
Jika ada antara kita beranggapan tugasan melipat kain adalah sesuatu yang membosankan, namun tidak bagi wanita ini. Tidak dinafikan kerja ini remeh, sehingga ramai suri rumahtangga mengaku diri ‘malas’ untuk berbuat sedemikian.
Menerusi facebook miliknya, beliau menjadikan melipat kain sebagai rezeki buatnya. Sungguh inspirasi!
Salam semua suri²….sy bieb, mama kpd 3 org anak perempuan..masing² umur 5y, 3y & 1y7m..dah 5thn bergelar suri rumah sepenuh masa..berhenti kerja lepas 3bln bersalin.
Start tahun lepas sy mula ambil upah lipat kain baju kt kwsn sekitar tmpt tinggal sy ni..saja suka2 buat duit jajan..isi masa lapang kt rumah sambil2 jaga anak. Ambil upah ni pun tak selalu dan bukan hari2..kalau ada yg perlukan servis, baru sy p collect baju, lipat n hantar.
Sy offer servis ni sbb pernah tertengok rancangan kt tv3..diorg offer servis lipat kain dr rumah ke rumah, collect, lipat n hantar semula..jd nya sy terinspirasi lepas tgk rancangan tu..majalah 3 klau tak silap sy..sy ni bukanlah rajin sangat lipat kain, tapi sy cuba cabar diri sy utk jd rajin..
Paling mencabar bg sy dlm servis ni adalah lipat baju budak2, dan kain baju jenis licin.. Utk baju budak2, kena cari pasangan baju n seluar kalau ianya sepasang..kalau kain baju jenis licin, sukar nak bg lipatan nya kekal elok..
Syukur suami tak halang apa yg sy buat..kalau sy busy lipat kain, suami tolong handle anak2 kalau dia ada kt rumah..sekian coretan sy, mungkin boleh jadi inspirasi buat suri² di luar sana.
Tahniah puan! Inilah yang dikatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Inpisrasi!
Kredit: Bee ALiya AYra
Bakteria Dan Kuman Berkembang Di Celah Kuku. Ibu Ayah Awasi Anak Yang Suka Gigit Kuku!

Bakteria dan kuman berkembang di celah kuku. Oleh itu, ibu ayah awasi anak yang suka gigit kuku. Memang kebiasaan seperti menggigit kuku sering kali dipandang remeh. Namun, semua itu salah! Ternyata, kebiasaan menggigit kuku merupakan suatu kebiasaan yang negatif yang dapat memberikan kesan yang buruk pula terhadap kesihatan seseorang kanak-kanak.
Tabiat ini jika sering dilakukannya boleh membuatkan kulit jarinya terkelupas atau berdarah. Selain itu, anak-anak akan berisiko besar mengalami keracunan, ekoran kotoran yang melekat pada kuku ketika anak-anak bermain di dalam rumah ataupun di luar rumah.
Hakikatnya kuku, merupakan tempat berkumpulnya pelbagai kuman dan bakteria. Bakteria yang sering terdapat pada lapisan kuku merupakan bakteria keluarga ‘enterobacteriaceae’ yang merangkumi bakteria E coli mahupun bakteria salmonela. Bakteria dan kuman tersebut akan berkembang dengan baik di celah-celah kuku.
Ketika seseorang kanak-kanak menggigit kuku, maka bakteria-bakteria berbahaya tersebut akan berpindah dari kuku ke mulut dan akan menuju ke usus. Bakteria yang menyebar sampai ke usus akan menyebabkan infeksi yang biasanya menyebabkan terjadinya penyakit seperti sakit perut serta cirit-birit.
Selain itu, menggigit kuku dapat meningkatkan pendedahan kepada penyakit seperti flu kerana tangan yang kotor masuk ke dalam mulut.
Malah, ia juga dapat meningkatkan risiko ‘paronychia’ atau infeksi kulit di sekitar kuku. Hal ini ditunjukkan dengan adanya warna kemerahan atau pembengkakan serta rasa sakit di bahagian kulit kuku.
Kebiasaan menggigit kuku juga akan mengganggu kepada kesihatan gigi. Gigi akan bergeser dari tempat semulanya dan juga dapat berpotensi menyebabkan gigi patah atau merosak lapisan gigi.
Pakar kanak-kanak beranggapan tabiat menggigit kuku ini dicetuskan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan psikologi seperti kebosanan, tekanan, kegelisahan, rasa tidak selesa atau hanya sekadar kebiasaan. Kebiasaan menggigit kuku ini sama juga dengan kebiasaan mengigit-gigit rambut, menggaru hidung atau melagakan gigi.
