Keakraban antara keluarga besar Abby Abadi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim sememangnya sering meraih perhatian dan pujian daripada peminat.
Mereka sering melakukan aktiviti keluarga bersama. Terbaru, mereka bercuti di sebuah tempat percutian Di Hulu Langat.
Meninjau akaun Instagram Memey Suhaiza dan Abby Abadi, masing-masing memuatnaik video yang memperlihatkan aktiviti kekeluargaan mereka pada hari tersebut.
Yang mencuri tumpuan adalah aktiviti musical chair. Cukup terhibur melihat gelagat mereka ketika itu Yang mana tidak hanya anak-anak malah yang dewasa uga turut bermain permainan ini.
Meriah dan lucu apabila melihat telatah masing-masing berebut kerusi, semangat semua ingin menang.
Gelak ketawa keluarga ini menunjukkan semuanya gembira dengan percutian mereka. Selain mengeratkan lagi hubungan, tercipta satu lagi memori indah untuk mereka sekeluarga yang boleh dikenang pada masa akan datang.
Dalam dunia ini kita ada tujuh muka sama dengan diri kita, bak kata bidaan melayu pelanduk dua serupa. Ada tak dekat sini yang dah jumpa pelanduk dua serupa dengan anda? Cuba anda bayangkan reaksi anda jika anda jumpa dengan pelanduk dua serupa, begitu teruja kan?
Dalam kongsian melalui akaun Tiktok Babah Nadeen bahawa ada seorang kanak-kanak perempuan begitu ‘konpiden’ memeluk kakinya. Kanak-kanak itu menyangkakan itu adalah ayahnya
Apabila dilihat memang betul-betul sama! pakai baju dan mask hitam, muka dan rambut pun sama, cuma yang membezakan adalah tinggi beliau yang sedikit berbeza.
Yang kelakarnya, reaksi anak kecil itu terpinga-pinga apabila dikatakan itu bukanlah abahnya, malah orang lain yang tak dikenali yang hanya membeli barangan dapur pada waktu yang sama.
Anak-anak beritahu ,
“Umi, muka pakcik tu sama macam abah”
Tidak melatah apabila anak disentuh oleh orang, Babah Nadeen melayan saja gelagat comel kanak-kanak tersebut.
Video tersebut diambil oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut milzan97 yang dikongsikan kepada babahnadeem.
Mengilhamkan sebuah landskap kediaman yang hijau dan segar mata memandang, tentu menjadi antara perkara yang ingin direalisasikan oleh ramai antara kita.
Selain dengan perletakkan pokok-pokok bunga di dalam pasu mahupun ditanam terus di atas tanah, tidak kurang juga ada antara kita akan menanam pokok menjalar di bahagian dinding pagar untuk kesan yang lebih ketara.
Untuk yang baru ingin mencuba menanam pokok jenis ini, ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin, yang mana telah pun menanam pokok menjalar di bahagian pagaran rumahnya sejak 3 tahun yang lalu.
Hasilnya, landskap lamannya terlihat cukup indah, cantik dan sekali gus bolehlah menjadi terapi mata yang cukup menyegarkan.
Jom baca perkongsian ini.
Membaja tumbuhan menjalar di pagar rumah. Tumbuhan ni buat rumah nampak segar dan damai.
Tumbuhan ni jenis ficus pumila (fig), boleh dibeli di kedai semaian(nursery).
Harga sekitar RM5-10 satu pokok. Saya tanam jarak 2-3 kaki antara satu sama lain. 3 tahun baru penuh menjalar memenuhi pagar.
Tip penjagaan pokok fig
Tak susah jaga. Siram 2 hari sekali, trim setiap minggu dan saya gunakan hampas kopi untuk baja.
Tak tahulah bagus ke tak bagus. Hampas kopi ni terkumpul dari kopi yang kami minum harian.
Ini anak saya sedang letak baja di akar pokok. Batang pokok ni sebesar ibu jari.
Ekstra tip :
Jika tidak trim(pangkas), sulur dia akan menjulur keluar. Jadi macam dalam gambar ni, tak kemas.
Kena trim dia hanya di permukaan tembok pagar.
Trim guna pruner(pemangkas) yang
macam gunting tu je. Sulur dia tak
keras sangat.
Pandangan penuh tembok pagar yang dilitupi ficus pumila. Pokok ni ada buah. Buah dia sama macam buah fig.
Saya tak pernah lagi makan buah dia
walaupun ada tumbuh. Tak tahu boleh makan ke tak.
Sebelum ini bekas penyanyi dan juga aktivis, Mizz Nina mengumumkan bahawa dia telah ijab kabul dengan penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat, Essam Muhammad berlangsung secara tertutup di luar negara pada suku tahun kedua tahun ini.
Baru-baru ini, Mizz Nina telah memuat naik beberapa video bersama suami tersayang, ketika mengunjungi lokasi bulan madu di Santorini, Greece.
Pemilik nama Shazrina Azman mendedahkan beliau dan Essam telah mengunjungi banyak negara.
“Apabila anda membiarkan hati berusaha untuk mencari kedamaian, kesyukuran dan kepuasan, setiap saat dihabiskan dengan bermanfaat.
“Masa berlalu tetapi tanpa penyesalan kerana anda melakukan sesuatu dengan niat untuk menggembirakan ALLAH dan itu akan sentiasa khayr (lebih baik).
“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dan bertuah kerana dapat menjelajah dunia bersama suami tercinta.
“Kami kunjungi empat negara dan enam bandar dalam masa dua minggu. Reel ini,adalah rakaman hari i yang kami habiskan di Istanbul, Turkiye.
“Suami (Essam) memberi kejutan dengan membawa saya ke lokasi rahsia di atas bumbung dengan pemandangan indah 360 darjah bandar dan Selat Bosporus,” titipnya.
Menurut Mizz Nina, ia juga adalah lokasi Essam merakam videonya, On the Road pada 2021.
Tidak hanya mengunjungi semata-mata, Mizz Nina dan Essam melakukan pelbagai aktiviti santai dan berlibur.
Di sana beliau meluangkan masa menunggang basikal elektrik meneroka bandar.
Lebih istimewa lagi, ini adalah pertama kali mereka menyambut hari raya sebagai suami isteri.
Beliau dan Essam meluangkan masa mengunjungi masjid pada hari raya pertama baru-baru ini.
Jelasnya, menunjukkan kasih kepada orang yang dicintai bukan sesuatu yang keterlaluan. Berjalan dan mengembara bersama memupuk kasih sayang.
“Tidak bermakna perlu mengembara beribu batu jauhnya, kadangkala anda hanya perlu meneroka di sekitar bandar sendiri atau bandar berdekatan di negara sendiri.
“Melancong adalah sunah kerana dengannya kita akan belajar tentang budaya lain di dunia. Ia juga yang membuatkan kita memahami diri dan orang lain.
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan.
”Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” (41:13),” titip Mizz Nina.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut perasan wajah Mizz Nina yang kelihatan sangat berseri dan gembira. Malah, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan doa buat pasangan baharu ini.
Terdahulu, Mizz Nina mengumumkan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di ibu negara.
Pada Ogos tahun lalu, Nina mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah bercerai dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka bernikah pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Namun, pada Mac 2022, beliau dan Noh mengumumkan kehadiran anak angkat lelaki mereka yang diberi nama Musa.
Sumber: Instagram @officilmizznina
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).