Bersyukurlah kita duduk di rumah bersama anak-anak. Sebaliknya barisan frontliner kini bekerja tanpa rehat demi memastikan pesakit dijangkiti mendapat rawatan segera.

Malah melalui perutusan Perdana Menteri petang tadi, kakitangan perubatan secara kontrak akan ditambah untuk mengatasi kekurangan frontliners ini.

Dalam pada itu, seorang doktor melalui perkongsiannya, menasihati supaya para frontliners menjaga keselamatan diri ketika melakukan rawatan ke atas pesakit yang dijangkiti virus bahaya ini.

Ikuti perkongsiannya.

Bila Pandemik, Frontliners Bahayakan Diri Hingga Lupa Lindungi Diri.

Bagi seseorang yang sentiasa pantas nak menyelamatkan pesakit, nak abaikan perasaan sebegitu adalah sukar.

Ads

Berkali-kali kami berpesan kepada doktor muda yang mengendalikan pesakit Covid di ICU;

“Pastikan pakai PPE sebelum attend pesakit. Selagi PPE takde, jangan fikir nak dekat dengan pesakit.

Tak mengapa pesakit tak stabil. Tak mengapa nadi mereka memuncak. Tak mengapa tekanan darah mereka jatuh ke lantai. Yang penting kamu mesti lindungi diri terlebih dahulu sebelum menyelamatkan mereka.”

Mantra sama saya ulang-ulangkan.

Ads

“Tapi sementara nak sarung PPE, patient boleh bradycardic sampai asystole (jantung memperlahan sampai terhenti). Cytokine surge boleh terjadi terlalu cepat. Saya tak sanggup tengok!” jawab MO saya.

Ya. Dia masih trauma mendengar raungan anak pesakit di telefon yang dalam kuarantin, tatkala dia sampaikan khabar ayahnya di ICU baru saja meninggal dunia.

Sepanjang hayat saya, inilah pandemik pertama yang saya saksikan.

Ia pengajaran yang besar.

Untuk doktor yang dah biasa dahulukan pesakit dalam segala hal; sampai tak kisahkan rehat, atau makan minum, sanggup tahan buang air. Nak biarkan pesakit mati didepan mata semata-mata nak sarungkan perlindungan lengkap terlebih dahulu adalah sesuatu yang sukar diterima akal.

Ads

Bak ibu yang menyaksikan saat-saat anaknya bakal dilanggar kereta, si ibu memang takkan fikir dua kali, dia sanggup mati demi nak selamatkan anaknya.

Tapi ini pandemik. Tiada kecemasan dalam pandemik. Prioriti melindungi yang sihat lebih tinggi dari menyelamatkan yang sakit.

Tak mudah nak terima hakikat ini para doktor sekalian. Kita sama-sama belajar ya.

 

Hana Hadzrami
Masih belajar untuk melepaskan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI