“Pelik betullah, setiap kali masak kek mesti tak menjadi. Kadang-kadang tak berapa masaklah, kek tak mahu naiklah dan lebih teruk pernah juga hangit. Walhal, ikut resipi bulat-bulat, tetapi tetap juga tidak menjadi. Kenapa ye, apa sebenar masalahnya ni?”
Rungutan sebegini memang biasa didengar terutama buat kita yang kurang pakar dalam memasak kek. Hinggakan ada yang mengatakan menyediakan hidangan kek atau pastri ini sangat leceh dan tidak semua boleh menyediakannya. Skil memasaknya tidak sama dan perlu dipelajari.
Untuk itu, Shahidan Shuib yang berpengalaman memasak kek telah kongsikan beberapa tip. Semoga ia bermanfaat dan sedikit sebanyak menjadikan kita lebih berilmu dalam penyediaan hidangan pastri ini. Jom cuba!
Beli penanda suhu termometer (klip)
Walaupun setiap ketuhar/oven kita telah disertakan dengan alat penunjuk suhu ketuhar di luarnya, sebenarnya kita tidak boleh percayakan sangat penunjuk aras ketuhar tersebut. Mungkin, kita sudah membetulkan suhu kepada 170 darjah Celsius tetapi dalam ketuhar tersebut belum lagi sampai kepada 170 darjah tersebut. Atau, yang lebih teruk suhu di dalam sebenarnya melebihi 180 darjah Celsius, terlebih panas.
Ads
Oleh itu, letakkan penanda suhu di dalam dan pastikan berada di tengah-tengah. Cara ini mungkin menyelamatkan kek dan pastri anda daripada menjadi terlalu kering ( satu atau dua darjah Celsius memang mempengaruhi tekstur kek sama ada terlebih garing atau kurang masak (underdone).
Kenali ‘hotspots’ oven
Apakah itu? Tempat atau lokasi dalam oven yang mempunyai kepanasan yang tidak setara. Untuk menguji di manakah hotspots dalam ketuhar kita, kita uji dengan membakar roti kita. Susunkan kepingan roti. Dalam suhu kepanasan 180 – 190 darjah Celsius, bakar roti kita sekitar 7 minit. Atau, lihat dengan kerap kegaringannya.
Kemudian keluarkan dan lihat kepingan roti yang mana satukah yang terlebih hangit, garing dan yang mana menerima haba yang sekata?
Ads
Saya buatkan ujian ini pada oven ‘built in’ saya, bahagian hadapan sebelah kiri nampaknya menerima kepanasan yang lebih daripada tempat lain. Jadi, akan datang saya akan pastikan adunan kek saya diletakkan lebih jauh ke belakang sedikit. Cara ini membantu saya untuk meletakkan loyang kek besar atau kecil berdasarkan pengetahuan saya yang tahu ‘hotspot’ dalam oven saya.
Ads
Ekstra tip lagi tentang ketuhar
Sentiasa panaskan oven sebelum membakar kek dan pastri. Ini adalah peraturan paling asas. Jika kita siapkan adunan kek kemudian baharu masukkan ke dalam oven kemudian baru mahu panaskan oven, ini akan menyebabkan tekstur luar lebih keras dan dalamnya mungkin kurang masak.
Sentiasa letakkan kek betul – betul di tengah rak dalam ketuhar. Kepanasan suhu lebih setara dan seimbang.
Sentiasa menggunakan api atas dan bawah, kecuali jika resipi meminta hanya menggunakan api atas sahaja, atau api bawah sahaja. Contoh, ada beberapa resipi cheesecake yang meminta menggunakan api bawah sahaja untuk mengelakkan permukaan kek merekah. Mengapa menggunakan api dan atas bersekali? Supaya kepanasannya seimbang.
Loyang hitam lebih panas berbanding loyang yang berwarna cerah. Ingat itu. Penyerapan haba lebih pantas. Jadi, mahu buat biskut/cookies selalu gunakan talam/tray hitam atau perak? Ingat tentang ini.
