Memang mencabar bergelar isteri pada masa yang sama bekerjaya atau menguruskan rumahtangga. Itu termasuk memasak untuk hidangan buat keluarga serta menguruskan anak-anak. Bukan suami tidak membantu, kadang kala, rasa penat menyelubungi diri.
Sebagai mana perkongsian ini. Wanita ini berkongsi cara untuk menghilangkan rasa penat dengan mengamalkan zikir.
Saya tak tahu la orang lain macam mana, tapi saya ni kadang-kadang letih juga dengan urusan seharian.
Kerja hakiki, urusan rumahtangga, bagi perhatian pada anak-anak serta suami dan macam-macam lagi la. Kalau nak senarai sampai esok tak habis.
Ye la. Kita bukan robot. Ada kalanya bateri kita pon habis. Kena charge.
AMALKAN ZIKRI INI
Ustazah Asma kata, suatu hari, Saidatina Fatimah, anak Baginda Nabi (S.A.W.), datang menemui Baginda. Mengadu keletihan dan meminta tolong untuk mendapatkan seorang pembantu untuk meringankan beban dan lelahnya dan suami (Saidina Ali).
Baginda tersenyum.
Baginda tidak tunaikan pun permintaan Saidatina Fatimah.
Tetapi Baginda beri satu hadiah, zikir untuk ubati keletihan Saidatina Fatimah dan Saidina Ali. Zikir itulah sekarang disebut zikir Fatimah.
Baginda s.a.w. berkata:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
WAKTU BILA NAK AMALKAN
Bukan masa nak tidur saja.
Masa letih basuh pinggan, masa letih handle anak-anak, masa layan anak-anak tantrum, masa tak ada tenaga atau bila-bila saya rasa letih, saya cuba zikir.
Alhamdulillah. Masya-Allah memang membantu sangat-sangat. Cuma syaratnya kalau nak nampak kesan memang perlu istiqamah (buat setiap hari).
Kredit: Norzi Malek