terus berlari peluk ayah (dalam gambar) “kakak tak mau.. kakak tak mau.. kakak nak duk ngan ayah” huh masa ni saya kalih pandangan, sapu air mata. Sedihnya. Saya pujuk, cakap kakak kena pi sekolah, kalau duk asrama anak yatim nanti pi sekolah naik van, balik sekolah boleh pi KAFA, mengaji quran, kat sana makan pun sedap-sedap, ada kawan ramai. Dia pandang muka saya “dengan adik sekali?” Saya angguk. Dia diam, dan peluk erat ayah dia. Saya hilang kata-kata.
Sebelum balik sekali lagi ayah dia kata “kak, tolong naa”‘ InsyaAllah saya akan usahakan mereka ke tempat lebih baik samaada ke sekolah agama yang ada asrama yang boleh dua beradik duduk sekali atau ke asrama anak yatim, tak mau jauh-jauh agar ayah boleh berulang naik grab pergi kalau rindu anak-anak.
Doakan urusan mereka dipermudahkan dan PINK SQUAD murah rezeki agar kami boleh tanggung anak berdua ni belajar mencari ilmu dan menumpang kasih di asrama. Hari ini misi mencari yang terbaik buat anak-anak ini.
Kita rasa kisah kita sedih? Hebat Allah uji? Bayangkan budak umur 10 tahun dan 6 tahun ni menggalas ujian mereka?
*Edit tambahan. Saya tak dedahkan di mana mereka tinggal, nombor telefon ayah sebab Si ayah tidak meminta-minta bantuan duit ringgit, dia akan usaha sendiri. Itu maruah dia sebagai ayah, saya hormati privacy mereka. Saya akan usahakan bantuan terus kepada mereka InsyaAllah. PINK SQUAD akan buat yang terbaik untuk anak-anak ini. Kalau yang nak salurkan bantuan, akaun PINK SQUAD ada kat profile saya, boleh bank in letak transaksi “putra putri” nama kedua beradik ni. Nanti saya minta bendahari asingkan sumbangan buat mereka. Yang tahu akaun personal saya boleh terus bank in ke akaun saya juga letak transaksi yang sama. Si ayah mencari rezeki dengan mengurut, kos dia banyak habis naik grab ke sana ke sini. Si adik masih di rawat sebab ada masalah usus juga. Kerap berulang alik ke hospital.
Masih sempat kepada yang ingin bersedekah di bulan Ramandan. Berikut detail maklumat.
Umum Tarikh Nikah, Mas Idayu Terima Tajaan Anggaran RM7 Juta. Bakal Buat Majlis Tema ‘Fairy Tale’!

Sebelum ini umum tahu bahawa penyanyi, Mas ldayu telah dicuri hatinya oleh seorang jejaka dan berniat untuk mendirikan rumah tangga. Baru-baru ini pelantun lagu Cubit Cubitan, Senggol Senggolan itu mengumumkan tarikh pernikahannya bersama penerbit Muhammad Sufian Che Isa 16 September ini.
Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, pemilihan Hari Malaysia sebagai tarikh hari bahagia adalah kerana ia cuti umum yang mudah diingati.
“Sebenarnya bukan saya yang memilih tarikh itu, Sufian yang pilih date tu. Sepatutnya bulan 5 tapi saya rasa terlalu awal. Tarikh 16 September tu semua orang cuti dan mudah nak ingat. Sebab saya jenis susah nak ingat tarikh. Ni mudah nak ingat sebab Hari Malaysia. Saya setuju bila Sufian bagi tarikh tu, itu sahaja tiada apa yang istimewa,” ujarnya.
Majlis pernikahan bakal diadakan di Magica Quill City lebih kurang pukul 9 pagi dan sebelah malam akan diadakan majlis resepsi dengan tema ‘fairy tale’.
Bakal menerima tajaan hampir RM7 juta, Mas Idayu menganggapnya sebagai rezeki setelah 15 tahun tidak hidup berpasangan.
“Saya tak fikirkan sangat harga perkahwinan yang mencecah RM7 juta. Yang saya fikirkan adalah macam mana nak melalui kehidupan bersama setelah sekian lama saya tak lalui. Saya lebih fikirkan semoga dapat jalani kebahagian perkahwinan kedua ni sampai akhir hayat.
“Sekian lama tak berteman, tak percaya perkahwinan tapi kali ni terbuka pintu hati, itu yang saya fikirkan. Kalau tak bahagia, memang mami tak sampai ke sini.
“Kalau nak ikutkan kerja dan usaha selama ni, saya dah berada di tahap yang selesa cuma saya berterima kasih pada semua yang sudi menaja dan beri penghargaan yang besar pada saya” jelasnya.
Merancang untuk mengambil cuti selama dua minggu selepas majlis perkahwinan untuk berbulan madu di Santorini, Greece, Mas Idayu sempat menceritakan detik perkenalannya bersama Sufian.
“Sebenarnya dalam hati saya, saya tak sangka sama sekali ia akan jadi seviral ini. Siapa Mas Idayu dan Sufian Isa kalau nak viral. Ini bukan kesilapan tapi dia macam baru setahun dua, terbuka pintu hati saya.
“Sebelum ni yang ramai datang adalah lebih muda dari saya. Yang ni sekali datang tiba-tiba saya suka. jumpa pertama kali bincang pasal Anugerah Juara Lagu lepas tu kita minum kopi. Kali kedua kita jumpa, kita borak lebih dalam, kali ketiga lebih ke arah untuk kenal keluarga.
“Saya tak sangka bila Ramadan saya buka puasa dengan dia, itu yang viral. Rupanya orang ambil tahu pasal Mas Idayu ni,” tambahnya.
Sekadar info, Mas Idayu dan Sufñan sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.
Pada Mei lalu, Mas Idayu sudah ‘dikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarganya di Kota Tinggi. lohor.
Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Sumber : Gempak
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini