Bila Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank, Begini Rancang Perbelanjaan Isi Rumah Dengan Betul. Lelaki Ini Kongsi Cara.

Share

Setelah arahan PKP,  ada segelintir rakyat Malaysia menghadapi krisis perbelanjaan isi rumah setelah tidak mempunyai pendapatan.

Menyedari krisis ini, kerajaan Malaysia menyediakan pakej rangsangan ekonomi kepada rakyat. Salah satunya penangguhan bayaran pinjaman bank atau moraturium selama enam bulan.

Hakikatnya penangguhan ini memberi aliran wang tunai kepada rakyat Malaysia jika berlaku kesempitan hidup.

Sebagaimana perkongsian oleh Hafizul Hakim yang membuat pengiraan yang bakal diperolehi setelah penangguhan pinjaman bank ini.

Kira berapa duit terkumpul disebabkan penangguhan bayaran pinjaman bank (#Moraturium):

Loan 🚗 RM1,000
Loan 🏠 RM1,500
Loan 📖 RM500

Contoh di atas, anda ada lebihan tunai sebanyak RM3,000 sebulan. Jadi untuk selama 6 bulan, jumlah terkumpul ialah RM18,000.

Pinjaman lain yang layak untuk moraturium adalah pinjaman peribadi, ASB Financing dan SME Loan.

Syarat: Tiada tunggakan bayaran pinjaman selama 3 bulan. Kalau tertunggak, sila jelaskan sekurangnya 1 bulan #sebelum 31hb March ini.

Dalam masyarakat kita boleh bahagi kepada tiga:

1. Yang cukup-cukup makan. Gunakan wang ini untuk tampung kehidupan seharian sepanjang tempoh berkurung.

2. Yang sedang-sedang. Bahagikan 60% simpan, 40% tampung belanja sewaktu perintah berkurung.

3. Yang mampu. Tak perlu pun duit lebihan ini sewaktu perintah berkurung.

Jadi, kalau wang ini tak dibelanjakan, jadikan sebagai dana kecemasan 3, 6 atau 12 bulan gaji. Anda boleh simpan di:

✅ ASB
✅ Tabung Haji – cukupkan RM1,300 dan terus buat daftar haji.
✅ Akaun Emas Public Gold

Jangan pula dibuat shopping beli benda yang tak perlu. Dalam keadaan krisis Coronavirus, kita tak tahu sampai bila akan berakhir.

Tujuan semua bayaran pinjaman ditangguh seperti kata Perdana Menteri kita:

“Pastikan ada lauk makanan di atas meja makan.”

Begitulah.

Sumber: Hafizul Hakim