Suami isteri apabila sayang antara satu sama lain tentu akan sentiasa ingat mengingati walaupun berjauhan. Malah momen bersama pasangan akan dikenang sehingga akhir hayat. Walaupun pasangan hanya melakukan hal-hal yang biasa-biasa aje tetapi ia tetap memberi kenangan manis dalam hidup.
Begitulah apa yang dirasa oleh Muhammad Hassan yang telah berkongsi rasa apa yang dilaluinya. Katanya, sementara pasangan hidup hargai dan santunilah mereka.
Ikuti perkongsiannya.
3 hari dalam hutan tanpa signal telefon teramat rindu nak dengar suara anak isteri. Orang yang paling risau adalah wife. Tepat jam 3.48pm hari isnin semalam barulah ada signal 3g.
Orang pertama yang saya reply mesej adalah bunga cinta hati saya. Beratus mesej wife dan anak hantar,itu belum mesej dari pejabat,rakan-rakan yang tak tau pun saya masuk hutan.
Apabila baca whatsapp yang wife hantar sebak tak tertahan. “sayang setiap hari bangun solat hajat waktu malam mendoakan keselamatan abang,dapat kembali pulang dengan selamat”.
punyalah risau selama 3 hari wife whatsapp tapi tiada blue tick. Call, jangan ceritalah confrm tak dapat. Hebatnya iman siti hajar bertawakkal kepada Allah saat Nabi Ibrahim a.s meninggalkan dia bersama Nabi ismail a.s di makkah tanpa apa apa bekalan demi perintah Allah.
Waktu inilah kita didik diri,isteri supaya bergantung harap hanya kepada Allah. Minta pertolongan hanya kepada Allah.
Waktu paling sebak dan menitis air mata saya adalah waktu masak dan makan. Yelah setiap kali makan walaupun outstation tetap akan hantar gambar makanan kepada wife.
Lagilah dirumah,sayalah orang yang super sibuk masak dan sepahkan barang dapur,riuh didapur bersama anak bagaikan nak masak untuk majlis kenduri.
BILA BERJAUHAN RINDU PADA PASANGAN
Ya Allah.. Rindunya saat ini. Rindu nak bersembang ketika masak,isteri bantu di dapur. Baru saya faham kenapa umar r.hu diam walaupun isteri membebel. Sebab umar r.hu tahu isteri sedang bercakap dan dia akan dengar dengan setia.
Sebab itulah saya selalu pesan. Pesan kepada diri sendiri. Jangan berkasar dengan isteri. Hargailah pasangan dan anak anak ketika mereka bersama kita.
Selalulah senyum kepada isteri,selalu pegang tangan isteri,selalu urut urut kaki isteri. Selalu ucap,hantar WhatsApp i love sayang,saya rindu awak,saya cinta awak.
Selalu beri hadiah kepada pasangan walaupun sehelai baju yang berharga RM20. Suapkan makanan kepada pasangan ketika makan,tunggu pasangan makan walaupun kita dah siap makan,minum air dari gelas yang isteri minum.
Tolong basuhkan pinggan yang isteri makan. Tengok isteri basuh tangan cepat cepat kita pergi basuhkan tangan dia. Jadilah suami yang romantis,yang manja dengan isteri,suami yang setia mendengar,suami yang buatkan isteri tergila gilakan kita.
Ada salah silap,sedikit kekurangan maafkanlah. Jangan berkira sangat dengan isteri jika dia nak itu ini selagi kita mampu. Layanlah pasangan kita sehinggakan sikit pun kekurangan dia kita tak nampak.
Saya ibaratkan ‘mati’ 3 hari.
Semuanya dikenang semula. Sehinggakan isteri potong kuku pun terasa besar sangat jasa dia.
Rupanya dah lama tak potong kuku sendiri. Itu belum lagi susah payah dia lahirkan anak,susukan anak berjaga siang malam,jaga makan minum kita,sehinggakan jika nak outstation semua keperluan dah siap.
Sahabatku semua. Hargai pasangan kita. Hargailah saat bersama isteri. Detik yang kita akan kenang saat nyawa isteri tercinta kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Isteri dan anak anak bukan nak apa apa pun dari kita melainkan perhatian seorang bapa kepada anak,perhatian seorang suami kepada isteri.
Akan hargai Jantung hatiku.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#Part2