Tak mungkin dengan berkahwin orang boleh jadi papa kedana sebab kahwin tu sendiri adalah pembuka pintu rezeki. Bukan penyempit.
Malah kahwin melipat gandakan rezeki kita sebenarnya.
Kalau lepas kahwin rezeki jadi sempit tu mesti ada silapnya dalam rumahtangga. Salah satunya ialah bila si suami tidak betul-betul menjaga amanah isteri.
Berikut 5 perkara penting yang suami kena buat kepada isteri.
1. Ambil tahu kisah dia
Ambil tahu apa yang isteri kita lalui setiap hari. Kena prihatin, empati dan sokong setiap yang isteri ngadu. Isteri dah tolong kita banyak sangat, ini masa untuk balas jasa dia.
Kalau nak tahu, menurut kajian saintifik minda wanita ni berfikir 10 kali ganda lebih laju dari lelaki. Sebab itulah terapi wanita ni ialah dengan bercakap. Semakin banyak dia bercakap semakin lega minda dia.
Ads
Jadinya, kita balas jasa isteri dengan rendahkan diri dan tadah telinga bila isteri bercerita. Boleh hilang stress dia.
2. Bantu buat kerja rumah
Wanita ni hebat. Dia boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Tapi itu bukan lesen untuk kita lepas tangan. Alah, dah memang kerja isteri, isteri la kena buat.
Silap tu bang.
Kalau ikut budaya ye isteri buat semua kerja untuk suami tapi kalau ikut agama suami yang kena buat semua kerja untuk isteri. Mana satu betul, Budaya ke Agama?
3. Beri pujian
Telinga wanita ni sangat sensetif. Walau sekali pun kita cakap kasar dengan diorang, sampai ke tua dia akan ingat. Begitu juga pujian.
Ads
Lelaki ni minda dia 6.5 kali lebih tinggi “Gray Matter” dari wanita itu sebab dia cakap main lepas je. Apa yang dia cakap 5 minit lepas pun dia tak ingat dah.
Tapi wanita sekali dengar boleh ingat sampai 50 tahun, “White Matter” diorang 10 kali lebih tinggi daripada lelaki jadi memori dia kuat.
Jadi bang, hati-hatilah bila cakap dengan isteri tu.
5. Jadi kawan baik
Wanita berkahwin dengan lelaki asing bukan untuk cari penganti bapa dia tapi dia mahukan seorang teman yang boleh memikul tanggungjawab bapanya.
Boleh beri perhatian penuh bila dia nak mengadu dan meminta bantuan.
Ads
Teman yang tidak gelak bila dia di timpa musibah, teman yang tidak sampai hati peluk tubuh melihat dia buat kerja seorang diri dan teman yang membimbing dia ke syurga. Itulah peranan suami sebenar!
Tak ada istilah isteri tak boleh di manjakan nanti dia pijak kepala. Itu khurafat!
Isteri la orang paling wajib dimanjakan sebab isteri jambatan rezeki si suami.
Tak percaya?
Balik nanti terus je buat 5 perkara ni kat isteri. Tengok macam mana mood isteri tu berubah dan jangan terkejut tiba-tiba rezeki melimpah ruah.
Suami kaya ialah suami yang rajin manjakan isteri dia.
Sumber: FB Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang isteri begitu berperanan dalam mengurus hal-hal keluarganya. Apa yang pasti, tugasnya pelbagai. Dialah seorang chef bagi menyediakan hidangan yang enak, dia jugalah bertindak sebagai seorang doktor jika ahli keluarga kurang sihat, dialah juga pembantu rumah yang akan memastikan semuanya bersih, kemas dan tersusun rapi dan pelbagai lagi tugas yang dilakukan oleh seorang ibu atau isteri demi memastikan keluarga tercinta berada di dalam keadaan yang terbaik.
Hal ini, pastinya bukan mudah untuk dilaksanakan. Bermula dari mata di buka di awal pagi hinggalah masa untuk melelapkan mata. Tugas-tugas itu tidak pernah selesai. Jadi alangkah berbahagianya, jika si suami menghadiahkan 4 benda ini untuk isteri bagi meringankan dan melancarkan kerja-kerjanya itu.
Nak tahu apakah benda yang sewajarnya dimiliki oleh anda sebagai isteri dan ibu, jom semak!
Penapis air (sejuk/panas)
Boleh dikatakan setiap rumah masa kini mesti ada sekurang-kurangnya satu sistem penapis air di rumah. Ini untuk pastikan air yang diminum bersih dan berkualiti. Pun begitu, bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja ibu di rumah. Pastikan membeli sistem penapis air yang tersedia pilihan air panas dan sejuk. Jadi tidak perlulah setiap kali ingin menyediakan minuman panas terpaksa menunggu air dimasak pula. Begitu juga sebaliknya tidak perlu lagi mengisi air di dalam botol dan dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk menikmati air sejuk. Memang cukup memudahkan!
Steam iron
Perasan atau tidak, kalau bab menggosok baju memang suatu perkara yang kita akan lakukan dalam tempoh masa yang agak lama.. Lebih-lebih lagi kalau bertimbun baju hendak digosok; kemeja suami, uniform sekolah anak-anak, shawl dan sebagainya. Jadi jika ingin memudahkan kerja dan jimat masa, baik guna steam iron. Lebih ringan, lebih mudah dan paling penting 2X lebih pantas untuk anda siapkan tugasan menggosok pakaian berbanding seterika biasa.
Periuk serbaguna
Adanya alatan ini, ibu-ibu yang bekerja dapat menyediakan makanan dengan lebih tenang. Maklum sahajalah menggunakan peralatan periuk serbaguna ini memasak menjadi lebih cepat dan pantas. Hanya masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan ia akan masak dengan sendirinya. Jadi adalah masa untuk anda berehat seketika sementara menanti hidangan siap dimasak.
Vakum robot
Antara ciptaan terkini peralatan vakum robot bagi memudahkan kerja-kerja membersihkan lantai. Mesin ini mampu bertindak dan bergerak sendiri sebaik sahaja mengesan habuk atau kotoran di lantai. Jadi cuba bayangkan, sebelum kita pergi kerja kita tekan switch on pada vakum robot tersebut dan bila kita pulang, lantai bersih tanpa habuk. Memang awesome kalau ada satu unit!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa pastinya inginkan zuriatnya menjadi seorang anak yang beriman dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Tidak dinafikan menggalas peranan sebagai ibu bapa adalah tugas yang berat dan mencabar. Ini kerana, sikap anak itu mencerminkan didikan ibu bapanya.
Bagi ibu bapa yang ingin mendidiknya menghafaz Al-Quran boleh cuba cara ustaz Khairul Anuar Basriyang dikongsikan oleh Taufiq Razif di laman facebooknya.
Ni ilmu yang Ustaz Khairul Anuar Basri kongsi pada saya tentang cara nak didik anak kecil hafaz Al Quran
9 tips mudah dan hebat, macamana kita boleh didik anak-anak kecil menghafaz Al-Quran.
1. Bagi anak-anak yang sudah tahu membaca Al-Quran, betulkan bacaan mereka mengikut tajwid. Ini sangat penting kerana hafazan yang pertama kali dibuat mengikut tajwid yang betul akan menyebabkan hafazan mereka tepat setiap saat dan tidak perlu usaha untuk memperbetulkannya lagi.
2. Setelah dibetulkan tajwid bacaan mereka, mula menghafaz menggunakan teknik yang pelbagai. Mungkin mereka membaca sendiri berulang kali, atau mereka juga boleh dibantu oleh audio bersama-sama.
3.Peruntukkan masa dan target berapa ayat yang mesti dihafaz oleh anak-anak dalam sehari. Ibu bapa boleh memantau secara santai proses menghafaz mereka.
4. Uji hafazan (tasmik) anak-anak setiap kali selesai setiap sesi untuk memastikan mereka berjaya menghabiskan tugasan yang diberi.
