Semua inginkan punya tubuh badan yang sihat. Nyata kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam dir seseorang manusia. Jika tak menjaga kesihatan tentu badan mudah diserang pelbagai penyakit.
Nak elak semua itu, manusia kena amalkan gaya hidup yang sihat termasuk cara penyediaan makanan. Ia termasuk pengunaan minyak masak untuk memasak makanan. Sebagaimana dengan penegasan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menasihati kita supaya menggelak daripada mengunakan minyak masak secara berulang kali.
Ikuti perkongsiannya.
JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI
.
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
DAPATKAN MINYAK YANG ADA PENGESAHAN SIRIM
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.
Sakit Jantung Tapi Tiada Gejala. Rupanya 11 Gaya Hidup Ini Jadi Penyebab!
Semua kita ingin sihat dan menjalani kehidupan dengan sempurna bersama keluarga. Namun, siapa sangka, kita rasa kita sihat, tetapi kadang kala kita rasa seakan sesak nafas. Barangkali, kita anggap ia biasa-biasa aje, hakikatnya ia mungkin ada kaitan dengan serangan jantung.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Public Health Malaysia, serangan jantung disebabkan oleh pelbagai gaya hidup kita.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Pernah dengar orang sakit jantung tapi tiada gejala atau penyakit kronik? Anda pun tahu, kalau kurang bersenam dan diet yang tidak baik boleh menyebabkan sakit jantung. Rupanya banyak lagi perkara yang kita tidak tahu yang boleh menyebabkan sakit jantung Berikut adalah beberapa punca yang telah dikaji ada kaitan dengan penyakit jantung:
1.Masalah dental
– Waa.. Tak sangka masalah dental boleh menyebabkan penyakit jantung. Bagaimana tu? Perkaitannya masih dalam kajian. Ada hipotesis menyatakan bahawa gusi yang penuh bakteria, masuk ke dalam darah dan menjadikan salur darah kita rosak akibat radang termasuk jantung! Jadi jsetiap 6 bulan jumpa doktor gigi tau untuk check gigi.
2.Kerja shift
– Menurut kajian daripada Western Univeristy di Canada, kerja pada waktu malam atau waktu yang tidak tetap ini boleh meningkatkan risiko sakit jantung. Pengkaji menyatakan kerja shift ni memberikan impak negatif pada ritma sirkardian yang mungkin boleh menyebabkan masalah jantung. Jika anda tidak bekerja pada waktu biasa, pastikan anda ambil langkah pencegahan seperti tidur mencukupi, rehat, diet yang baik dan bersenam.
3.Trafik jam
– Bila dah masuk fasa PKPP (pemulihan) ini, mula lah jalan raya jam balik tak. Ianya kondisi yang sangat stress! Kajian menunjukkan jika kita berada dalam trafik selama sejam, ianya meningkatkan risiko untuk dapat sakit jantung. Bunyi bising di atas jalan juga dikaitkan dengan sakit jantung. Kalau boleh, ambillah flexi hour, jangan bergegas pada waktu puncak dan dengar musik radio yang menenangkan. Kalau ada kawan di sebelah, ajaklah berbual.
4.Menopaus awal
– Anda seorang wanita, dan menopaus sebelum umur 46, anda berisiko untuk mendapat sakit jantung dua kali lebih tinggi berbanding yang menopaus selepas 46. Estrogen memainkan peranan penting dalam risiko jantung. Bolehlah lakukan pemeriksaan seperti kolesterol, gula, darah tinggi di klinik kesihatan setiap tahun.
5.Berdengkur
– Jika pasangan anda kata anda kuat berdengkur, anda mungkin kerap mengalami masalah bernafas sewaktu tidur. Ini dipanggil apnea tidur. Ianya terjadi jika salur pernafasan anda menguncup disebabkan otot lidah dan tengkuk menghempap saluran udara tersebut. Keadaan ini dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, berdebar-debar, jantung berdegup tidak sekata, strok, dan lemah jantung. Merawat apnea tidur boleh mengurangkan risiko dan merawat darah tinggi.
6.Hepatitis C
– Jika anda ada penyakit hepatitis C, anda mungkin mengalami kolesterol rendah dan tekanan darah yang rendah. Walaupun rendah, anda mempynyai risiko yang lebih tinggi untuk jantung. Mengapa? Kajian menyatakan virus ini boleh menyebabkan radang hati, dan juga di tempat lain seperti jantung! Berbincang dengan doktor anda tentang perkara ini ya.
