
Menghadirkan tanaman dalam rumah atau indoor plant sebagai salah satu elemen dekorasi untuk terlihat cantik dan segar mata memandang kini kian menjadi trend.
Pun begitu, tahukah anda tanaman ini juga perlu penjagaan rapi untuk pastikan ianya dapat hidup dengan subur.
Masalah seperti daun bertukar warna kuning-kekuningan juga suatu yang lumrah terjadi.
Usah terlalu risau namun ada beberapa perkara perlu dilakukan segera sepertimana dikongsikan oleh Huda Zainal ini. Jom semak perkongsiannya.
Bila nampak daun dah berubah kuning, dalam hati mesti risau. Alamak, nak mati dah ke ni?
Banyak sebab faktor daun berubah kuning, antaranya penuaan, tak cukup air pun boleh jadi juga.
Tapikan pokok tu memang berendam dalam air. Check semula, kadang-kadang stem dia tergantung dan tak terendam. Pun boleh jadi punca kuning.
Bukan baby je demam kuning tau. Hehehe.
Maka apa perlu dibuat bila pokok yang kita sayang berubah kuning.
1. Tak boleh dibiarkan berlama-lamaan kuning dan membusuk dalam balang.
2. Ambil bawa ke sinki
3. Keluarkan pokok daripada balang
4. Buang air yang lama.
5. Gunting semua daun yang kekuningan pada bahagian hujung batang daun.
6. Check bahagian akar, mana yang dah lembik, hitam dan busuk. Buang dan bersihkan.
7. Masukkan air bersih. Dapat guna air tapis lebih bagus berbanding air paip.
8. Susun semula daun-daun yang dikeluarkan tadi ikut seni tangan masing-masing.
9. Sambil buat tu bersembanglah dengan pokok. Selain mampu menurunkan stress, bercakap atau menyanyi dengan pokok mampu memangjangkan hayat pokok itu sendiri.
Sumber : Huda Zainal
Usah Buang Kulit Telur, Boleh Guna Semai Benih Pokok. Bukan Jer mudah & Jimat, Malah Bantu Suburkan Tanaman

Bagi yang minat berkebun di rumah, tak payah nak beli baja untuk suburkan tanaman,. Guna bahan dari dalam rumah je. Ibu-ibu lepas ni, sila simpan kulit setiap kali lepas memasak. Rupanya boleh guna untuk semai pokok.
Jom cuba perkongsian dari Puan Siti Yahaya menerusi page Berkebun Untuk Beginner. Cukup menarik kan cara ini. Bukan je jimat malah bantu suburkan pokok juga.
Siapa kat sini yang suka semai benih dalam kulit telur?
Senang dan jimat kan. Tak payah beli bekas semaian. Nak ubah ke pasu besar pun mudah.
Angkat, genggam bagi pecah sikit letak terus dalam pasu.
Kulit telur ni pun baik untuk tanaman, ada unsur kalsium untuk suburkan tanaman.
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Patutlah Asyik Tanam Cili Tak Jadi, Rupanya Salah Teknik, Lelaki Ini Kongsi Caranya.

Kini ramai yang suka bercucuk tanam di halaman rumah. Salah satu tanaman adalah cili padi.
Jika di tanam sepokok dua di laman rumah bolehlah digunakan untuk masakan harian, lebih-lebih buat keluarga yang suka makan padas.
Cili merupakan salah satu tanaman yang selalu ditanam di rumah.
Namun tidak semua, tanaman cili menjadi. Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Ini caranya
Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam. Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan. Hihi.
Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan.
1. Buang tunas air. Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini.
https://youtu.be/3hMgfs1bJqA
2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.
3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah.
4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.
5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.
6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak jela ya.
Itu sahaja laa teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua happy dengan tanaman masing masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Sumber: Mohd Amri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ibu Ni Kongsi Points Penting Dari 4 Tokoh Dalam Membina Keluarga Sunnah. Memang Hebat!

Membina keluarga Sakinah, dapat hidup bahagia dan tenang pastinya menjadi impian kita semua. Pun begitu apa cara yang perlu kita lakukan?
Melalui perkongsian daripada seorang ibu yang berpeluang menghadiri seminar Keluarga Sakinah ini semoga ilmunya dapat diserap.
Biarpun posting ini telah lama, namun inti patinya sangat hebat. Wajar untuk terus dibaca oleh kita dan dipraktikkan untuk manfaat bersama.
Nak tahu lanjut, jom semak.
Pernah sekali buku saya tersenarai dalam carta BESTSELLER di MPH, bersebelahan dengan buku “Isteriku Bidadariku” oleh Ustaz Ebit Lew.
Masa tu dah happy gila dah.
Terus tergopoh gapah keluarkan phone, sebab nak bagitahu satu kampung.
Dan Sabtu lepas, saya berpeluang dengar seminar Ustaz Ebit secara live dan berkesempatan berbual dengan beliau.
Kalau buku tercalon sebelah buku ustaz pun dah riuh sekampung, boleh bayangkan tak camane bila dapat berdepan dengan Ustaz Ebit?
EXCITED tahap sesak nafas oii.
Nak-nak bila Ustaz Ebit cakap (berkenaan buku saya)–“Tahniah puan. Semoga Allah terus sayang puan sekeluarga.”
Allahhhhh terus aminkan 800 kali lalu meninggal dalam iman. Hahah.
Memang lain betul auranya bila berdampingan dengan orang-orang yang tinggi ilmu ni.
Mungkin ini lah salah satu kekuasaan Allah yang ditunjukkan melalui hambaNya.
Kuasa ilmu.
So hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
Baca, dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik. Kita usaha sama-sama, ok?
? Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
? Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
? Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
? Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
? Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
? Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu– penyayang dan pengasih.
? Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
? Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
? Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
? Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana-mana majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
? Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
? Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
? Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati–
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
? Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak–
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
? Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
? Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
? Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
? Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
? Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
? Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
? Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
? Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
? Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
? Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
? Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
? Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
? Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
? Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan-suami, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
? Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
? Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
? Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
? Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
Ini cuma perkongsian. Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah, dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah. Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan?
Sumber : Adlil Rajiah