Lukai dilukai… namun mereka tidak membiarkan diri terus dimamah dek rasa dendam, sebaliknya Norman Hakim, Abby Abadi dan Memey Suhaiza memilih untuk berdamai demi kebahagiaan masing-masing.
Benarlah kata orang, kemaafan adalah dendam yang terindah, lihat sahaja hubungan dan kemesraan mereka membuatkan ramai yang kagum. tak kurang yang menjadikan mereka sebagai contoh. Biarpun Norman dan Abby sudah berpisah dan masing-masing memiliki pasangan baru, namun demi kebaikan anak-anak mereka berbaik.
Penyatuan tersebut pastinya membuatkan anak-anak yang lebih bahagia dan gembira. Terbaru, Memey menerusi instagramnya memuatnaik potongan video temubual anak tirinya, Danish Hakim bersama tv Alhijrah.
mummy nak live jap lg.. sesambil tunggu isyak layan dekat tv alhijrah sekarang…
ada interview papa @normanhakim_786 & @danishhakimofficial ..
Cukup menyentuh hati dan bikin sebak pada yang menonton termasuklah Memey sendiri. Bahkan, dia turut memohon maaf andai ada kekurangan dengan kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Dalam masa yang sama, dia berharap ukhwah antara mereka terus kekal selama-lamanya.
Alahai tersentuh hati mummy😢
semoga ukhwah & kasih sayang ni sentiasa terjaga sampai bila2.. tq anak❤️mummy mintak maaf utk segala kekurangan…
& yg paling penting love u @mamayebbyyabadi ❤️
tgh tayang lg skrg kat tv..
jom tgk😍
doakan kami🤲🏻 & mummy doakan juga semoga kita semua trs hidup berkasih syg kerana Allah❤️
Begitupun pujian patut diberikan buat anak sulung pasangan ini yang begitu bijak menyusun kata-kata, penuh makna dan menyentuh hati.
Rata-rata yang menonton video berkenaan turut melahirkan rasa sebak dan terharu melihat kebahagiaan keluarga besar ini.
itaazamberi Abang Danish ni memang baik orangnya…sebagai abang sulung kpd adik adik… sebagai anak kpd mama abah papa dan mummy…terharu tengok program tadi…👏👏👏😍😍😍😍asluvifa Bila kita redha atas ujian Allah kan…antara family contoh…Hati kt ni Allah pegang..bila DIA berkehendakkan maka jadi la…😍
fadzillahrazak Saya memang sayang keluarga ni ❤️hidup bersama berkasih sayang semoga kekal hubungan silaturrahim ini, Abby dan Memey love you kerana Allah Ta’alaa
Sumber: memeysuhaiza
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club