Perasan tak, biasanya kita apabila memasak tentu ada perkakasan tertentu yang menjadi kegemeran kita untuk digunakan. Contohnya, dalam banyak-banyak periuk yang kita ada, mesti ada satu dua yang menjadi periuk yang sering kita gunakan berbanding periuk-periuk atau kuali yang lain.
Mungkin kerana saiznya atau material periuk itu menjadikan kita sentiasa ingin menggunakan periuk tersebut untuk menyediakan menu untuk keluarga.
Disebabkan itu juga, periuk ini akan lebih nampak kusam. Jadi bagamana anda ingin kembalikan aura periuk tersebut seakan baru dan berkilau
Jadi ini yang perlu anda lakukan.
Bahan-bahan:
Asam Keping
Cara buat:
Langkah pertama: Didihkan asam keping bersama air.
Langkah kedua :Masukkan perkakasan atau periuk ke dalam bekas air mendidih tadi.
Langkah ketiga : Pastikan tenggalam keseluruhan bekas di dalam air asam keping tadi. Biar sehingga 2 minit.
Langkah keempat : Kemudian keluarkan dan boleh dicuci seperti biasa dengan menggunakan sabun pencucui pinggan.
Ads
Selain itu, oleh kerana kita selalu sangat menggunakan periuk yang sama pastinya jangka hayat periuk tersebut mudah rosak seperti berlakunya kebocoran. Hendak dibuang sayang, maklumlah periuk kegemaran. Jadi lakukan 4 petua berbeza ini untuk pastikan periuk yang bocor boleh digunakan kembali.
KAPUR MASAKAN
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
KULIT PISANG
Ads
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
KERTAS ALUMINIUM
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki. caranya mudah, hanya tampalkan kertas aluminium ini pada bahagian periuk yang bocor.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat sendiri lagi jimat, itu semestinya. Lihat sahaja idea rak deko untuk pasu bunga yang dihasilkan oleh saudara Mohd Azrin Roselan ini.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi, namun mampu menjadikan sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk perletakkan pasu lebih menarik.
Jadi untuk anda yang ingin memiliki rak pasu seperti ini, boleh sangat dibuat kerana ianya cukup mudah untuk dihasilkan dan bajet pun rendah.
Selamat mencuba.
DIY buat Rak deko untuk pasu bunga.
Kebetulan saya mempunyai rangka besi rak Ikea yang sudah rosak dan tidak digunakan lagi.
Dari berakhir ke besi buruk. Baik saya kitar semula guna untuk buat Rak deko pasu bunga.
Kelebihan Rak deko pasu bunga ini kita boleh susun pasu pokok bunga ikut citarasa sendiri.
Rak Deko ini mudah alih dan kita boleh letak dimana-mana lokasi ikut kesesuaian dan ikut citarasa sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk bina rak deko hiasan pasu bunga:
1. Frame besi @ buat sendiri dari kayu @ sambungan paip PVC.
2. Dawai sangkar
3. Cable tie kedai ECO
4. Pasu bunga mini kedai ECO
Cara buat :
1. Dawai sangkar digunakan untuk sokongan dan penyakut pasu mini.
2. Cable tie digunakan untuk mengikat dawai sangkar pada frame besi.
Buat penggemar cendawan goreng, resipi pernah viral sebelum ini. Jika anda mahu menghidangkan menu petang yang sedap, resipi ini wajib dicuba.
Mudah disediakan dan hasilnya cendawan goreng bersalut tepung berempah ini jadi rangup dan garing. Dihidangkan bersama secawan teh O panas cendawan enoki goreng ini pasti terangkat.
Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan enoki
1 biji telur – pukul ringan
serbuk tepung serbaguna (BESTARI)
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat:
1. Potong akar cendawan Enoki,leraikan ia,kemudian basuh dan toskan.
2. Gaul cendawan Enoki dengan telur hingga rata.
3. Golekkan atas tepung serbaguna.
4. Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
5. Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.
Info ekstra:
Kudapan ringan ini juga sedap dicecah dengan sos cili, mayonis atau dimakan begitu sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidangan yang berasaskan mee sering menjadi perhatian bagi yang suka hidangan yang mudah dan sedap.
Ia termasuk mee suah. Rasanya memang membangkitkan selera makan. Memang sedap!
Sebagaimana perkongsian oleh puan ini menerusi facebook miliknya, Ibu Zarah.
MEE SUAH POWER Ni masakan dari resepi aruah mak dulu. Katanya dia belajar dengan kawan bangsa tionghua masa bekerja digudang getah. Aruah mak ramai geng sekerja dari kaum india, cina dan benggali. Tak heranlah aruah mak boleh berbahasa hokkien sikit-sikit. Dulu kalau mak masak mee suah ni berebut-rebut kami makan. Kalau ada yang tak sihat, biasanya mak akan hidang mee suah ni panas-panas. Makan sampai peluh-peluh dan terus telan cortal . Mee suah ni tak perlu direbus atau dibasuh, dia macam kita masak maggi. Patah dua, terus masuk dalam kuah. Kacau- kacau sampai kembang, dah siappp!
Cara penyediaan:
2 bungkus ni boleh makan untuk 4 orang
Sediakan bahan-bahan
Udang kering, direndam, basuh dan tumbuk kasar
Cendawan dan batang celery yang dipotong-potong
Cili padi, bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar
Mee suah yang dipatah dua
Sedikit minyak
Tumis bawang-bawang dan cili hingga naik bau
Masukkan udang kering
Masukkan air dalam 1.5 litre
Masukkan cendawan dan batang celery
Pecahkan dua biji telur, nak sebiji-sebiji pun boleh, nak hancur-hancur pun sedap
Masukkan mee suah, kacau selalu supaya tak berketul. Rasa dulu baru masukkan garam sebab ada mee suah yang dah bergaram. Kang termasin laa pulak
Hidangkan panas-panas. Kalau lambat makan nanti dia serap air dan tak berkuah. Sedapnya makan mee suah ni, orang sakit gigi pun boleh makan sebab dia lembut dan tak perlu kunyah sangat… sedut dan telan pun boleh
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.