5. Sebelum berpindah ke ayat yang baru, uji hafazan mereka yang terdahulu untuk memastikan mereka masih ingat. Ujian ini boleh diselangseli juga ketika perlu.
6. Untuk ulangkaji, gunakan juga CD dan pasang bila mana menaiki kereta. Biasanya, anak-anak secara automatik akan terus membaca bersama kerana mereka telah hafaz.
7. Bagi anak-anak yang belum mahir membaca, boleh gunakan CD sebagai alat bantuan menghafaz. Pastikan CD itu mempunyai bacaan yang standard panjang pendek harakatnya demi menjamin kualiti hafazan anak-anak.
8. Guna kaedah ulangan dan semakan (i’adah) yang sama seperti di atas untuk mengukuhkan hafazan.
9.Kaedah di atas akan lebih berkesan jika anak-anak turut didedahkan dengan pertandingan hafazan. Jadi, galakkan anak-anak untuk menyertainya walaupun bukanlah menjadi target untuk mendapat nombor teratas.
p/s : Hebat Ustaz Khairul Anuar Basri ni. Saya ingat ke biasa biasa je. Rupanya dia antara orang pertama di Malaysia ni yang rakam bacaan 30 Juzuk Al Quran dalam bentuk CD dan diedarkan oleh Inteam Records. Subhanallah! Cepat follow ustaz ni laju laju
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas bergelar mama dan melalui fasa berpantang membuatkan pelakon cantik Mira Filzah banyak berkongsi pengalaman yang dilalui sepanjang hamil, melahirkan dan berpantang.
Baru-baru ini bekas pengacara Nona ini membuka ruangan soal jawab di Insta Story bersama para pengikutnya.
Dalam sesi tanya soalan, Mira telah berkongsi jawapan pada soalan-soalan yang terpilih. Antara yang ditanya oleh pengikutnya yang kebanyakan juga bakal ibu pertama kali adalah tentang barang keperluan yang perlu dibawa ketika ke hospital untuk bersalin.
Berkongsi pengalaman pertamanya, Mira memberitahu yang dia tidak membawa banyak barang keperluan diri ke hospital kerana kebanyakan telah pun disediakan oleh pihak hospital.
Tetapi barang penting yang diingatkan oleh Mira mesti dibawa oleh ibu bersalin iaitu tudung sarung.
Barang Mira bawa sikit je. Sebab yang lain semua pakai hospital punya. Kita standby tudung sarung je lah. Baby pun bawa baju nak balik je. Lain semua hospital punya. Senang.
Pakai Bengkung Apa?
Selain daripada itu, ibu kepada Wan Khair Amir ini turut ditanya tentang pengalaman memakai bengkung ketika berpantang.
Mira mengakui pada awalnya pihak Confinment Lady yang menjaganya memakaikan bengkung bertali tradisional tetapi disebabkan dia banyak minum air dan kerap ke tandas, jadi akhirnya dia tukar kepada bengkung moden sahaja.
Tetapi dia mengakui bengkung bertali tersebut sangat bagus untuk ibu berpantang.
Bagaimanapun Mira mengingatkan pengikutnya agar memilih bengkung mengikut kesesuaian masing-masing.
Selain bengkung, ada juga yang ingin tahu di mana Mira membeli barangan bayi seperti baju, bedung dan sebagainya.
Tidak lokek berkongsi info, pelakon popular dengan drama Pujaan Hati Kanda ini berkongsi lokasi baby store tempat dia membeli belah dan paling penting harga yang dijual sangat berpatutan.
Perasaan Selepas Jadi Ibu
Ditanya apa perasaannya ketika pertama kali memandang wajah anak, Mira mengakui perasaannya sukar hendak digambarkan tapi yang dia pasti ketika itu perasaannya bercampur baur antara terharu, gembira, teruja dan penuh kasih sayang.
Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada September 2020 dan melahirkan anak sulung mereka pada 10 Mei lepas.
Sumber: IG @mfmirafilzah
Nak belajar banyak ilmu tentang kehamilan dan kelahiran bersama doktor-doktor pakar? Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...