Kalau kita lihat gerai-gerai yang menjual buah ketika ini, mesti mata kita akan tertumpu pada longgokan buah durian yang banyak di bahu jalan. Harumannya begitu semerbak, dari jauh sudah dapat dihidu hingga buat ramai peminat raja buah tidak sabar untuk menikmatinya.

Selain enak dimakan begitu sahaja, durian juga sering dijadikan tempoyak iaitu yang dibuat daripada isi buah durian. Isi durian itu diasingkan daripada bijinya dan akan disimpan di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.

Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.

Pun begitu, apa kata hari ini anda sediakan sambal bilis tempoyak seperti yang dikongsikan oleh  Tengku RosElyza Raja Muhammad. Menu ini nampak begitu menyelerakan.

Bila Musim Durian, Elok Sangat Dibuat Resipi Sambal Bilis Tempoyak Ni!

BAHAN-BAHAN:

Bila Musim Durian, Elok Sangat Dibuat Resipi Sambal Bilis Tempoyak Ni!

2 sudu makan tempoyak segar

20-25 biji cili padi – kisar @ tumbuk

Ads

Petai secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

Ikan bilis – kisar @ tumbuk

Bawang merah dan putih – kisar @ tumbuk

Sedikit air

Minyak masak untuk menumis

Ads

Cara memasak:

1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar atau tumbuk sehingga wangi dan masak.

Bila Musim Durian, Elok Sangat Dibuat Resipi Sambal Bilis Tempoyak Ni!

  1. Bila bahan kisar sudah kelihatan pecah minyak, masukkan petai. Kacau rata.
  2. Seterusnya masukkan tempoyak, tambah air sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang disukai

Bila Musim Durian, Elok Sangat Dibuat Resipi Sambal Bilis Tempoyak Ni!

4.Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sambal sehingga pecah minyak dan mendidih.

Ads

5.Bila sambal kelihatan pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Bila Musim Durian, Elok Sangat Dibuat Resipi Sambal Bilis Tempoyak Ni!

 

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bila Musim Durian, Elok Sangat Dibuat Resipi Sambal Bilis Tempoyak Ni!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI