Kuali tak lekat ( nonstick pan) adalah antara peralatan memasak yang menjadi kesayangan kaum ibu. Apa tidaknya, kuali jenis ini biasnaya dijual dengan harga yang  boleh tahan mahal lebih-lebih lagi jika yang berjenama dan diimport dari luar negara.

Hal ini meyebabkan kita akan menggunakan kuali ini dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan ianya tercalar.  Memandangkan jika tercalar, kualiti dan fungsi kuali tersebut akan hilang dan lebih teruk jika anda terus menggunakan kuali  tersebut akan menggundang bahaya pada tahap kesihatan keluarga anda.

Ini sebagaimana perkongsian Encik Hadihaizil Din di dalam fbnya. Jom baca untuk manfaat bersama.


Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus.

Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.

Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.

Ya CALAR yang merbahaya.

Ads

Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.

Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.

Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.

Bila Kuali Non Stick Sudah Tercalar. Ibu-ibu Tolong JANGAN Guna Lagi!

Ads

Andai telah tercalar? Apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita. Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.

Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.

Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.

Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.

Ads

sumber :  Hadihaizil Din

Ekstra Tip Untuk Pastikan Kuali Non Stick Tidak Calar

  1.  Jangan sekali-kali mengacau makanan dengan menggunakan sudip atau senduk yang diperbuat daripada LOGAM. Ini pantang paling utama jika menggunakan periuk non stick ini.

Bila Kuali Non Stick Sudah Tercalar. Ibu-ibu Tolong JANGAN Guna Lagi!

2. Semasa mencuci, pastikan menggunakan span yang lembut dan jangan terlebih rajin menyental dengan berus dawai, padah jadinya!

 

3. Elak susun berlapis sebab bimbang akan tercalar.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI