Bila Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sampai Tak Tahu Nak Buat Apa, Begini Wanita Ni Kongsi Elak Terbuang Begitu Sahaja!

Share

Sememangnya jika sesiapa ada menanam pokok limau kasturi, bila berbuah memang lebat sampai tidak termakan dibuatnya. Jika dibiarkan begitu sahaja, tentu akhirnya akan busuk begitu sahaja.

Jadi apa kata anda buat seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummi Ain ini, memandangkan semasa tempoh PKP yang lalu dan musim hujan, pokok limau di rumahnya banyak berbuah. Biasanya hantar ke kedai kawan yang berniaga laksa dengan kantan dan kesum.

Oleh kerana kedai tutup maka limau kasturi banyak di rumah. Kantan dan kesum pun banyak tapi hari ni nak cerita perihal limau kasturi. Dah bagi jiran-jiran tapi masih banyak lagi. Setiap kali suami ke kebun akan bawa balik limau kasturi.

Nak elakkan dari limau rosak jadi jom kita buat kiub limau.

Guna loyang acuan talam je senang. Kalau tak ada boleh guna acuan ais kiub tapi susah sikit nak keluarkan. Mgkin boleh fikir cara lain. Nanti nak guna ambil saja kiub tersebut. Boleh buat air limau asamboi, masuk dlm siakap stim limau dan lain-lain

Saya biasa ambil 2-3 kiub tuang air panas sikit saja kurang dari 1/2 gelas. Minum lepas makan. Boleh bantu turunkan bacaan gula sebab saya ada diabetes.

 

 

Macam-macam boleh buat

Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi cara lain yang boleh dimanfaatkan. Contohnya seperti komen oleh Jamaliah Abdullah, “Buat jus cinta sis. Sedap. Limau tu di rebus sekejap dan keluarkan airnya. Sumbatkan asam boi. Smpn 2 bln dlm botoi..sedap buat minuman panas dan sejuk”

Tulis Kuali Mokde pula,“Tq share tipsnya tt.. Tak penah terpikir.. Selalu buah2 limau nipis dekat rumah.. Rosak mcm tu je..so lepas ni dh boleh buat kiub..”

Komen Zainuri Ayie pula,  “Saya selalu beli limau kasturi untk buat detox, tips saya basuh bersih limau kasturi, then blend dgn kulit2 lepas tue letak dlm botol kaca hasil blend tdiw, simpan dlm peti ais… setiap pagi amalkan minum pati limau tdi yg dicampur dgn segelas air suam, smbil bekerja akn berpeluh… amalkan setiap malam sebelum tdo dan pagi sebelum sarapan, rasa dyea xberapa masam sb dh blend skali dgn kulit, Alhamdulillah berat trun dan always bertenaga… sekian”

Sumber : Ummi Ain

 

ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club