Bila Pasangan Tidak Redha Antara Satu Sama Lain, Di Situlah Rezeki Akan Disekat Dan Bocor. Deep Perkongsian Ini.

Share

Tahukah anda bahawa apabila berlaku pergaduhan sesama suami isteri terutama hal melibatkan duit dan pelbagai lagi  Allah akan sempitkan rezeki kita. Malah pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat dan bocor.

Begitu juga menerusi perkongsian Nur Ami Roslee bercerita tentang berkat rezeki datangnya daripada sebuah keluarga bahagia.

Ikuti perkongsiannya.

Pagi tadi berbual dengan suami, kewangan terasa sempit sikit bulan ni padahal baru awal bulan. Terasa pelik sebab selama ni even gaji rm400-rm600 sebulan, sentiasa mencukupi siap berlebih lagi duit, boleh belanja anak anak mainan.

Saya beritahu suami saya rasa keberkatan rezeki dalam keluarga ditarik asbab sebab minggu lepas kami bergaduh. Bergaduh benda kecil je pun,  kami jarang bergaduh, tiba je teremosi .

Benarlah apa yang saya pernah baca, bila bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi bab rezeki macam duit, hutang, dan macam-macam lagi, Allah akan sempitkan rezeki kita. Berbincang dan cari persefahaman dalam kita berbeza pandangan.

Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat dan bocor.

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.

DOA BAIK-BAIK UNTUK KELUARGA

Kurang berdoa juga salah satu faktor hilangnya keberkatan rezeki. Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Alhamdulillah saya dan suami dapat kefahaman ilmu harini. Elakkan bergaduh panjang dalam rumahtangga, mohonlah keberkatan pada Allah Yang Maha Kaya.

In Sha Allah bertambah tambah berkat rezeki kita.

Benar, bila dah faham. Saya berkata dalam hati “Allah beri suami yang baik, jika ada kekurangannya, itu kerana dia manusia biasa. Saya pun banyak salah, semoga Allah murahkan rezeki suami harini”.

Terus Allah turunkan rezeki, saya dapat panggilan telefon dari pegawai E kasih, suami pun dapat berita baik daripada sahabatnya.

Alhamdulillah keduanya berita baik.

Sumber: Nur Ami Roslee