7.Tidur tak berkualiti
– Jika anda dengan kerap tidur kurang dari 6 jam, anda mempunyai risiko penyakit darah tinggi dan kolesterol. Ianya juga meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes dan obes. Keadaan ini semuanya boleh memberikan kesan kepada jantung! Namun ini tidak bermakna anda perlu tidur secara berlebihan. Kajian juga menunjukkan jika anda tidur melebih 9 jam secara terlentang, ianya akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat diabetes dan strok.Jadi untuk menjaga jantung, badan dan otak, anda tidur selama 7-9 jam ye.
8.Perkahwinan yang tak bahagia
– Pasangan yang sepadan dan hidup bahagia adalah sangat baik untuk jantung. Kajian menunjukkan kalau anda tak bahagia, anda terdedah dengan stress. Bila stress, anda tidak jaga diet, anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Hormon stress yang berlebihan pun boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi kalau ada masalah pasangan, bawa-bawalah berbincang dengan kaunselor atau terapis.
9,Kesunyian
– Jika anda menghabiskan masa dengan orang tersayang, ianya akan mengurangkan stress. Kesunyian menyebabkan anda lebih tinggi untuk dapat sakit jantung. Jika anda dekat dengan keluarga atau kawan rapat, cubalah berhubung dengan mereka. Atau pelihara kucing. Pemilik haiwan memiliki kesihatan jantung yang lebih baik dan hidup lebih lama juga.
10.Terlalu lama menonton TV
– Individu yang asik menonton TV tidak bergerak dan sangat berisiko untuk mendapat sakit jantung. Setiap jam anda melihat TV, meningkatkan risiko setinggi 20%. Jadi bawa-bawalah berdiri setiap jam, berhenti seketika TV, regangkan otot selama 5-10 minit.
11.Terlalu banyak senaman sekaligus
– Senaman bagus untuk kesihatan. Tapi kalau anda baru nak bermula sebab nak dapatkan berat ideal dan jaga kesihatan, mula secara perlahan. Mula perlahan dan tingkatkan senaman secara berperingkat. Jangan sekaligus. Jika anda senam terlalu lama dan terlalu sukar, dikhuatiri ianya boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi, mulakan dengan berjalan perlahan dahulu ye.
Jadi anda sudah tahu pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan masalah jantung kan? Jangan lupa kongsi pada kawan anda agar mereka pun tahu. Semoga bermanfaat.
Kredit: Public Health Malaysia
Sakit Perut Melampau, Rupanya Ada Cyst & Dalam Masa Yang Sama Disahkan Mengandung Pula! Ikuti Perkongsian Wanita Ni.
Sering alami sakit perut siapa sangka rupanya itu petanda wanita ini disahkan ada cyst di dalam rahimnya. Lebih membimbangkan saat itu juga doktor memaklumkan dirinya mengandung.
Bagaimana wanita ini laluinya, jom ikuti perkongsiannya agar dapat memberi manfaat untuk kita lebih menjaga kesihatan dan segera lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
PENGALAMAN ADA CYST
Dari pengalaman sendiri sedar tak sedar cyst boleh ada dlm rahim dgn luar rahim.
Smggu sblm puasa haritu bdn dah rasa lain hormon rasa lain mybe lepas kawen mcm tu agknya..xlme tu suami bgtau dpt mmpi aku bersalin ank puan.bdn mkin tk sihat bnyk bnda dlm kple ambk kptusun brenti terus kerja.Terpksa.
KESAN YANG DIRASAI
Ptg 28/5 g lpis bli pregnnt test 2, smpai rmh simpn dlu. Sbb org kta elok check pgi. So wat sprti dktakn..perut senak mcm gestrik..dlm kple xpk skit pon pregnant sbb mmg xterpk lngsung.
Suami sruh check tu bli pregnnt test..smpai dh mlm prut stil lg skit, slere mkn lari, bau kucing busuk trus munth sian miau aku xdpt nk tlg dia tgh skit..
Rasa xthn sgt prut dh smggu lebih mlm tu jgk g kecemasan Kuala Lipis,,trus masok kecemasan ambk drh check urin smua,,dktr cina puan dtg,, dia tnya Puan tau tak puan mngndung,aku ckp la tak, jd blurrr..dktr tunjuk result Allah aku positif pregnnt..
KETULAN 4CM
Lepastu dktr tu ajk scan bby,,dktr ckp xnmpk ape2 cuma 1 je ketulan hitam sbsar 4cm.
Allahuakhbar masa tu aku redha..aku ikut kta dktr..tggu g lbouroom scan bawah rahim sb ktulan drah 4cm tu bawah rahim so aku disaspek lua rahim..suami tak leh dok diam terkedu tgok muka dia..resah..tp time tu aku dh redha kejadian semua Allah atur..aku trima hati trbuka..
Lepas scn kt LB tu dktr crita sruh fhm, ok kena buat 2 kl operate 1st tebuk masok camera n tube buang drh tu. 2nd kne operate andai luar rahim..
Dlm ku 4 am aku naik wad pkai baju biru tggu turn masok blik bedah..kul 7 am bru tolak masok blik bdh 29/5/2018..sejuk ya amat blik bdah..
JALANI PEMBEDAHAN
Lepastu dktr masok ubat tidur n ubat kebas stu bdn.. Lpastu aku tingtong tidur lena siap mpi..last2 ad org kjut panggil nma Siti bgun,,bgu tu clik mata tg jam 9.30am..
Misi tolak naik wad masa tu pk sakit bkas tebuk xleh grak luka dlm prut kn..ptg plk dktr pntau..Alhamdulillah dh buang cyst dh bersih cantik dan Alhamdulillah kndungan selamat..
PERKEMBANGAN TERKINI
Saya dpt cyst drah ni masa pregnant, masa muda2 dlu saya kuat minum caffein dan selalu jgk la beli suplement.
Sekarang, Alhamdulillah sya dah 37 weeks pregnant sihat and bby pun sihat. Cyst yg saya kena cyst jenis darah,cyst ni jnis hormon,dulu saya amalkan pil2 suplemnt.
Nak elakkan daripada dijangkiti tu sy xpasti lagi sbb sy skrg dlm pantauan doktor, lepas bersalin nanti sy akan tanya doktor dengan lebih detail.
Di sini sya ingin berterima kasih kepada suami tersyg sbb doakan syg ngn baby slmt nd trima kasih kluarga y bg smngt.and kwn2 yg mndoakn.
Sumber : Siti Ara
Sinus Dikalangan Kanak-Kanak. Ini Wajib Ibu Bapa Tahu.
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
Namun, radang sinus adalah keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Ia sering terjadi kepada semua termasuk kanak-kanak. Benar, kanak-kanak juga tidak terkecuali.
Bagi golongan dewasa, gejala seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, sakit kepala, rasa sakit di kawasan dahi dan muka (terutama ketika dalam keadaan menunduk) merujuk kepada gangguan sinus yang serius.
Begitupun, semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan kepada doktor yang merawat. Berbeza dengan kanak-kanak, gejala sinus hanya boleh dikenal pasti dan disahkan dengan melakukan pemeriksaan terperinci termasuk imbasan sinar-X dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
GEJALA SINUS
Gejala sinus jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berikutan keadaan rongga yang masih belum terbuka sepenuhnya.
Lazimnya, pembukaan rongga ini akan sempurna ketika usia remaja. Sekalipun ia terbuka, tetapi jika tiada pengumpulan mukus atau nanah di sekitarnya, tidak mengapa.
Keadaan hanya berbeza apabila berlaku jangkitan dan pengumpulan nanah pada rongga sinus. Inilah yang akan membawa kepada radang sinus.
Terdapat beberapa punca berlakunya sinusitis tidak kira dalam kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Antaranya adalah jangkitan sinus atau selesema, alahan, trauma akibat kemalangan, struktur tengkorak yang tidak normal dan perokok pasif.
1. JANGKITAN SINUS
Lazimnya keadaan selesema akan menyebabkan rongga hidung membengkak dan ruang saliran sinus menjadi sempit serta menghalang pengudaraan. Apabila keadaan ini terjadi, mukus dalam rongga sinus tidak dapat dikeluarkan. Akhirnya menjadi perumah untuk pembiakan bakteria hingga menyebabkan keradangan dalam rongga sinus.
2. ALAHAN BUKAN JANGKITAN
Ramai ibu bapa tidak perasan bahawa anak mereka kerap selesema dan bersin disebabkan alahan, bukan jangkitan. Alahan boleh terjadi disebabkan debunga, hama dan lipas. Bahan buangan daripada hama biasanya menjadi punca paling kerap rongga sinus tersumbat.
3. TRAUMA
Tidak kira sama ada pernah terhantuk dengan kuat, kesan kemalangan atau apa saja impak yang mengenai kepala dan menyebabkan kecederaan, ia boleh menyumbang kepada sinusitis.
