“Bila Orang Push Tu Geram. Kalau Buat Anak Macam Mesin Takpe.” Belum ada zuriat, Siti Elizad pernah minta suami kahwin lain

Share

Wanita mana yang tidak inginkan zuriat sendiri. Lebih-lebih lagi, Itulah yang pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

Bagi pelakon dan hos, Siti Elizad  yang sekian lama menantikan cahaya mata Sulung, bagaimanapun tetap bersabar  meskipun sudah 8 tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya Shamsul Baharin Rahman.

Dalam satu perkongsian bersama mStar Online, pelakon berusia 37 tahun itu berkata dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi sebaliknya percaya dengan rezeki dan perancangan Allah SWT.“InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.

“Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.

“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram… kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga,” katanya.Dalam pada itu,  pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu memuatnaik ucapan di laman Instagram sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.

“I takde ucapan panjang2 untuk u. Sebab, setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘Inshaallah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu.

“8 tahun menanti.

“Percaturan Allah itu lebih baik. Redha & pasrah . Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us. Doakan kami ya semua,” ungkap Elizad lagi.Akuinya lagi, soal zuriat tidak menjadi isu dalam rumah tangga tersebut kerana suaminya sudah memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.

Elizad sebelum ini pernah melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebelum disahkan hamil namun mengalami keguguran seminggu selepas Itu.

hafiza_hubaiyah Happy Anniversary @elizadsharifuddin & Husband..🎊🎉.Kita sma lerr thn ni tahun ke 8..msh berdua…Allah sebaik2 percaturan…give up tu xyh ckp ler…yg penting always positif..allah nk beri kita kesabaran paling tinggi..❤️#inshaallah❤ 1day..#tidakdiduniatpdiakhirat..💞🌹
nurrauhah_qatrunada Happy anniversary sis @elizadsharifuddin & suami❤️ Bahagia sampai ke Syurga serta dpt zuriat2 yg soleh.😍🌹💜
aurelia_rose02 Alhamdulillah ❤️ semoga berkekalan sampai syurga saya nak masuk 5tahun sy da redoh berserah suda xmo fikir lagi berdoa saja semoga kekal setia bajagia selama2nya aamiinn inshaAllah
aira_zuhaira17 ya Allah, jika tidak didunia, insha’Allah di akhirat😍❤️ love kak ejad @elizadsharifuddin

Sumber:elizadsharifuddin Mstar online

ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA

dan join keluargagader club

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara