Dadih antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai orang. Teksturnya yang lembut dan mudah cair juga sesuai jika mahu diberikan kepada anak kecil. Apatah lagi, jika ia disajikan dalam pelbagai perisa, pasti menambat hati anak-anak kan.
Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri hujung minggu nanti. Boleh ajak anak-anak untuk bantu sama di dapur. Pasti lebih meriah kan. Admin kongsikan resepi daripada Afieyza Isahak
cara buat dadih dengan menggunakan susu full cream. Memang sedap dan berkhasiat!Dengan kata-kata : Dah lama viral, baru nak cuba ?? Sungguh, sangat-sangat sedap! ? Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang! ?
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Dadih Full Cream
Bahan-bahan
Cara membuat:
••Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
••Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
Sumber: Novelis Afieyza Isahak via Puan Niswah Hasina
#KitaMasakKitaMakan