Rata-rata kini wanita bekerjaya dibandingkan dahulu ramai yang menjadi suri rumah.  Apabila pulang ke rumah dalam kepenatan, membuatkan ada ibu-ibu memilih untuk membeli sahaja makanan untuk anak-anak mereka.

Ada kalanya mungkin membeli makanan lebih dirasakan sesuai malah menjimatkan namun jika saban hari makan masakan kedai tentunya amalan ini tidak sihat untuk anak-anak kita. Bukan hanya aspek kesihatan makanan di luar itu dipersoalkan tetapi jauh daripada itu terlalu banyak perkara positif yang membolehkan keluarga diciptakan lebih harmoni dengan makanan.

Dan paling utama yang semua ibu kena tahu kuasa memasak sangatlah hebat bagi anak-anak anda. Mengapa?

Bila Makanan Menguatkan Hubungan Keluarga, Ini Sebabnya Kenapa Ibu-Ibu Kena Tahu Kuasa Memasak Sangat Hebat!

Kecoh Tetapi Harmoni

Sebaik tiba di rumah ketika hampir maghrib, keadaan rumah yang hingar bingar dengan si ibu yang terpaksa menguruskan anak sama ada hendak susu, mandi dan sebagainya dan kemudiannya diselang selikan dengan langkah ke dapur untuk memasak menjadikan suasana tambah gamat.

Selepas segalanya selesai ibu kembali berperang dengan periuk dan kuali di dapur, demi untuk menyediakan sajian untuk anak-anak sebelum mereka tidur.  Kecoh dan merimaskan namun inilah yang akan dirindukan satu hari nanti bila anak sudah mula memilih jalan mereka sendiri. Ini jugalah yang akan dirindukan oleh si anak apabila mereka sudah menginjak dewasa.  Jadi selagi mana semua ini mampu mengerat dan menyatukan keluarga, cubalah sehabis baik.

Momen Indah Tiap Pagi

Dari kecil hingga besar makanan ibu inilah yang bakal anak terkenang-kenangkan sampai bila-bila. Sarapan pagi, ketika sebelum waktunya ke sekolah adalah momen paling indah bagi mereka. Ketika bersiap-siap hendak ke sekolah, ada anak-anak yang ingin bersiap cepat semata-mata ingin menikmati makanan ibunya. Itulah yang disukainya setiap pagi. Bukan hanya menu bahkan kesedapan air tangan ibu juga makin membuatkan hubungan bertambah akrab.

Ads

Bila Makanan Menguatkan Hubungan Keluarga, Ini Sebabnya Kenapa Ibu-Ibu Kena Tahu Kuasa Memasak Sangat Hebat!

 Menu Istimewa

Ada anak-anak yang sanggup balik setiap hujung minggu demi mendapatkan sepinggan nasi lemak ibunya. Tentunya ia merupakan menu istimewa yang tiada galang ganti bagi dirinya. Inilah kelebihan makanan buat anak-anak.  Menu istimewa bagi setiap keluarga yang membuatkan mereka terkenang-kenang. Ia tentunya mengeratkan kasih sayang sesebuah keluarga.

Kongsi Makanan

Makanan memang menyatukan seluruh keluarga besar. Sebut sahaja hendak buat makan-makan, pasti akan ada yang memberi tindak balas dengan pantas. Pot luck keluarga umpamanya merupakan satu aktiviti sihat yang amat menguatkan hubungan keluarga baik jauh mahupun dekat.

Ads

Raikan Hujung Minggu

Jadikan waktu hujung minggu waktu bersama dengan keluarga. Raikanlah anak-anak dan suami, mahupun ibu dan ayah bagi sebuah keluarga besar dengan makanan istimewa. Pilihlah menu istimewa yang membuatkan semua orang gembira dan terasa istimewa. Bagi anak-anak, usahalah bertanyakan apa yang anak-anak hendak makan ketika hujung minggu.
Sebolehnya libatkan mereka bersama-sama ketika aktiviti memasak di dapur supaya mereka sendiri rasa gembira dan tak sabar untuk menikmatinya.  Sungguhpun kacau bilau dibuatnya, namun inilah waktu emas bagi mereka. Semua ini momen indah.

Bila Makanan Menguatkan Hubungan Keluarga, Ini Sebabnya Kenapa Ibu-Ibu Kena Tahu Kuasa Memasak Sangat Hebat!

Makanan Tradisi

Semua makanan ibu adalah makanan tradisi yang akan kita bawa bila sudah menginjak dewasa.  Walaupun ketika di universiti, rumah sewa dan bila mana sudah berkahwin, resipi ibu inilah yang akan kita bawa sampai bila-bila.

Ads

Sebolehnya kita mahu menyediakannya sama sedapnya seperti ibu kita. Inilah kuasa masakan hari ini yang akan nantinya menjadi makanan tradisi bagi kita. Inilah kasih sayang sebenar dalam keluarga. Ya..itulah kuasa makanan.

Bila Makanan Menguatkan Hubungan Keluarga, Ini Sebabnya Kenapa Ibu-Ibu Kena Tahu Kuasa Memasak Sangat Hebat!

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI