Bila Masak Lemak Cili Padi Telur Jadi Hancur, Chef Ini Kongsi Petua, Hasilnya Pejal Bulat!

Share

“Rindunya nak balik kampung nogori, nak makan masakan mak di kampung! Lagi-lagi masak lemak cili padi telur itik.”

Tentunya ramai yang mengemari masak lemak telur cili padi. Memang akan pilih lauk ni tanpa jemu jemu.

Biarpun resipinya mudah sekadar cili padi, kunyit hidup, serai dan santan namun nak pastikan telurnya tidak hancur kena ada skill!

Nak tahu cara untuk memastikan telur pejal iaitu tidak pecah ada caranya. Ikuti petua yang diberikan oleh Chef Shukri.

Hari ni masak Lemak Telur. Telur Itik tak ada. Saya guna telur ayam. Saya nak bagi petua macamana nak masak telur supaya tak pecah bila masak.

Petuanya:

1. Didihkan air panas masukkan 4 sudu cuka.

2. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biar masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur tu akan jadi bulat atau bujur.

3. Lepas dah masak tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak.

Telur pejal tidak pecah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ahmad Shukri Amiruddin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520