Semasa ibu bapa mendapati anak mulai menggigit kuku, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti punca ia berlaku. Pelbagai situasi boleh dikenal pasti, yang mungkin menjadi punca pencetus tabiat ini termasuk mengikuti ‘playgroup’, adanya haiwan peliharaan baru di rumah atau lahirnya adik baru.
Kebanyakan ibu bapa secara spontan akan berusaha menghentikan kebiasaan tersebut dengan pelbagai cara termasuk memarahinya. Masalahnya si kecil sendiri pun tidak memahami kenapa dirinya melakukan kebiasaan itu.
Dorongan untuk menggigit kuku boleh berlaku begitu saja tanpa disedari misalnya semasa dimarahi. Malah, pakar pendidikan awal kanak-kanak cenderung mencadangkan ibu bapa membiarkan ia berlaku kerana akan kebiasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Tips mengatasi kebiasaan menggigit kuku si kecil
Bagaimanapun, jika sikap kebiasaan tersebut dibiarkan berlarutan, ia boleh mengganggu aktiviti makanan atau boleh menimbulkan luka pada jari tangan si manja. Terdapat beberapa tip yang dapat dilakukan untuk mengurangi atau bahkan menghilangkan kebiasaannya tersebut.
1.Beri amaran secara lembut. Semasa si kecil mulai menggigit kukunya, ibu bapa perlu memberi amaran dengan lembut untuk menghentikan aktivitinya, atau berikan isyarat khusus misalnya dengan geleng kepala supaya si manja tidak rasa seperti dimalukan. Mengherdik atau menarik tangan si kecil dengan kasar terutama di tempat umum adalah cara yang kurang bijak.
2.Alih perhatian. Memberikan si kecil objek untuk alih perhatiannya daripada perbuatan kebiasaannya itu. Berikan benda ‘pengalih’ untuk dipegang seperti bola kecil, gelung, permainan doh atau mainan kecil. Secara umumnya objek tersebut dapat mengurangi kebiasaan mereka menggigit kukunya. Teknik ini juga sering diterapkan pada anak remaja atau dewasa yang mengalami situasi yang sama.
3.Potong kuku. Menjaga agar kuku si kecil selalu pendek. Kuku akan dipotong untuk mengelak menjadi panjang bagi mengurangi kebiasaan menggigit kukunya.
4.Pakaikan sarung tangan. Mengenakan sarung tangan kain yang bersih dapat menghalang si kecil menggigit kukunya dengan harapan dapat mengurangi kebiasaan mereka.
“Biarlah Aby Tak Sempurna Macam Dulu, Tapi Umy Akan Sempurnakan Hidup Aby.” Tabahnya Hati Isteri Ini!

Cinta sampai syurga, kedengarannya cukup indah jika kita suami isteri dianugerahkan sebegitu.
Namun asam garam kehidupan, cinta juga perlukan pengorbanan dan kesetiaan. Andai diuji dengan keadaan getir seperti yang dilalui oleh Puan Siti Rohayu ini, masihkan lagi ada yang setabahnya berbakti pada suami tanpa mengira lelah dan letih?
Ayuh kita soroti kisah Puan Siti Rohayu ini yang juga membahasakan dirinya umy di akaun fbnya.
Tahun lepas umy hilang segala2,duit simpanan,kereta 2biji,barang emas dan sebagainya,demi menyelamatkan orang yang umy sayang & cinta iaitu suami umy,syurga umy…
walaupun sekarang ni dengan mata kasar aby nampak sihat,umy tahu waktu ini yang paling sukar bt kami,umy harap umy mampu bersabar untuk sedikit masa lagi,umy sentiasa ingatkan diri dan ank2 jangan ambik hati sbb aby tengah sakit..
ujian datang bertalu2,sikit umy xpernah mengeluh,sbb umy tahu tanda Allah sayang dan dia nak kami dekat kepadanya,bila umy redha umy bangkit & umy teruskan hidup,Allah permudahkan segala2nya.
Hari ini umy mampu tersenyum,berkat usaha umy sendri,satu persatu umy dapat balik ape yang umy telah hilang dulu,sekarang umy hanya nantikan suami umy kembali normal seperti dulu,umy akan menjaga aby sampai bila2…sampai nafas yang terakhir
Posting dari seorang isteri yang ikhlas dan tabah, cukup menyentuh hati nurani setiap wanita bergelar isteri.
