Kalau kita lihat gerai-gerai yang menjual buah ketika ini, mesti mata kita akan tertumpu pada longgokan buah durian yang banyak di bahu jalan. Harumannya begitu semerbak, dari jauh sudah dapat dihidu hingga buat ramai peminat raja buah tidak sabar untuk menikmatinya.
Selain enak dimakan begitu sahaja, durian juga sering dijadikan tempoyak iaitu yang dibuat daripada isi buah durian. Isi durian itu diasingkan daripada bijinya dan akan disimpan di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.
Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.
Pun begitu, apa kata hari ini anda sediakan sambal bilis tempoyak seperti yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad. Menu ini nampak begitu menyelerakan.
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan tempoyak segar
20-25 biji cili padi – kisar @ tumbuk
Petai secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Ikan bilis – kisar @ tumbuk
Bawang merah dan putih – kisar @ tumbuk
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar atau tumbuk sehingga wangi dan masak.
4.Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sambal sehingga pecah minyak dan mendidih.
5.Bila sambal kelihatan pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club