Wanita adalah golongan yang suka membeli belah. Jika shopping baju atau tudung memang boleh dikatakan setiap bulan. Bukan satu je, boleh jadi dua atau tiga helai sekali beli. Begitu juga dengan tudung.
Bukan itu aje, barang perhiasan atau pinggang mangkuk juga menjadi salah satu koleksi yang sering dikumpul oleh para wanita. Jika lelaki pula, kasut sukan, raket badminton, tenis atau jaket.
Bagaimanapun bukan sahaja punya sikap gemar membeli, turut punya sikap suka menyimpan barang-barang yang dibeli dalam tempoh yang lama. Alasan, masih baru dan sayang. Golongan ini seorang yang jenis sentimental value terdapat apa-apa barangan miliknya. Malah seluar lusuhnya tetap sayang nak buang!
Kesannya, almari hiasan, ruang tamu atau family area penuh dengan barang-baran lama ini. Kekal bertahun disimpan tanpa digunakan.
Menurut saudara Akhtar Syamir, sikap begini akan dikenali sebagi Hoarder. Tahukah apa itu Hoarder? Ada mungkin seorang Hoarder jika anda sejenis masalah di mana seseorang itu menyimpan barang secara berlebihan dan beranggapan barangan itu bernilai baginya namun sebaliknya bagi orang lain .
Biasa tak pergi rumah seseorang dan melihat barang di dalam atau di luar rumah yang terlalu banyak? Bukan biasa-biasa banyaknya tetapi boleh membuatkan kita rasa itu adalah tidak normal.
Ruang tamu akan dipenuhi perabot yang tidak bersesuaian dengan ruang yang ada. Almari-almari besar yang tidak praktikal dan bermacam lagi perabot yang membuatkan ruang terasa amat sempit.
Jika termasuk ke bilik simpanan barang-barang hoarder ini, kita akan dapat lihat barang lama yang sudah buruk. Contohnya bekas plastik yang sudah lama tidak digunakan, periuk belanga yang sudah rosak berkarat, bingkai gambar lama, bekas kosong yang tidak berguna dan macam-macam lagi.
Kemudian kita mungkin ada peluang masuk ke biliknya dan akan dijamu dengan pakaian yang sudah berpuluh tahun lamanya tergantung memenuhi ruang bilik sehingga tiada ruang pun untuk tidur.
Bahagian dapur pula akan penuh dengan set pinggan mangkuk yang sudah lama tidak digunakan. Peralatan memasak yang lebih dari yang sepatutnya dan bermacam lagi barang yang tidak sepatutnya berada di situ.
Mungkin ramai yang baru pertama kali dengar perkataan ini, tetapi Tuan empunya rumah itu sebenarnya seorang “Hoarder”. Yang menjadikan ianya menarik ialah Hoarder tidak rasa itu adalah satu masalah dan Hoarder ini adalah seperti manusia biasa sahaja. Sehinggalah anda ke rumahnya.
Hoarder ialah sejenis masalah di mana seseorang itu menyimpan barang secara berlebihan. Kebanyakan barang-barang itu tidak mempunyai nilai langsung buat orang lain tetapi tidak di pandangan mata orang yang mempunyai masalah itu.
Hoarder juga mempunyai masalah untuk melepaskan barang-barang yang telah dikumpul itu seterusnya membuatkan mereka tidak dapat hidup secara normal dan selesa kerana kebanyakan ruang di dalam rumah sudah dipenuhi dengan barang.
Perlu dijelaskan yang Hoarder bukanlah Collector (pengumpul). Collector mengumpul barang-barang berharga tetapi Hoarder mengumpul barang yang tidak berharga (berharga hanya di mata dia sahaja).
Ada Hoarder yang pengotor dan tidak kemas tetapi ada juga Hoarder yang menyusun rapi barang mereka cuma barang itu sudah terlalu banyak.
