Melihat perbezaan api dapur gas yang telah lama digunakan, dulunya berwarna biru dan kini berwarna merah bahkan nyalaan juga kecil tentu tidak puas hati dibuatnya. Tak akan sebab ini hendak dibeli yang baharu.
Oleh itu, cubalah lakukan service yang dikongsikan oleh saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari.
Ini perkongsiannya.
Projek d.i.y menservis dapur gas isteri.Hari ni berjaya menyelamatkan dua dapur gas milik isteri.
Perkongsian ini pernah diviralkan. Hari ni diperincikan lagi step-stepnya.Semua orang boleh lakukannya.
Barang-barang yang diperlukan.
1.Playar.
2.Spray anti karat WD40.
3.Pemutar skru jenis bunga dan philips.
4.Klip kertas.
5.Surat khabar lama.
Step-stepnya ada setiap gambar ya.
STEP 1 : Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
STEP 2 : Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
STEP 3 : Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.
STEP 4 : Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas. Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
STEP 5 : Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.
EKSTRA INFO
Ini ada contoh retakan pda bahagian fire starter. pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas.
Usah khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.
Taraaaaaa..Sudah siap di servis.Dapur ini
telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu
bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah
terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang
baru ya.
Selamat mencuba.
Sumber : Abdul Ghopar Zakaria Ansari