Bila Rasa Berdebar-Debar, Ini Ada Kaitan Dengan Jantung. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya.

Share

Apabila jantung kita berdegup, atau bila otot-otot jantung kita mengepam, rehat dan mengepam semula, dua perkara yang perlu kita perhatikan. Pertama kadar degupan jantung (atau bilangan degupan dalam seminit). Kedua drama/rentak (atau rhythm) iaitu perjalanan degupan jantung haruslah stabil. Dub-dub-dub.

.
Berdebar-debar atau “palpitation” berlaku apabila kita rasa jantung kita berdegup laju. Selalu apabila jantung berdegup secara normal, dalam kadar 60-100 degupan per minit dan dalam irama yang sekata, kita tidak merasa degupan jantung kita. Berdebar-debar berlaku apabila degupan jantung kita melebihi 100 degupan seminit dengan drama yang sekata. Ia masih dianggap normal jika iramanya atau rentak degupan jantung sekata, walaupun kadarnya bertambah. Degupan jantung melebihi 100 degupan per minit kita namakan “tachycardia”.

.
Jika irama degupan jantung kita tidak sekata, kita namakan masalah ini sebagai “arrhythmia”. Ia berlaku apabila irama degupan jantung tidak sekata, ibarat sebuah lagu yang rosak. Sama ada ia tidak berdegup pada masanya (missing beats) atau pun degupan ini berlaku terlalu cepat dan kemudian menjadi perlahan dan kemudian laju semula (atau kita namakan irregular beats).

.
Berdebar-debar ini kadang-kala menyebabkan kita risau dan rasa takut. Degupan jantung yang laju akan menyebabkan otak memberitahu kita “Ada sesuatu yang tidak kena”. Selalunya kita akan duduk diam atau berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

.
Berdebar-debar ini kadang kala akan hilang dengan sendiri. Ia bukanlah suatu yang berbahaya. Selalunya kita tahu puncanya seperti emosi kita rasa tertekan (stress) bila berhadapan dengan orang ramai, rasa risau bila hutang-hutang kita tidak dapat dibayar dan ada orang yang datang mencari kita. Kadang kala akibat kita minum banyak caffeine terutamanya kopi, menghisap tembakau yang mengandungi nicotine dan juga minum-minuman yang mengandungi alcohol.

.
Wanita yang hamil juga mempunyai degupan jantung yang laju. Ini kerana pergerakan darah yang membawa oksigen dan nutrien harus dicepatkan untuk ibu dan anak.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad