
Memang beruntung jika berbudi pada tanah, ada rezekinya yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga.
Contohnya jika menanam kucai, pelbagai menu boleh disediakan dan enak juga dijadikan bahan campuran untuk menyediakan menu cucur udang, kue teaw goreng dan sebagainya.
Jadi apa kata kita menanam kucai dan bila terlalu sarat di dalam pasu, segera lakukan tanaman semula untuk dapatkan hasil lebih banyak.
Nak tahu step by stepnya, di sini dikongsikan untuk info bersama.
Kali ni nak share cara nak re-plant pokok kucai bila pokok dah penuh dalam pasu/polybag.
1. Keluarkan pokok dari pasu/polybag. Buang tanah lama.
2. Cuci untuk buang sisa-sisa tanah.
3. Buang akar sependek mungkin, botak pun takpa, dan ubi yang dah tua.
4. Bersihkan batang dari kulit yang dah reput.
5. Siap untuk tanam balik.
Jangan takut untuk buang akar, sebab akar tu tak berguna lagi.
Pokok akan mengeluarkan akar baru.
Selamat mengucai
Sumber : Euis Maemunah
Bekukan Makanan Untuk Stok Sepanjang Ramadan, Ada Pantang Larangnya. Sila Ambil Tahu, Agar Kekal Berkhasiat & Selamat Dimakan!

Perasan atau tidak, semenjak dua tiga hari sebelum puasa ini begitu banyak kita lihat perkongsian ibu-ibu membuat stok makanan untuk dibekukan sebagai satu langkah memudahkan urusan menyediakan hidangan berbuka mahu pun bersahur.
Pun begitu mungkin masih ada yang belum tahu pantang larang bila menyediakan stok makanan agar selamat dan berkhasiat untuk dimakan. Untuk itu, perkongsian di akaun fb Busseroa Abd Jalil ini sedikit sebanyak dapat memberi info kepada ibu-ibu yang kali pertama ingin mencuba teknik seperti ini.
Cara Bekukan Makanan
Disebabkan ramai yang belum tahu cara untuk bekukan makanan, jadi saya nak share sedikit info yang saya tahu hasil bacaan saya.
Menurut coretan seorang doktor cara paling selamat untuk bekukan makanan ialah:
– Bekukan terus selepas dimasak. Suam-suam sikit dah boleh simpan.
– Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.
– Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan tidak selamat untuk dibekukan lagi.
– Jangan bekukan makanan yang baki/lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
– Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
Info tambahan dari sumber-sumber lain:
– Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari tidak perlu dibekukan. Memadai sekadar simpan di tempat sejuk sahaja.
– Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan lebih dari sebulan.
– Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambah air, sayur dan sebagainya.
Info gambar:
– Gambar lama.
– Saya selalu sediakan stok makanan untuk anak-anak setiap kali saya ada urusan di tempat yang jauh.
– Jika sekadar 3-4 hari saya tidak bekukan. Jika lebih dari tempoh tersebut baru saya simpan di tempat beku.
– Saya tandakan “K” (kuah) supaya bibik tahu makanan perlu dipanaskan satu yang kering dan satu yang berkuah untuk setiap kali makan.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih semua.
Sumber : Busseroa Abd Jalil via MAHN
“Isteri Punya Tenaga Luar Biasa Sepanjang Ramadan…”, Seorang Suami Ni Senaraikan & Deep Pesanannya. Sila Takenote!

Tidak dinafikan isteri masa kini serba serbi kena buat, bukan sahaja perlu urus makan pakai anak-anak dan suami, malah turut ke luar rumah untuk mencari rezeki. Keupayaan dan kemampuan wanita ini melakukan tugas dalam mengurus kerja harian dan tanggungjawab hakiki, memang luar biasa.
Malah menurut perkongsian fb di akaun Azizul Azli Ahmad ini menarik perhatian untuk dibaca dan difahamkan apa yang ingin disampaikan olehnya apabila menyifatkan wanita itu tulang besi!
Kenapa dia berkata begitu? Dan mengetahui detail, jom baca perkongsian ini.
WANITA ITU TULANG BESI
1. Wanita memang kuat dari lelaki walau mereka tak boleh angkat besi.
2. Jam 4 pagi dah bangun masak sahur untuk kita yang masih tertidur lagi.
3. Kejut anak, kejut suami untuk makan yang disediakan atas meja nanti.
4. Lepas makan kemas lagi, sediakan baju untuk anak sekolah dan bersiap untuk kepejabat nanti
5. Kerja pejabat dia siapkan kadang kala lebih cemerlang dari kita yang ada janggut dan misai ini.
6. Waktu rehat dia solat dan carikan menu untuk berbuka dan sahur nanti
7. Memandu balik rumah sampai terus masak nasi. Angkut baju yang disidai sejak pagi.
8. Sambil sediakan juadah berbuka, lipat baju sesekali mata menonton mengaji di TV.
9. Waktu berbuka semua dia telah sediakan dengan sempurna. Lepas makan acara mengemas bermula.
10. Mereka bersiap bersama kita untuk terawih pula.
11. Jam 11 sampai rumah baru mereka nak rehat dan lelapkan mata.
12. Jam 4 pagi mereka akan bangun semula, mereka punya tenaga yang luar biasa sepanjang Ramadan ini.
Kawan kawan yang baik,
Kita banyak berhutang dengan mereka selama ini.
Berbaki 10 ramadan terakhir ini, doakan buat mereka agar kekal sihat dan sentiasa dihati kita. Jangan buat jenaka poligami yang buat hati mereka terluka.
Apa kata, ramadan yang mulia ini hadiahkan mereka kereta sebiji atau sebuah rumah pangsapuri, amacam ada berani? Kalau tak mampu belilah gelang sampai ke siku kaki.
Sumber : Azizul Azli Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Stress Perut Makin Buncit, Kenalah Rajin Amalkan Petua Ibu-Ibu Zaman Dulu, Confirm Cun!

Ditegur rakan sepejabat akan perut yang makin buncit memang buat wanita stress. Di tambah pula dengan rungutan suami yang semakin membingitkan telinga. Hal ini buat kita rasa rendah diri.
Masalah perut buncit memang boleh buat wanita jadi jiwa kacau. Teguran merupakan petanda bahawa anda harus lebih menumpukan pada kecantikkan diri sendiri. Jangan asyik kisahkan soal anak sahaja.
Sambil-sambil masak di dapur, apa kata anda cuba buat petua ini. Tak usaha tak tahu akan hasilnya. Jadi kenalah cuba!
Petua 1 -Limau Nipis vs Kapur Sireh
Perah jus limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sireh. Gaulkan rata dan sapukan seperti pilis pada perut. Lakukan pada keseluruhan perut dan kemudian barulah bengkung di pakai dengan kemas seperti biasa. Lakukan langkah ini setiap pagi dan petang, selama 40 hari sepanjang tempoh waktu berpantang.
Petua 2 – Cuka Vs Kunyit Hidup
Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit hidup kemudian kisarkan hingga halus. Sapukan pada permukaan kulit perut dan ratakan seluruh kawasan. Berbengkunglah seperti biasa dan lakukan setiap hari.
Petua 3 – Jus Gula Merah
Ambil sedikit beras dan kisar hingga halus. Kemudian ambil sedikit cekur bersama gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam dan gaulkan rata. Tapis kesemua bahan ini dan amalkan empat kali seminggu.
Petua 4 – Halia & Asam Jawa
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus kemudian gaulkan dengan perahan asam jawa yang agak pekat. Makanlah dengan nasi yang masih panas dan amalkan sajian ini setiap hari. Hasilnya, perut akan menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
Petua 5 – Halia & Limau Nipis
Gunakan halia sebagai asas utama untuk membuang angin. Ambil halia, perahan jus limau nipis, air suam, garam dan sesudu kecil lada hitam kemudian dikisar halus. Kacau adunan dan tapislah airnya. Amalkan minum air ini sehingga perut leper.