Pastinya menjaga kesihatan amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan  cergas tanpa sebarang penyakit. Namun, kurang sedar mengenai penjagaan pemakanan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.

Sebagaimana yang diberitahu oleh Doktor Dr Zubaidi Hj Ahmad bahawa tahap kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.


TAHAP KOLESTROLE JAHAT YANG TINGGI MENYEBBKAN RASA SAKIT, LENGUH DAN KEJANG PADA OTOT.

Masalah tahap “kolesterol jahat” yang tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah saluran darah yang tersumbat dan sehingga menyebabkan serangan sakit jantung. Namun pakar perubatan bersetuju bahawa masalah ini juga memberikan kesan buruk pada bahagian tubuh lain.

Ads

Dalam satu kajian yang dilakukan mengaitkan tahap kolestrole jahat yang tinggi berkaitrapat dengan rasa sakit dan kecederaan pada otot-otot besar pada tubuh. Kajian ini dilakukan pada tahun 2015 oleh dua buah institusi, University of Canberra dan Monash University. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal “Sport Medicine”.

Bahkan, risiko untuk mengalami kecederaan otot di bahu dan otot di kaki lebih mudah berlaku jika tahap kolestrole jahat mereka tinggi.

Ads

Para saintis memberikan pendapat bahawa tahap “kolesterol jahat” yang tinggi selalu akan mengundang berlakunya keradangan, yang kemudiannya berpotensi mengubah struktur otot dan akhirnya menyebabkan otot tidak berfungsi dengan baik dan mudah mengalai rasa sakit.

Bila Rasa Lenguh, Sakit Dan Kejang Pada Otot. Ada Kaitan Dengan Serangan Jantung. Ikuti Penjelasan Doktor Ini

Ads

Rasa sakit ini mungkin menandakan penyumbatan saluran darah di otot kaki yang menyebabkan mudah rasa sakit dan kejang walaupun kita tidak melakukan akitiviti fizikal yang berat.

Jadi bila rasa sakit, kejang atau lenguh pada kaki walaupun berjalan dalam jarak yang dekat atau berdiri dalam jangka masa yang pendek, elok buat pemeriksaan tahap “kolestrole jahat” dalam tubuh.

Semoga bermanfaat.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI