Ini namanya ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Siapa sangka, nyanyian puteri sulung Liza Hanim telah menarik perhatian netizen yang menyifatkan suara, Marsya Qistina begitu merdu seperti ibunya.
Dalam pada itu, Liza Hanim turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan anak sulungnya bergelar juara dalam pertandingan yang diadakan di sekolahnya.
Perasaan seorang mama bila kuah tumpah ke nasi… i just have to post this video. Anak sulung ku bertanding menyanyikan #tiadalagitangisan . I am so proud of you my girl. Congrats @marsya.qstna Juara hari ni… Alhamdulillah
Dalam pada itu, peminat Liza Hanim menyatakan rasa kekaguman dengan kelunakan suara anak Liza Hanim. Rata-rata memberikan komen bersetuju, suara anaknya merdu apabila mendendangkan lagi Tiada Lagi Tangisan, di sekolahnya.
Dah macam ibunya gaya nyanyian
Ads
That is a lot of soul
Ads
Sumber: Instagram Liza Hanim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama tidak mendengar berita mengenai pelakon ini yang pernah popular dengan drama Sembilu Kasih. Dalam diam-diam, rupa-rupanya pelakon, Zed Zaidi baru menimang cahaya mata kedua. Lebih menggembirakan apabila dia dan isteri dikurniakan anak kembar.
Zed Zaidi melahirkan rasa syukur selepas isterinya, Natalia Mustafa selamat menimang anak kembar. Berita gembira itu dikongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.
Alhamdulillah semua selamat.. dulu 2 kaki sekarang dapat 4 kaki rezeki allah nak bagi… syukur! tulisnya di kapsyen.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, itu adalah rezeki dan kurniaan Allah SWT walaupun dia dan isteri termasuk keluarga tidak mempunyai sejarah kembar.
Kongsi Zed lagi, dia dan isteri sebelum ini pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar namun tidak menyangka gurauannya itu telah menjadi kenyataan.
“Dalam keluarga kami memang tidak ada kembar. Kembar kami adalah yang pertama dan saya anggap rezeki yang tidak terhingga. Alhamdulillah, Allah berikan dua terus selepas tujuh tahun menanti kelahiran anak kedua. Ramai cakap kami menggunakan teknik IVF, tapi tidak. Ini kehamilan secara semula jadi,” katanya.
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia, ini merupakan kelahiran kedua bagi pasangan tersebut selepas dikurniakan anak lelaki Ryan Zikry tujuh tahun lalu.
Zed yang juga pelakon berkata, sepanjang kehamilan isteri, dia menjaga rapi termasuk pemakanan dan pengambilan ubat bagi mengelak sebarang komplikasi. Pada masa sama, Zed juga menasihati isterinya untuk tidak berkongsi perkara itu di laman sosial sehinggalah dia selamat bersalin.
Berkongsi cerita awal kehamilan isterinya, akuinya mereka nyaris kehilangan salah seorang daripada bayi tersebut apabila isterinya mengalami pendarahan. Kebetulan ketika itu, mereka tidak tahu bahawa kandungan tersebut merupakan pasangan kembar.
“Ketika pemeriksaan awal di klinik, doktor tak cakap pun kembar. Mungkin sebab yang lagi satu tidak dapat dikesan. Selepas usia kandungan tiga bulan, kami ke hospital pula.
“Terkejut apabila diberitahu berlaku pendarahan kecil yang memungkinkan seorang lagi bayi lagi tidak boleh bertahan. Saya bertanya maksud ‘lagi seorang’ dan doktor beritahu isteri hamil bayi kembar.
“Waktu itu memang teruja dan sangat gembira. Saya menjaganya dengan baik termasuk pemakanan dan pengambilan ubat yang disyorkan doktor. Saya juga tak bagi isteri muat naik di Instagram dan biar sampai jadi. Ini bagi mengelakkan kecewa jika berlaku sebaliknya.
“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan isteri dan bayi dalam kandungan sihat hinggalah selamat dilahirkan,” katanya yang turut menemani isteri dari awal hingga selesai proses pembedahan.
Dalam pada itu, Zed turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya serta rakan-rakannya.
Meruntun jiwa tatkala mendengar laungan si anak yang memanggil-manggil ayahnya namun tiada lagi sapaan dari si ayah. Satu perkongsian video kanak-kanak berusia 8 tahun yang berada di sebuah tanah perkuburan mengundang sebak warga maya.
Tatkala sekumpulan petugas kesihatan sedang membawa jenazah ke liang lahad, si anak ini memanggil-manggil ayahnya. Rupa-rupanya jenazah itu adalah ayahnya yang sudah pergi buat selama-lamanya akibat wabak covid-19.
Disebabkan itu, keluarga tidak dibenarkan untuk mengiringi jauh sekali mendekati jenazah sehingga ke tapak perkuburan.
Si anak hanya mempu melambai-lambai dari kejauhan sambil memanggil si ayah. Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang cukup sebak dan mengharapkan si anak tabah dan kuat dengan dugaan tersebut.
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
18 haribulan lalu menandakan sudah genap tiga tahun penyanyi, Bunga Citra Lestari kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Baru-baru ini, pelantun ‘Wanita Terbahagi’ ada berkongsi di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia bersama-sama ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Noah Sinclair, 14, hadir menziarahi pusara Allahyarham yang terletak di Jakarta, Indonesia.
Dalam perkongsian tersebut, Bunga yang memakai jubah berwarna merah jambu sedondon berselendang turut menghiasi kubur Allahyarham dengan kelopak bunga-bungaan segar.
“Hey you, anaknya (Noah) udah gede nih (anak kita sudah besar ni)”, tulis Bunga seakan-akan berbicara kepada arwah suaminya.
Dalam pada itu, Bunga turut memuat naik kata-kata pujangga popular yang disebutkan pakar psikatri serta aktivis kemanusiaan terkenal, mendiang Elisabeth Kubler-Ross dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dalam hidup.
“Realitinya, kamu akan sentiasa berduka cita.
“Kamu tidak akan sama sekali dapat melupakan kehilangan orang tersayang, sebaliknya kamu akan cuba belajar untuk terus kuat untuk hidup tanpa mereka.
“Kamu akan pulih dan kembali bangkit di sebalik kehilangan yang terjadi.
“Kamu akan jadi kuat semula, tapi ia tetap tidak akan sama seperti dulu lagi.
“Walaupun begitu, kamu tetap jalaninya juga demi hari-hari mendatang,” tulis Bunga memetik kata-kata Elisabeth yang menulis tentang lima peringkat kesedihan yang akan dilalui individu akibat kehilangan insan tersayang.