Ads
▶️ Antara sikap dan sifat Hoarder adalah :
1. Mengumpul barang semata-mata untuk disimpan tanpa ada sebab yang konkrit.
2. Sering memberi alasan yang barang itu mungkin akan diperlukan pada masa hadapan.
3. Sangat susah melepaskan barang yang sedia ada walaupun sudah buruk dan tidak berguna.
4. Berasa selamat dengan barang yang sudah lama ada bersama.
5. Tidak boleh berpisah dengan barang yang dirasakan mempunyai ikatan emosi dengannya.
6. Hoarder sering kali bermula pada umur muda dan masalah itu meningkat mengikut umur. Mungkin pada mulanya suka menyimpan sedikit barang, tetapi lama-kelamaan ianya menjadi semakin banyak.
7. Sentiasa memberi alasan yang barang itu boleh diberi kepada orang lain sedangkan ianya hanya untuk simpanan sendiri.
Ads
▶️ Apakah jenis barang yang selalu menjadi simpanan Hoarder?
1. Pakaian / tudung
2. Perabot kecil / besar / barang perhiasan
3. Bekas makanan / Tupperware
4. Barang dapur, set pinggan mangkuk
5. Aksesori kenderaan / kenderaan lama
6. Emas atau barang perhiasan peribadi
7. Barang-barang keluarga
8. Kertas, resit, majalah lama, surat khabar lama.
9. Barang-barang mainan.
10. Peralatan budak kecil / bayi walaupun anak dah besar panjang.
▶️ Apakah kesan dari masalah Hoarding ini?
1. Kehidupan menjadi stress disebabkan ruang rumah yang menjadi sempit kerana barang yang banyak.
2. Kekurangan hubungan sosial di rumah kerana seringkali mengelak untuk orang lain datang ke rumah.
3. Satu pembaziran apabila barang yang banyak tetapi tidak digunakan.
4. Masalah kesihatan hasil daripada barang yang sudah buruk tetapi tetap disimpan dan tertimbun dengan barang lain.
5. Perbalahan antara ahli keluarga yang cuba membantu.
Ads
Ada satu lagi jenis Hoarder iaitu Animal Horder. Hoarder jenis ini ialah orang yang terlalu banyak mengumpul binatang, kucing contohnya. Bukan 5 ekor tetapi kadang kala mencecah sehingga berpuluh-puluh ekor. Kesannya adalah sama seperti di atas tetapi lebih teruk lagi kerana yang disimpan itu ialah binatang bernyawa yang sentiasa perlu dijaga.
▶️ Simptom-simptom Hoader yang anda perlu tahu.
1. Suka mengumpul barang tanpa sebab.
2. Tidak suka mengemas dan membuang apa yang tidak perlu.
3. Selalu memandang suatu benda lebih bernilai dari yang sepatutnya.
4. Syok sendiri dengan barang yang dirasakan bernilai sedangkan tidak.
5. Suka membeli barang yang tidak perlu.
Jika anda ada simptom ini, cepat-cepatlah berubah sebelum ianya terlambat. Percayalah yang ianya akan menjadi lebih buruk. Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri seorang Hoarder yang mempunyai barang penuh satu bilik sampai ke siling.
▶️ Apa yang boleh dilakukan untuk membantu?
1. Menerangkan betapa barang-barang itu tidak berguna.
2. Membantu membuang barang-barang yang berlebihan.
3. Perlu berkeras dengan Hoarder walaupun akan ada keadaan yang sedikit tegang kerana Hoarder ini selalunya susah untuk membuang tabiatnya.
4. Kurangkan barang yang mempunya nilai yang sama. Jika ada 5 benda yang sama tinggalkan 1 sahaja.
▶️ Apa yang Hoarder perlu lakukan?
1. Berubah dan terima kenyataan yang barang itu tidak diperlukan.
2. Mengawal emosi yang terlalu mengikat sesuatu barang itu dengan diri sendiri.
3. Beri kebenaran kepada orang terdekat untuk uruskan barang-barang itu. Jika diuruskan sendiri, pasti tidak akan berhasil.
4. Sedekah. Jangan hanya berniat untuk sedekah, tetapi terus bersedekah. Jika dilengahkan, memang takkan bagi punya.
Itulah serba sedikit penerangan mengenai masalah Hoarding dan Hoarder. Percayalah yang anda tidak perlukan 10 barang yang sama atau 10 barang yang buruk.