Terdahulu, Siti Rohayu telah diuji apabila suaminya terlibat dengan kemalangan setahun yang lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Kembali ingat semua bila fb tb balik ape yang berlaku tahun lepas,masih segar dalam ingatan umy berdiri didepan pintu setiap hari menunggu tiba saatnya wktu melawat dekat icu,hanya jasad aby terbujur kaku..macam mimpi sekarang aby masih bernyawa,masih umy ingat doktor kata aby xdapat diselamatkan,doktor kata aby dh 50-50,doktor kata redha dan lepaskan sbb itu yang terbaik,dikala jantung aby berhenti,begitulah umy juga tapi umy kuat,kuat pertahankan ape milik umy,cuba merintih merayu pd Allah,supaya diberi peluang lagi bersama suami & ank2.mcm mimpi umy dpt berbakti pada aby,
Dlm hspital lagi umy cuba bt semua benda,umy xnak nurse yang bt sbb umy takut ni je peluang yang ada,umy cuba bt sebaik mungkin,takut inilah peluang terakhir yang Allah nak beri,ape umy lakukan seikhlas hati,umy xkan menyesal ape pun yang berlaku kelak sbb umy sudah jalankan tggjwb sebaik mungkin.
Begitulah sucinya cinta seorang isteri, sentiasa ada disisi suami walau apa jua keadaannya. Semoga Puan Siti Rohayu kekal tabah harungi dugaan ini.
Dan ini pula adalah perkembangan terkini suaminya yang dikongsikan pada awal November lalu.
semoga selamat sampai pulau pinang.. aby kena admit wad dekat sana, baby sado umy ni.. sampai bila2 umy akan jaga aby, biarlah aby tidak sempurna mcm dulu tp umy tetap akan sempurnakan hidup aby.. cinta sampai syurga
Sumber : Siti Rohayu
’Lihat telefon Isteri Kalau Baterinya Habis, Tolong Caskan.’ Benda Mudah Tapi Buat Rasa Bahagia.

Bahagia rumahtangga itu datang pelbagai cara. Jika sentiasa saling menghargai, memperbaiki diri dan melengkapi antara satu sama lain segalanya mudah dalam menguruskan rumahtangga.
Menarik tentang coretan ini, mengisahkan seorang lelaki biarpun nampak tidak kerap tidak berada di rumah mencari rezeki namun, perkara mudah didepan mata cakna buat dirinya agar isteri rasa dihargai.
Ikuti perkongsian ini
“Saya tak banyak sangat tolong isteri saya di rumah kerana saya banyak habiskan masa kerja di luar. Beliau suri rumah dan jaga ke lima-lima anak saya.”
Beliau duk nasihatkan saya tentang bagaimana rezeki kita ini masuk melalui kita ini ringan tangan dan ringan tenaga kepada isteri.
Beliau merupakan tokoh usahawan yang sering kita jadikan contoh sebagai peniaga yang merendah diri walau sudah kaya raya. Saya pohon berkali-kali untuk letak nama beliau dan gambar kami bersama, namun beliau tak izinkan, anak dan isterinya juga sama tak benarkan. Saya akur sahajalah kerana mereka masih beri saya bercerita.
Saya pelik juga apabila beliau kata beliau tak tolong sangat di rumah, jadi mengapa mahu nasihatkan saya begitu. Rupanya beliau cakap benda mudah sahaja:
“Apabila kita bangun awal, kita cucilah tandas itu sendirian. Sudah siap semua, kejutkan isteri untuk solat subuh.
Selepas solat, lihat telefon dia kalau baterinya dah nak habis, tolong caskan.
Biasanya isteri saya dah siapkan baju semua. Saya akan ambil, pakai. Kemudian hanger saya letak di tempat yang beliau biasa menggosok baju. Saya suka sekali waktu dia bangun ke tandas, saya pula dah siap mandi, saya akan kemaskan katil.
Kalau saya dah nak pergi kerja, saya make sure saya yang hulur tangan kepada dia. Bukan dia yang beriya datang kepada saya, dia sedang sibuk dengan anak-anak, jadi saya perlu bantu dia untuk dapat “salam” saya. Itu semua kunci rezeki kita semua.
Saya suka telefon dia waktu nak balik ke rumah. Saya akan tanya dia masak atau tidak, kalau dalam 6.30 petang dia belum mula masak, maka saya tahu dia tak sempat kerana uruskan anak-anak, jadi saya kata tak apa saya beli sahaja untuk semua. Dan dia sangat happy.
Waktu kita mula berniaga atau buat apa sahaja, jadikan semua ini rutin sampai kita tak perasan kita dah lakukan benda sama berpuluh tahun. Kita tak sedar yang Allah beri kita lebih banyak apabila kita lakukan semua ini.
Isteri adalah hati sebuah rumah. Kalau kita tak jaga, dia takkan beri positiviti rumah itu, ia mesti disusun dan disempurnakan dengan banyaknya sistem sokongan kiri kanan depan belakang.
Kita yang tentukan bagaimana kita nak jemput rezeki masuk ke rumah kita. Jadi buatlah baik dengan pasangan masing-masing, jadi suami, jaga isteri. Jadi isteri, jaga suami.”
Begitulah.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad