Ini namanya ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Siapa sangka, nyanyian puteri sulung Liza Hanim telah menarik perhatian netizen yang menyifatkan suara, Marsya Qistina begitu merdu seperti ibunya.
Dalam pada itu, Liza Hanim turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan anak sulungnya bergelar juara dalam pertandingan yang diadakan di sekolahnya.
Bangga pada mu anakku
Perasaan seorang mama bila kuah tumpah ke nasi… i just have to post this video. Anak sulung ku bertanding menyanyikan #tiadalagitangisan . I am so proud of you my girl. Congrats @marsya.qstna Juara hari ni…
Alhamdulillah
Dalam pada itu, peminat Liza Hanim menyatakan rasa kekaguman dengan kelunakan suara anak Liza Hanim. Rata-rata memberikan komen bersetuju, suara anaknya merdu apabila mendendangkan lagi Tiada Lagi Tangisan, di sekolahnya.
Dah macam ibunya gaya nyanyian
That is a lot of soul
Sumber: Instagram Liza Hanim