Semangat orang perempuan kalau bab menghias rumah memang lain macam. Kalau boleh semuanya ingin dibuat sendiri, baru puas hati ikut citarasa sendiri.
Begitu juga dalam hal menentukan warna dinding rumah dan seterusnya mengecat. Semuanya diy sendiri!
Bukan apa, bila minta tolong orang lain terasa lambat sangat boleh direalisasikan. Kena tunggu en suami ada masa lapang baru boleh buat.
Jika diserahkan pada pakar mengecat pula, upahnya mahal. Jadi nak tak nak, lebih baik buat sendiri.
Pun begitu, sebelum memulakan proses mengecat, ada baiknya baca perkongsian teknik mengecat paling asas yang dikongsikan ini agar hasil kerja kita nanti macam profesional.
Jom semak.
Saya perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yang didambakan..
Jadi, disini saya sebagai bekas pekerja kedai hardware yg menjadi dealer cat jotun ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat.
Saya bukan pakar atau tukang cat, cuma tahu serba sedikit mengenai cat..
1) Mula-mula kena la pilih warna-warna pilihan anda. Warna yang sesuai dan sedap mata anda memandang (yelah rumah korang bukan rumah orang lain.. Orang lain tau nak kecam, kritik je kan ) .
Pilihan warna boleh dapatkan / dirujuk template warna daripada kedai2 cat berhampiran anda.
Pergi la ke kedai cat dan tengok lah betapa pening nya nak pilih colour (perempuan pakar bab2 ni.. Sebab dia akan bagi warna yang pelbagai tone, contohnya merah.. Ada merah anggur, merah cherry, merah mawar, merah jambu, merah hati segala mak bapak merah la which is yang orang lelaki panggil MERAH je..haha)boleh rujuk gambar contoh saya letak tu..
Ads
2) Kene tahu nak cat dalam rumah atau luar rumah. Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis biasanya. Untuk exterior (dinding luar) and interior (dinding dalam) paint.
Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar.. Kena pilih yg exterior sebab memang cat exterior direka khas untuk lebih tahan cuaca, air, dan tahan maki untuk jiran yang mulut puaka kata colour tu tak lawa..
3) Cat juga ada pelbagaigred and pelbagai pilihan, ada cat yang kurang bau, ada yang berbau hangit,berbau oren, ada yang berkilat ada yang tak berkilat dan kalau tak salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak-anak conteng..
4) Cat pun ada pelbagai jenama, nippon, jotun, dulux and pelbagai lagi. Untuk saya, saya rekemen jotun la sebab sy kerja dengan jotun dulu..haha..tapi realitinya memang cat dari jenama Jotun menjadi pilihan hasil perkongsian daripada tukang2 cat, cat Jotun lebih berkualiti. Cat sekarang kebanyakkannya water based yang mana lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan senang tanggal kalau terpecik ke lantai ke apa ke..
5) SEALER/PRIMER (cat alas)
Yang ni bahagian yang penting dalam menentukan warna pilihan anda nanti jadi seperti yang diimpikan atau sama tone seperti dalam catalog yang anda tengok kat kedai masa beli tadi..
Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum anda terus cat colour base (cat warna pilihan anda). Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah which mean dinding memang kosong atau……… atauuuuuuuuu…..anda nak re-paint your dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat2 lama sudah tanggal dan menggelembung teruk.
Tapi anda haruslah buang semua cat2 lama terlebih dahulu….kikis…gosok…barulah apply cat sealer.
Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit2 saja…tak perlu la menambah kerja yer. Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan mebuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih naik tona nya..
Ads
6) Kesilapan ramai orang ialah menjadikan cat warna putih sebagai cat sealer.. Its absolutely wrong la kata kak lina pom pom.. Cat sealer TAK SAMA dengan cat putih jadi alas..
Fungsi sealer adalah melindungi cat colour.. Kalau anda guna cat putih, dia kurang melindungi, dia curang..jadi colour yang anda nak jadi xseperti colour dlm code anda tgk atau akan jadi tompok2 putih..
Cat sealer warnanya memang putih, tapi tak seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer tak kan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base.
Jangan terkejut tengok dinding anda warna tak rata…bertampung-bertampung putihnya…itu biasa..kerana itu cat sealer. Biarkan benda tu.. Kerana sealer sebagai alas sahaja xperlu cantik2..
7) Selepas tu bila cat sealer dah kering (lebih kurang 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda.
Kacau terlebih dahulu…Ini juga bahagian penting untuk cat.. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan colour sedikit lari atau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat.. Boleh kacau pakai kayu ke…besi ke..
Seeloknya anda cari satu lagi bekas yg lain anda jadikan cat tu mcm “teh tarik”..barulah cat tu betul-betul bergaul atau bergelumang sesama sendiri.. ..
Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan teh tarik ni.. Untuk cat jotun, tak perlu tambah air untuk mengecat.. Tambah air hanya bila anda simpan cat itu dan nak cat balik kesesokkan harinya.. Itupon hanya letak sedikit air..
Ads
Jangan nak jimat sangat tambah air banyak nanti colour dah tak cantik, xpekat..
8)Teknik mengecat
Ramai org igt mengecat merupakan satu perkara yg senang.. Gelek2 roller nanti jadilah colour yang kita nak tu.. Makkkk kau.. Kalau senang camtu takkan tukang cat mintak upah mahal-mahal..
Cat pon ade teknik-teknik dia.. Yang saya tau teknik yang senang dan berkesan ialah cat menggunakan teknik W atau M..Maksudnya arah gelekkan roller tu ikut bentuk huruf W atau M tu..
Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata…tetapi jangan panik… Biarkan je…jangan salahkan skill cat anda…. tunggu sehingga lapisan pertama kering…dan mulakan dengan lapisan kedua. Cat sekarang cepat kering..mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air.
Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda..taraaaaaaa (Tak sabar nak suruh jiran tengokkk gitewww perasaannya)
Ok.. rasa itu la dulu kot perkongsian serba sedikit yg saya tahu.. Sy bukan pakar, nnti ade yang tak betul boleh betulkan..
Saya bagi yang basic yang betul untuk cat.. Kalau dah guna kaedah ni, masih lagi cat tak lawa dan tak rata tengok pulak bergantung kepada keadaan dinding, plaster dan sebagainya faktor lain ya..
Yang penting jangan guna CAT MURAH kalau untuk rumah sendiri.. Nak puas hati guna cat yg berkualiti macam jotun, nippon, deluxe.. Mahal sikit tapi memang berpuas hati..
Bagi penggemar sambal tentu cili kering wajib ada dalam bahan masakan seharian. Sebenarnya, cili kering yang berbeza memberikan rasa yang berbeza. Namun tidak ramai yang tahu.
Cili kering ni perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi bentuk dan saiz cili tersebut supaya anda tahu jenis yang manakah menepati citarasa anda.
Nak tahu lanjut ikuti empat jenis cili kering.
Tak habis-habis lagi perkenalkan jenis cili ni. Hadamkan ya. Kalau pedas jugak cili yang tuan puan beli dikedai, boleh beli dengan Kak Diva. Kak Diva boleh pos.
Gemuk
Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender. Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana. Original: Thailand Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua.
Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
668
Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty. Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas. 10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
Tahap kepedasan: Pedas*
273
Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap keepdasam sama seperti 668. Original: Thailand Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
Tahap Kepedasan: Pedas*
Teja
Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering) Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas. Tahap kepedasan: Sangat Pedas
Persamaan untuk keempat² cili ialah pijar apabila disentuh..
Kecur air liur rasanya bila sebut laksa, nak nak lagi waktu panas-panas begini. Makan pula dengan ABC perghhh memang terbaik. Bagi orang Utara, tidak sah rasanya kalau Laksa tidak masuk dalam list Wajib makan. Sebab itu, rata-rata orang sana memang pandai buat laksa. Malah, ada yang menjadikan menu hidangan wajib ada di meja setiap kali menjelang raya. Begitu kuat penangan laksa.
Namun, ada juga yang tidak pandai membuat kuah laksa. Ada sahaja rasa yang kurang. Untuk anda yang mencari tip bagaimana mahu sedapkan kuah laksa, kena cuba petua ini. Bukan sahaja kuahnya sedap bahan boleh tahan lama. Bagi yang berniaga, pasti tip ini dapat membantu. Jom semak!
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya. Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan Sedap
Untuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bimbang jika masalah bau badan tidak dirawat, akan menyebabkan orang lain tidak selesa rapat dengan kita, lebih-lebih lagi jika suami merungut tentang hal ini. Sebagai isteri segeralah berbuat sesuatu agar masalah ini segera di atasi.
Jika buntu untuk menyelesaikan masalah bau badan ini, bolehlah dicuba amal petua dengan menggunakan daun inai dan sirih sebagai ramuan utamanya. Nak tahu lanjut jom semak satu persatu.
[su_highlight background=”#f2af61″ color=”#242121″]Rebusan Daun Sireh Dan Inai[/su_highlight]
Bahan-bahan:
♥3 helai daun sireh
♥Segenggam daun inai
♥3 gelas air
Cara-cara:
1. Rebus kesemuanya di dalam periuk dengan api sederhana kecil dari 3 gelas menjadi 1 gelas.
2. Tapis dan minum bila sudah suam. Diamalkan seminggu sekali atau setiap kali habis haid.
Sumber : Norliza Mohd Salleh
Selain itu di sini turut dikongsikan beberapa petua untuk memutihkan ketiak agar badan bukan sahaja tidak berbau malah bahagian bawah lengan ini juga terlihat putih bersih.
Guna hirisan timun : ambil hirisan timun dan gosokkan pada bahagian bawah lengan beberapa kali. Kemudian biarkan selama 15-20minit sebelum dibilas dgn air bersih.
Sapu minyak zaitun :Caranya mudah, lumurkan bahagian bawah lengan dengan minyak zaitun dan biarkan selama 15-20minit sebelum dicuci.
Limau nipis dan kapur: Perahkan limau nipis dengan kapur dan gau sebati. Kemudian sapu rata pada bahagian bawah lengan dan biarkan sehingga ramuan ini kering. Setelah itu cuci bersih dan sebaiknya amalkan seminggu 3 kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.