Hiduplah dengan ruang yang besar dan selesa berbanding ruang yang sempit dengan barang yang terlalu banyak. Pasti hidup anda akan lebih tenang dan stress akan jauh berkurangan.
Hoarding juga boleh dikategorikan sebagai satu pembaziran dan pembaziran ini akan dihisab di kemudian hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu selain melihat kejayaan anak-anak kan, demikian juga dengan pelakon dan pelawak Didie Alias.
Menerusi satu perkongsian di instagramnya, bekas finalis Dewi Remaja 1990 ini memuatnaik luahan hati usai anak perempuannya berjaya menggapai segulung Ijazah Sarjana ( Master). Lebih membahagiakan lagi apabila anaknya itu turut menerima anugerah Naib Canselor.
Masyaallah Ya Allah..
Syukur Alhamdullillah walaupun mumy tak dapat nk teman kakak utk hari istimewa kakak,mumy bangga ngan usaha & kejayaan kakak,doa mumy sentiasa dibibir mumy buat anak2 mumy.
Menerusi kapsyennya itu juga, Didie meluahkan rasa sebak dan menganggap kejayaan tersebut adalah hadiah yang paling berharga buat dirinya sebagai ibu.
Kakak nampak kesusahan kite selama nie,Allah bg hadiah yg paling berharga buat mumy.
Setiap kali diri diuji pastinya saat getir itu harus dilalui dengan tabah. Pun begitu apalah daya kita untuk tidak berasa sedih.
Pun begitu, persoalannya bagaimana untuk kita segera keluar dari zon tersebut dan sekali gus boleh bangkit melalui kehidupan serperti normal.
Oleh itu, saranan daripada penceramah ini jadikan panduan.
Ini perkongsiannya.
Berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku atau kata-kata manusia sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita.
Bahkan ia boleh menjejaskan kesihatan. Kita tak boleh sesekali mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekali pun. Apa yang boleh kita buat saat ini,
➡Kesat air mata tu,
➡Tarik nafas,
➡Zikir, Ya Qawiyy (terpulang jumlahnya), Ya Allah Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan jiwa untuk menghadapi Ujian ini.
➡Zikir, Ya Fattah (terpulang jumlahnya), ‘Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kebimbangan, kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.
➡ Lepas tu cepat²lah buat kerja, atau apa² aktiviti fizikal, yang suri rumah kemas rumah atau buat operasi ke, yang berniaga buat betul², yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja. Kita semua ada banyak kerja nak dibuat.
Jatuh Itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh Itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah keranaNya. Allah sentiasa inginkan kebaikan untuk kita, Dialah Allah ya Barr Yang Maha Baik, Dialah yang paling Dekat dengan kita !
Seorang pelajar tahun 5 di Tanah Merah, Kelantan mendakwa dirinya mengalami retak lutut selepas di denda ketuk ketampi daripada gurunya sebanyak 30 kali.
Kejadian itu menyebabkan pelajar lelaki tersebut trauma dan takut untuk kembali ke sekolah walaupun pihak sekolah telah membuat permohonan maaf kepada pelajar tersebut.
Ibu mangsa yang dikenali sebagai Azlina, 36, berkata anak ketiganya itu sememangnya pernah mengalami keretakan di lutut selepas jatuh semasa bermain bola sepak tiga bulan lalu.
Disebabkan kecederaan itu, doktor menasihatkan agar anak lelakinya itu tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal yang melampau untuk menjaga kesihatannya itu.
Dia selalu terlepas beberapa kelas di sekolah disebabkan kecederaan dirinya. Saya juga sudah maklumkan keadaan itu kepada cikgu-cikgunya.
Difahamkan, anaknya bersama beberapa pelajar lain dipanggil untuk dikenakan denda ketuk ketampi sebanyak 30 kali kerana tidak hadir ke sekolah.
“Anak saya tidak hadir ke sekolah pada 8 Januari lalu kerana mengalami cirit-birit. Saya sudah maklumkan hal berkenaan di dalam group WhatsApp yang dianggotai oleh guru-guru.”
Azlina menegaskan lagi bahawa keluarganya tidak mahu membesarkan isu tersebut namun laporan polis tetap akan dilakukan sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.