Sebagai anak kita tentu prihatin dengan kesihatan ibu dan ayah kita. Maklumlah orang tua ini, kesihatan mereka sering juga terganggu dek kerana faktor usia dan sebagainya. Biasanya antara yang sering diadukan tentang tahap kesihatan mereka adalah badan asyik rasa lenguh-lenguh dan terasa berangin satu badan. Kalau kita ada disisi ibu ayah ketika itu, bolehlah juga diurut mana termampu.
Namun tahukah anda, sebenarnya ada petua yang boleh melegakan lenguh-lenguh tubuh dan sekali gus meredakan angin dalam badan ini. Ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh seorang anak bernama Fandy Mieyza kepada orang tuanya. Malah minuman jus yang sering dibuatnya itu juga elok untuk rendahkan kolestrol dalam badan dan sekali gus boleh juga jika diamalkan untuk tujuan menurunkan berat badan. Jadi jom semak apakah petuanya itu dan cara penyediaannya itu.
“Balik rumah mak sekejap tadi , sempat buatkan stok Jus Halia Bermadu untuk mak…Jus ni bagus , boleh keluarkan angin di dalam badan , boleh rendahkan paras kolesterol , turunkan berat badan dan lain2 lagi…”–Fandy Mieyza
JUS HALIA BERMADU
Bahan-bahan :
3 biji lemon
6 inci halia
3 cawan air
3 cawan madu
Langkah demi langkah :
- Potong lemon dan halia.
- Rebus dalam periuk bersama 3 cawan air (750 ml)
- Rebus hingga air tinggal separuh
- Sejukkan kemudian kisar semuanya.
- Campurkan bersama 3 cawan madu (lebih kurang 250ml).
- Masuk botol dan simpan dalam peti sejuk.
Cara pengambilan :
Minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur…
Ekstra Tip :
Kalau nak manis , tambah madu lagi.sumber : Fandy Mieyza via MAHN
“Kalau Ayah Jaga Anak, Dia Yang Tidur Dulu.” Gambar Anak Eyra Hazali Bersama Ayah Undang Perhatian, Ramai Geram!
Setiap ibu bapa tidak mahu melepas peluang untuk menikmati momen bersama si kecil yang tengah membesar.
Perkongsian tebaru pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali menerusi laman twitternya mencuri tumpuan wargamaya.
Gambar yang memaparkan suaminya bersama anak mereka sedang tidur mencuit hati kerana seolah-olah si anak yang menjaga ayah yang sedang tidur.
My babies ❤️ pic.twitter.com/hg1QTRwxvs
— EH (@EyraHazali21) March 11, 2021
Melihat situasi si ayah terlebih dahulu tidur manakala anak masih berjaga mengundang perhatian ramai. Ada yang mengatakan itulah situasi yang sering berlaku semasa sedang menjaga anak yang masih kecil.
Rata-rata geram melihat gelagat anak sulung Eyra, Muhammad Hayder Qalish yang cukup comel tersenyum yang seolah-olah tahu ibunya sedang mengambil gambarnya.
Siapa jaga siapa ni…. hahahahaha
— cikmelahkakibawang (@boywith185) March 11, 2021
YA ALLAH GERAMNYAAAA TNGK, DIA SENYUMMMM JE TNGK MAMA DIA 😍😍😍😍😍
— Zulaika. (@EiykaZul) March 11, 2021
Betul ah tu kalau laki jaga anak laki tido dulu
— #Salahtetapsalah (@_Madpir) March 11, 2021
Betul ah tu kalau laki jaga anak laki tido dulu
— #Salahtetapsalah (@_Madpir) March 11, 2021
Betul ah tu kalau laki jaga anak laki tido dulu
— #Salahtetapsalah (@_Madpir) March 11, 2021
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Lelaki Ni Kongsi Sarapan Oat Smoothies Guna 3 Bahan, Bantu Turun 10kg Dalam Masa 2 Bulan. Superb!
Perkongsian dari saudara Harith Faisal mungkin dapat membantu anda yang sedang berkira-kira untuk berdiet tapi nak menu yang sedap dan juga mengenyangkan.
Dengan hanya 2 bulan mengamalkan diet tersebut, lelaki ini berjaya menurunkan 10 kg. Wow menarik juga kan, yang penting diet nya hanya fokus kepada pengambilan makanan terutama pada waktu sarapan pagi.
Saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
SARAPAN NASI LEMAK PARU
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
BOSAN SARAPAN YANG SAMA
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
ENJOY MY DIET
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kreatifnya Ayah Bantu Anak Perempuan Ceriakan Bilik Guna Barang Eco Jer. Idea Yang Superb!
Selain ibu, ayah juga sering menjadi role model pada anak perempuan. Malah, ayah adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak perempuan. Tidak hairanlah ada yang mengatakan anak perempuan lebih rapat dengan ayah berbanding ibu. Kerana itu, kehadiran seorang ayah cukup penting dan wajib ada dalam melengkapi rumah tangga.
Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kena ada cara dan teknik yang betul. Penting untuk mereka selalu berkomunikasi dan melakukan aktiviti bersama-sama. Bapa bernama Dr Syahr Musafir. ini berkongsi aktivitinya bersama anak-anak. Sambil bermain dapat mengeratkan hubungan serta belajar benda baru. Bestnya!
Aktiviti dengan anak perempuan tak sama macam aktiviti dengan anak lelaki, kan? Sebagai ayah, saya cuba fikirkan untuk buatkan apa-apa bersama anak-anak.
Dan pagi hari ini, saya sengaja pesan kepada Along ST (8 tahun 2 bulan) dan Angah IY (5 tahun 11 bulan) untuk tidak mandi awal pagi, nak buat aktiviti nanti lepas tu baru mandi. Aboy HE (2 tahun 9 bulan) boleh mandi walaupun nak join buat aktiviti ini, sebab dah tahu Aboy takkan dapat join awal ke akhir 😅
Kami buat aktiviti apa? Saya tulis caption setiap gambar ye…. Tengok sampai gambar akhir tau 😍🤩
(1) Terpandang, dinding bilik Along dan Angah bercat kosong saja. Kalau ada warna-warni atau lukisan, bagus juga. Boleh menceriakan suasana.
Saya mengajak, “Along, Angah, kita decorate wall ni, nak? Lukis ke, warna ke, nak?”
“Nak!!!!!!!” disambut jawapan penuh keterujaan oleh Along dan Angah.
(2) Papa (saya) lukis atas kertas dulu, buat draf.
“Ok tak Papa lukis camni untuk dinding tu?” tanya saya.
“Cantiiiiiiiknyaaaaaa!!!” sekali lagi disambut dengan suara keterujaan Along dan Angah.
Ok, anak-anak dah setuju, bolehlah proceed.
(3) Dah buat lakaran atas kertas, nak lukis di dinding guna apa? Guna marker pens je 😊☺️
(4) Papa ‘transfer’ lakaran atas kertas ke dinding menggunakan marker pen hitam. Guna permanent marker, warna hitam. Untuk lukisan ini, 3 marker pens diperlukan. Baru cukup dakwat. Lenguh juga tangan melukis pada dinding 😂
(5) Along dan Angah ready nak mewarna. Aboy tu eksyen je lebih 😝
(6) Bahagian atas Papa (saya) dan Mama (isteri saya) tolong warnakan. Bahagian bawah yang Along dan Angah sampai, Along dan Angahlah buat. Teruja juga saya tengok Along dan Angah, kerana mereka cukup seronok buat aktiviti ni, saya kena akui aktiviti ini agak memenatkan 🤗
(7) Tekun tu, fokus mewarna 😍🤩
(8) Siap lebih separuh, rehat dulu. Tengoklah tu, penat betul tu 🤭😁
(9) Selepas Papa buat final touch up, dan Papa tampalkan rama-rama, maka siaplah aktiviti ini! Rama-rama itu saya beli, RM2.10 satu paket dari Kedai Eco 🤩
(10) Inilah hasil akhir! Menggunakan idea dan kreativiti seorang ayah yang amatur, saya bersyukur dapat luang masa buat aktiviti dengan anak-anak 😍😊
#DiariPapaSyahr #ParentingDrSyahr #KeluargaDrSyahr #AktivitiBersamaAnak 29/09/2019
“Cintai Keluarga, Di Situlah Syurga”
#sayeanakberanok
#pakatjagomokayah
#menjanakeluargamawaddah