Keretakan tulang pada bahagian tengkorak ini boleh menyebabkan rongga sinus menjadi sempit. Jika dibiarkan, ia mungkin boleh menutup rongga sinus dan menyebabkan radang yang lebih teruk.
4. STRUKTUR TIDAK NORMAL
Kes sebegini lazimnya berlaku kepada mereka yang dilahirkan dengan kelainan pada struktur wajah. Sebagai contoh, mereka yang mengalami sumbing lelangit.
5. PEROKOK PASIF
Bapa atau ibu yang merokok selalunya membawa risiko tidak sihat kepada anak-anak. Begitu juga dengan orang di sekeliling. Pendedahan terhadap asap rokok boleh menyebabkan terjadinya masalah sinus dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Ini kerana, asap boleh memberi reaksi kepada rongga hidung dan menyebabkan permukaannya bengkak, sekali gus menutup rongga sinus.
Terdapat pelbagai simptom jelas yang menunjukkan kanak-kanak itu menghadapi sinusitis. Antaranya adalah demam, selesema, hidung berair, batuk (disebabkan hingus yang melalui belakang tekak) dan sakit kepala (bahagian dahi dan pipi).
Tetapi, bukan semua kanak-kanak yang mengalami batuk dan demam mengalami sinusitis kerana rongga sinus mereka belum sempurna. Sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia lapan tahun.
Rongga sinus yang sempurna merangkumi sinus maxillary, sinus frontal, sinus ethmoidal dan sinus sphenoid. Apa yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah alahan.
Mereka kerap bersin dan selesema. Bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak yang mengalami masalah alahan mendapat sinusitis. Umpamanya, rinitis alahan atau kerap disebut masyarakat kita sebagai resdung.
Pentingnya alahan berkenaan dirawat untuk mengelak dari masalah berikut :
1. Sekiranya selaput membran di dalam rongga sinus bengkak dan rongga tersumbat, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi masalah kesihatan dan kuman boleh merebak hingga kepada bahagian mata dan telinga serta bahagian tekak apabila nanah mengalir ke bahagian berkenaan.
2. Apabila kuman merebak ke bahagian telinga, ia akan menyebabkan telinga berdengung dan mengganggu pendengaran. Jika tiada rawatan segera, selain nanah meleleh keluar, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga kanak-kanak berkenaan.
Sekiranya jangkitan pada telinga tengah, ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran. Jika ia merebak ke otak yang akan menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak).
Menurut statistik yang dikongsikan kepada umum tahun lalu, resdung dikategorikan sebagai masalah kesihatan global.
Kajian mendapati hampir 14% kanak-kanak sekolah di Kuala Lumpur mengidap asma.
Dalam kalangan penghidap asma ini, hampir 80 peratus dikatakan turut menghidap resdung. Kanak-kanak pula lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan sistem imun mereka belum matang berbanding orang dewasa, selain faktor persekitaran, jerebu, demam, batuk dan selesema.
Sinusitis dalam kalangan kanak-kanak masih boleh dirawat berikutan ia disebabkan jangkitan. Doktor biasanya akan membekalkan ubat untuk mengurangkan pengeluaran hingus, sekali gus membantu membuka rongga sinus.
Pada masa sama, perlu untuk rawat punca berlakunya sinusitis. Kalau disebabkan jangkitan, doktor akan beri antibiotik. Kalau alahan, ubat akan diberi untuk mengawal alahan. Jika tidak, radang ini akan berulang.
Satu perkara yang kerap masyarakat terlepas pandang adalah mengenai kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Majoriti masyarakat hari ini terlalu mudah membuat kesimpulan berdasarkan perbandingan simptom yang pernah dihadapi sendiri dengan apa yang dialami anak-anak.
Orang kita kalau nampak anak gatal pada muka, berhingus, dia akan kata resdung. Sebenarnya ia lebih kepada alahan. Rinitis boleh diwarisi daripada genetik ibu dan ayah. Sinusitis itu radang yang berlaku akibat jangkitan. Ia tidak diwarisi.
Tetapi kalau alahan, itu boleh diwarisi. Cuma, sebagai ibu bapa, kita kena peka apa yang menjadi punca atau penyebab ia berlaku. Boleh jadi disebabkan persekitaran, makanan, debunga, hama rumah, lipas, bulu kucing dan sebagainya.
Elakkan anak daripada punca alahan supaya tidak melarat hingga berlaku jangkitan sinus. Seeloknya, bawalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad