![Untitled design (13)](https://cdn.keluarga.my/2021/04/Untitled-design-13-696x365.jpg)
Kenangan perlu ada dalam hidup untuk dikenang. Sama ada kenangan manis atau kenangan pahit.
Kenangan menyambut hari raya ketika zaman kanak-kanak merupakan nostalgia pastinya ia adalah satu kenangan yang tak dapat dilupakan oleh sesiapa pun.
Begitu juga dengan wanita ini menerusi perkongsiannya mengimbau kenangan meraikan Hari Raya bersama arwah ibu bapanya.
Rumah pusaka arwah mak & arwah abah
Bila bulan puasa ni,teringat dulu2 mesti arwah abah cat batu2 kat rumah..nanti bau cat je sepanjang hari tu.
MOMEN RAI HARI RAYA
Arwah mak pulak,klu tak jait langsir tahun tu (2 tahun sekali tukar langsir,sbb tingkap banyak) mesti buat kuih tart.kuih tart dia sedapppp,lembut rapuh n jem nenas penuh.bila sampai ke raya,tinggal separuh telap dah tart dia.kdg2 mak siap pesan,yg dlm tapawer pink tu jgn mkn,tu untuk bg org yg dah oder.klu x pesan,mmg abessss.sebab sy n akk suke pilih jem nenas yg paling banyak n penuh
Tapi sekarang dah x de dah semua tu..bila balik ke rumah tu,sepi je.kalau dulu,pagi2 da dengar mak / abah garuk daun kering kat luar.nanti da siap kumpulkan daun2 kering tu..bakar.bau asap tu besttt..sbb dia bakar daun kn tapi sebelum dia nak bakar tu,mesti dia jerit dulu nama saya atau adik.suruh ambil kan surat khabar utk bakar daun2 tu.tak pun,soh ambilkan lighter sebab lupe nk bawak sekali.aduhhh menggamit btl kenangan tu..
KENANGAN MASA SAHUR
Lagi satu waktu sahur, mak kejut je mesti tengok makanan da berasap atas meja.x payah tolong masak dah..tinggal masuk mulut je plg best klu mak masak nasi goreng..simple je.tp sedapppp..smpi sekarang sy x dpt nk buat nasi goreng rase yg sama mcm tu.
.
Kalau nk cerita banyak sgt.sampai tak tahu nk cerita yg mana satu apepun,semua kenangan tu tak akan berulang lagi..simpan rapi2 dalam kotak memori.
.
Sekian dr saya,anak felda.
Sumber: Maria Atan
Saiful Nang Guna “Sistem Roll Call Adaptasi Daripada Disiplin Solat Untuk Didik Anak. Ibu Bapa Patut Baca Ni!
![](https://cdn.keluarga.my/2017/11/saiful-nang.jpg)
Anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t yang tiada tandingannya. Selain menjadi penyambung keturunan, zuriat adalah amanah buat ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak mengikut landasan-Nya.
Bagi Mohamad Saiful bin Haji Nang atau lebih dikenali sebagai Saiful Nang, dia dan isteri Dr Intan Salwani Ahamad mempunyai cara tersendiri mendidik empat orang puterinya.
Bagi Saiful dan isteri, mereka berusaha untuk menerapkan didikan berteraskan Islam sejak anak-anak masih kecil lagi. Malah, mereka memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai roll call sebagai salah satu cara untuk mendekatkan anak-anak dengan ajaran Islam dan pencipta-Nya. Kata Saiful, sistem ini diadaptasi daripada disiplin solat yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam sebanyak lima kali dalam sehari.
“Setiap hari Allah mewajibkan kita melakukan roll call ini sebanyak lima kali sehari. Ada yang datang roll call secara sendirian dan ada juga melakukannya secara berjemaah yang mana umum mengetahui, ia punya lebih kebaikan.
Jadi, saya terapkan disiplin yang sama terhadap anak-anak. Setiap hari mereka akan roll call sebanyak dua kali iaitu sebelah pagi dan malam. Biasanya, saya sempat bersama mereka pada waktu pagi untuk memberi pesanan dan harapan yang perlu mereka pegang sebagai iktibar,” ujar bapa kepada Orked, 9 tahun, Seri, 7 tahun, Lela, 5 tahun dan Wafa , 3 tahun.
Berjiwa prihatin & penyayang
Saiful Nang bukan sahaja sangat mengambil berat perihal keluarga dan anak-anaknya, malah dia sekeluarga berusaha menyebarkan nilai kasih sayang terhadap insan yang memerlukan. Dengan sokongan sahabat handal seramai 20 orang, mereka telah menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) pada tahun 2005 lalu yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Malah, Dr Intan Salwani turut bertindak sebagai pendidik di Akademi Insan Prihatin.
“Selain praktik bersama anak-anak, saya juga menggunakan kaedah yang sama di RPWP. Malah, saya dan isteri tidak pernah mengasingkan pendidikan anak-anak sama seperti anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Mereka tidur di tempat yang sama dan makan di tempat yang sama. Hatta, saya dan isteri juga berkongsi tempat tinggal bersama 45 orang anak yatim dan asnaf di sebuah rumah sewa sementara di Bangi. Kami berada di situ kerana ruang di induk sudah tidak mencukupi sehingga kami terpaksa menyewa rumah lain. Bayangkan setiap pagi roll call, memang meriah dan kami gembira,” ujar Saiful apabila ditanya mengenai sistem yang memberi manfaat terhadap perkembangan sahsiah anak-anak.
Tambah Saiful lagi, kaedah perhimpunan ini dijalankan dalam suasana syura yang indah apabila anak-anak ini mengakui istighfar harian mereka atas apa kesalahan yang mereka sendiri lakukan sepanjang hari. Sebagai pengatur, saya memberi pesanan yang berulang-ulang tanpa jemu,” ujar Saiful yang tertarik dengan kaedah yang dijalankan oleh Ibu kepada Sultan Mehmet Alfateh yang sentiasa mengulangi visi Sultan Murat (bapa Alfateh) untuk anaknya meroboh tembok Constantinople secara ulangan yang banyak.
Teknik ulangan
“Sistem ini bukan saya yang pilih sebaliknya sistem yang Allah ajarkan. Inilah amalan nabi yang makin dilupakan dan tidak popular dilakukan. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik. Dalam roll call pagi juga, anak-anak mengangkat baiah (ikrar) harian mereka sebagai anak kepada ibu bapanya. Bukankah itu menarik dan menjadi ritual ulangan sehingga ia boleh dilaksanakan?”
“Saya mengguna pakai kaedah ini sejak anak saya yang pertama mula pandai bercakap walaupun pelat,” ujar Saiful panjang lebar yang yakin konsep tersebut mampu membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak.
Tip Ibu Bapa Untuk Menjadi Tauladan Anak-Anak:
- Jadi ibu bapa yang sensitif dan kasyaf memerhatikan gerak geri anak.
- Tajamkan pertimbangan kita dengan Al-Quran dan Sunnahnya.
- Pada zaman ini “It takes a community to raise a child”.Jadi, kami biasakan anak-anak bergaul dengan anak yatim dan asnaf di RPWP.
- Tiada yang lebih baik selain dari apa yang telah ditunjukkan uswahnya dari rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.
- Berhenti melihat kepada corak keibubapaan cara barat kerana sebahagian yang baik yang mereka lakukan juga adalah cedokan sistem Islam yang telah lama dipraktik oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.
- Secanggih manapun teknologi, pendidikan rohani anak tidak mungkin berlaku dengan sentuhan teknologi tetapi melalui sentuhan seorang ibu dan ketegasan seorang bapa.
Sumber: Majalah Keluarga Oktober 2016
“Pa… Kita Sudah Dapat Cucu.” Nora Kongsi Berita Gembira Timang Cucu Sulung, Kini Bergelar Nenek!
![](https://cdn.keluarga.my/2020/08/249847-27_26_098352.jpeg)
Tiada yang lebih menggembirakan buat penyanyi bersuara lunak ini bila mana dapat menimang cucu sulung. Nora Ariffin dalam satu perkongsian memuat naik berita berita gembira dirinya kini bergelar nenek selepas anak lelaki, Syakir Iman dan menantu, Putri Eliya Sofea, dikurniakan cahaya mata sulung.
Nora memberitahu, bayi yang dilahirkan secara pembedahan itu diberi nama Ayden Johan.
“Rasanya, sayalah yang paling seronok dengan kehadiran cucu sulung ini. Malah, dua anak perempuan saya seronok kerana dapat anak buah.
“Nama Ayden Johan itu dipilih lebih awal oleh anak dan menantu saya. Nama Johan itu memang diletakkan sebagai tanda ingatan terhadap Allahyarham suami dan bapa mereka, Johan Nawawi.
“Alhamdulillah, bayi dan ibunya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana menjaga mereka dengan baik.
“Sofea akan menghabiskan tempoh pantang di rumah keluarganya. Nampak gaya, sayalah yang akan kerap menjenguknya kerana mahu bermain dengan cucu,” katanya lagi
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi berita berkenaan di instagram. Biarpun gembira, beliau turut meluahkan rasa sedih kerana meraikan kelahiran cucu tanpa suami di sisi.
Luah Nora, jika Johan masih hidup, berita itu pasti disambut gembira.
Subhanallah….
MasyaAllah…
Alhamdulillah…
Segala puji hanya bagi Allah.
I am sooooo happy dan rasa sangat bersyukur diatas kurniaan ini.
Happy……hanya Allah yg tahu.
Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah utk kami sekeluarga.
Pa….kita dah dapat cucu dah.😢😢
Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat.
Baby selamat, sihat, semangat, cute & mcm iman.
Sama macam kita sambut Iman dulu.👩❤️👨
Congrats to my dearest son Syakir Iman & Putri Eilya Sofea.
@mosyi.johan @eilyasofea
A new day has become.😘😘
Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga
Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah
Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri & kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.
Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat.
Allahuakbar….Allahuakbar..
Wan….happy dan sangat teruja.😁
Wan nak Ayden jadi anak yg baik & soleh ye mcm arwah atok…Johan Nawawi.
Tq to all the staff frm HUKM yg sgt membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eliya Sofea.
Tq sooo much to everyone for the wishes, doa & love.😍😍😍😍😍
Welcome AYDEN JOHAN to the new world.
Al- fatihah buat Johan Nawawi & Syakir Alif
We Miss you so much.Kata Nora, dia membahasakan dirinya sebagai Wan untuk cucu sulungnya itu.
“Anak-anak memanggil emak saya Tok Ma. Jadi untuk membezakannya, saya menggelarkan diri saya sebagai Wan,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Sumber: itsnoraariffin
“Struggle Is Real” Mira Filzah Kini Faham Kenapa Mak-Mak Susah Nak Bergambar Dengan Anak
![](https://cdn.keluarga.my/2022/06/519E7RFY-Untitled-design.jpg)
Isi Kandungan
ToggleSiapa pun pasti akan teruja untuk menyambut acara istimewa bila sudah bergelar papa dan mama. Terbaharu untuk sambutan Hari Bapa pada minggu lepas, pelakon popular Mira Filzah yang baharu sebulan bergelar ibu turut meraikan Hari Bapa untuk suaminya Wan Emir Astar.
Mira yang memuat naik foto keluarga kecilnya menyambut Hari Bapa dengan kapsyen yang mengakui setelah bergelar ibu barulah dia faham kenapa kebanyakan geng mak-mak sukar nak bergambar sempurna dengan anak.
Cahaya mata pertama Mira dan Wan Emir yang diberi nama Wan Khair Amir jelas tidak memberikan kerjasama ketika foto diambil.
Struggel Is Real
Struggle is real. Tangkap gambar pun guna timer camera depan je. Sorry Amir, tahu awak dah mengantuk. Tapi kan Father’s Day, tak kan gambar berdua je. Mesti lah bertiga. Sowieeee @wankhairamir macam kena paksa pula bergambar ya.
Jika sebelum ini Mira yang mempunyai seramai 7.3 juta pengikut di Instagram rajin berkongsi gambar OOTD (Outfit Of The Day) untuk mempromosi pelbagai jenama pakaian yang diwakili sebagai jurucakap, mengakui sukar rupanya nak bergambar dengan anak dalm posisi yang sempurna.
Welcome To Parenthood
Meninjau ke ruangan komen, pengikut pengacara dan juga usahawan ini turut sama mengiyakan kata-kata Mira.
Kebanyakan mereka turut berkongsi pengalaman yang sama serta meninggalkan kata-kata semangat supaya tak berputus asa mengambil gambar bersama anak.
Bahkan ada juga yang turut memberitahu hanya bila anak sudah besar barulah boleh ada perfect family photo.
Macam Muka Mama
Walaupun Mira tidak berkongsi wajah anaknya dengan jelas tetapi ramai pengikutnya boleh mengagak wajah Amir comel dan ada iras seperti mamanya.
Selain itu mereka juga kagum melihat kegigihan Mira memegang kuat bayinya yang kelihatan meronta-ronta kerana mengantuk demi hendak mengabadikan foto mereka sekeluarga meraikan Hari Bapa.
Sumber: IG Mira Filzah
Kepada mama-mama yang tengah pregnant, masih sempat lagi nak join webinar Aku Tak Serik Bersalin yang akan berlangsung hari Ahad ni (26hb Jun 2022) secara online.
Daftar secara percuma di sini Webinar Aku Tak Serik Bersalin