Apabila anak dah ramai tentu, ada suami ingin isterinya berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada menguruskan rumahtangga.
Untuk memastikan tidak wujud masalah kewangan apabila mengambil keputusan begitu, perlu beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Memang nampak biasa-biasa aje apabila menyuruh isteri berhenti kerja tetapi kena ada caranya.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin mengenai hal ini.
Sebelum nak suruh isteri berhenti kerja, pertimbangkanlah 3 perkara ini dahulu…
1 – Berapa saving yg ada
2 – Komitmen yg bleh dikurangkan/dibuang
3 – Cara utk tambah pendapatan
2 tahun lepas, isteri sya berhenti keje masa sya tak bersedia apa2 lagi utk ke arah tu…dari pendapatan bulanan 2 gaji, kepada 1 gaji…
Struggle utk tampung perbelanjaan bulanan, utk bayar hutang2 sampai habis guna savings yg ada…jadi, jika kita sebagai suami nak isteri berhenti keje, pertimbangkanlah,
Berapa savings yg kita ada…
Brapa bulan yg savings bleh tampung sehingga kita dapat menyesuaikan diri dgn kerja seorang diri…klu savings xbyk, maka perbykan dlu savings sblum isteri berhenti…utk kegunaan dimasa sesak, tenat dan nazak…
Komitmen yg bleh dikurangkan apa…lagi bagus, yg bleh dibuang…
Senaraikan komitmen yg ada…bil2 yg berbayar, yg bukan keperluan…cthnya skrg ni bayar astro bulan2 RM100, maka dapatkan kembali RM100 tu dgn pakai Njoi…skrg bil telefon RM100 dgn pelan data 60 gb…maka, ambik pelan data yg lebih rendah, yg lebih murah…buang atau kurangkan apa jua komitmen yg ada supaya kita ada duit lebih…
Cara utk tambah pendapatan…
Bleh keje lebih masa (overtime) atau tidak…klu bleh, buat ot selagi ada ot…blk lmbat xpe, asalkan bulan2 cukup utk guna…klu xbleh ot, tgok alternatif lain seperti jd ejen apa2…xsemestinya kena keje luar umah, mgkin buat marketing dlm rumah, depan pc / hp…cari customer melalui social media…
Setahun struggle utk nk cover 1 gaji yg dh hilang tu…hutang masih sama, tp gaji 1 sahaja, bukan 2…saya guna 3 kaedah diatas, dan skrg kehidupan kami makin bertambah baik…dah bleh buat savings semula, dan kehidupan skrg sebenarnya lagi baik drpd kehidupan ketika dua2 bekerja dahulu…
Suami perlu pkir panjang…
Jgn sekadar suruh isteri utk berhenti keje sbb strugglenya bukan calang2…klu xtahan, bleh gaduh, bleh smpai tahap bercerai…kena pandai handle situations dan tekanan bila kita memilih utk meletakkan dia dirumah…if xde preparations yg cukup, maka jangan lagi…biar at least satu hutang dh hbis bayar, then bru suruh dia berhenti…
Selebihnya atas perbincangan antara suami isteri masing2…