Bila Mengantuk Berhenti Dan Rehat Sekejap. ‘Microsleep’ Ini Jangan Buat Main. Ikuti Peringatan Dr Ini.

Share

Apabila mengantuk ketika memandu ada yang ambil ia perkara biasa. Tapi ia boleh membawa maut jika terlelap hanya satu saat sahaja! 

Ikuti perkongsian Dr ini agar kita alert supaya tidak ambil mudah perkara ini.

Ikuti perkongsian ini.

Apa doktor? Ya Allah! Anak akuuuu!”

Tangannya terus terkulai layu melepaskan telefon bimbit ditangan. Pandangannya kelam. Seluruh tubuh rasa lemah dan terus rebah ke bumi.

Ibu mana tak terkejut. Baru saja sejam lepas dia memeluk anak,menantu dan cucu-cucunya sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur. Rasa gembira menyambut Aidiladha bertukar menjadi duka.

Anaknya telah terlibat dengan kemalangan dan sekarang berada dalam keadaan kritikal. Lebih menyedihkan menantu dan cucu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ini terjadi kemungkinan disebabkan anaknya kurang rehat dan keletihan menguruskan daging korban serta melayan sanak saudara.

Anaknya cuma terlelap hanya beberapa saat,bila tersedar kereta sudah terbalik 180 darjah.

Microsleep adalah keadaan dimana kita akan tertidur kurang 1 saat hingga 30 saat tanpa kita sedari.

Situasi ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya sedang memandu atau mengendalikan kenderaan yang boleh menyebabkan kemalangan.

Kajian menunjukkan kelenjar thalamus di dalam otak yang berfungsi mengawal tidur tetapi bahagian deria lain seperti mata dan tangan tetap bergerak.

Justeru, ketika memandu, individu mungkin kelihatan sedar tetapi sebenarnya tertidur.

Hasil kajian Pusat Penyelidikan Tidur Universiti Loughborough United Kingdom (UK) terhadap 1,000 pemandu mendapati, 45 peratus lelaki mengaku mengalami ‘micro sleep’ ketika memandu berbanding 22 peratus wanita.

Memandu antara jam 10 malam hingga subuh 4 kali ganda lebih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan maut.

Cara untuk elakkan microsleep:

Berhenti jika mengantuk, jangan paksa diri.

Tidur seketika selama 20 minit

Tukar pemandu

Mengambil minuman mengandungi kira-kira 150 miligram kafein.

Dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.

Kredit: Ahmad Samhan