Bila Period Rasa Sakit Sampai Jalan Pun Tak Larat, Rupanya Ada Cyst. Wanita Ni Kongsi Cerita!

Share

Mengalami rasa sakit ketika period atau senggugut mungkin itu perkara biasa yang dilalui oleh ramai wanita pada setiap bulan.

Pun begitu, berbeza kisahnya yang dikongsikan oleh Nor Ashie ini. Kesakitan yang dirasakan setiap kali datang bulan itu difikirkan normal namun siapa sangka itu petanda awal adanya cyst. Kesakitannya berlarutan hingga tidak mampu untuk berjalan dan muntah-muntah.

Untuk mengetahui lanjut, ikuti perkongsian penuh daripadanya.

30/1/2019

Tarikh ni memang tak dapat aku lupa. Actually, start November, bila datang period, aku muntah-muntah, demam , pening dan nak jalan pun sakit. Ada jugak tanya-tanya kengkawan, normal ke jadi macam tu, all my friends said its normal, sebab hormon. Then okay la, just makan panadol sebab demam. I never take periodpain pills..

31/1/2019

Period.. benda yang sama jadi. Makin teruk. Muntah-muntah, demam, pening, badan menggeletar, even nak jalan pun tak boleh. Then, decide nak g klinik check. The doctor said, whether its appendix or cyst,    (masatu terkejut berok jugak la).. doktor buat surat, refer hospital.

Okay, dah dekat hospital.. scan apa semua, memang sah ada cyst! Taktau nak rasa apa masatu. Doktor cakap “adik, adik ada cyst. Nama dia endomatrima( kissing ovaries) . Besar ni adik. Ada dua.. *9.7 darab 6.8 cm dengan 5 darab 5 cm* . Kena buat operation untuk buang ni ” .

Doktor cakap, aku punya cyst tu besar.. dah 3 tahun ada dalam perut. Doktor cakap, “kalau terpaksa, dan jika tiada pilihan, atau ada komplikasi, kami terpaksa buang rahim adik. Tapi kami cuba buat yang terbaik” … doakan semua dipermudahkan..

P/s : aku just nak pesan, siapa-siapa yang ada period pain yang terok tu, better p check.. jangan lengah-lengah, nanti menyesal tak sudah..

Thank you semua yang banyak membantu especially my beloved family.


Terkini apabila ditanya berkenaan tahap kesihatannya, ini jawabnya “Alhamdulillah, saya dah buat operation dah. Dan alhamdulillah juga, rahim saya dapat diselamatkan. Cuma doktor ada cakap ada kemungkinan untuk susah nak pregnant .

“Sekarang dalam proses recovery lagi. Memang kena jaga pemakanan. Makan makanan berkhasiat, sayur, buah(tiap-tiap hari kena ambil) . Fastfood semua saya stop sejak saya tau ada cyst.”

Sumber : Nor Ashie Saberi