Bawah 160 darjah ia menunjukkan suhu yang kurang panas. Sesuai untuk bakar kek yang memerlukan suhu rendah seperti kek keju, atau kek yang tekniknya ‘slow baking’. Selalunya, resipi kek kebanyakannya dibakar menggunakan suhu 170 darjah Celsius ke atas sehingga 180 darjah selsius. 200 darjah ke atas selalunya digunakan untuk membakar muffin atau kek chiffon. Suhu ini amat panas.
kredit gambar dan sumber : Shahidan Shuib
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak menyediakan hidangan buat keluarga bukan perlukan menu yang mewah. Cuba sahaja menu yang simple tapi boleh membangkitkan selera sekeluarga. Nak nak lagi waktu PKP ni kan, ibu-ibu punya banyak masa untuk mencuba resipi yang baru.
Idea minum petang hari ini. Puding Pisang Bersos Kastard. Serius senang je dan tak banyak bahan! Jom tengok perkongsian dari puan Linda Zaid.
Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul
Cara-cara:
– masak semua bahan sehingga pekat.
– dh suam masukkan ke dlm peti ais.
– letakkan pisang yg digoreng tadi kedlm piring, tuang kn sos kastard tdi dan – taburkan sedikit kismis.
– bahan hiasan terpulang pada masing2.
Sumber : Linda Zaid
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila bergelar ibu, pastinya ingin memberikan yang terbaik buat keluarga termasuk hal memasak untuk suami dan anak-anak. Kepuasan diri akan terasa apabila suami dan anak-anak memuji masakan anda. Air tangan ibu memang superb kan! Untuk menambah ibu lagi superb, apa kata cuba resepi viral dan mudah ini untuk ahli keluarga, malah boleh menjadi bekalan ke sekolah atau sarapan pagi. Yang pasti tak pedas, sesuai untuk anak-anak. Jom cuba ikuti resepi ini.
RESEPI SPAGHETTI CARBONARA
Bahan sos:
1 biji bawang besar Holland cincang
5 ulas bwg putih cincang
5 btg sosej
1 tin cendawan
2 tin sos cendawan carbonara Prego
1 liter susu segar
Lada hitam
Oregano flakes
Caranya:
1. Tumiskan bawang besar & bwg putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan.
5. Tuangkan susu. Perasakan dgn garam…siappp.
6. Spaghetti mcm biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.
* nak lg sedap tambah isi udang.
Sumber: Ruhaiza Bunyamin via Sedapnya Resepi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukankah lagi mudah bila kita beli barang-barang dapur dengan kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok? Jadi tidaklah perlu kerap ke kedai untuk membeli bahan-bahan masakan seperti bawang merah, bawang putih dan sebagainya.
Pun begitu, apa yang menjadi masalahnya jika tidak tahu cara betul untuk menyimpan bahan-bahan tersebut, ia akan cepat busuk atau rosak dan akhirnya menyebabkan pembaziran pula.
Tidak mahu perkara itu berlaku, apa kata anda praktikkan cara yang dikongsikan oleh Wan Rosni ini.
Tip Bawang Tahan Lama
1. Mula-mula beli bawang kat supermarket mana-mana yang uolls suka. Atau nak suh runner belikan pun boleh.
2. Pastu simpanla bawang tu dalam bekas-bekas bawang macam dalam gambar (ni bukan iklan ya).
3. Pastu kupaslah bawang tu untuk stok seminggu. Agak-agak family ramai kenalah kupas banyak lagi. Eloknya ajak anak-anak kupas sama-sama. Baru cepat siap.
4. Pastu bawang yang dikupas tu jangan basuh tau. Biarkan sekejap dalam pinggan macam contoh dalam gambar (bukan iklan jugak).
5. Pastu ambikla bekas macam dalam gambar (ni pun bukan iklan jugak) namanya snowflake. Bekas ni saiznya tinggi. So tujuannya kalau stok bawang yang dikupas tu banyak, muatla dalam bekas ni. Saya punya bawang kali ni tak penuh bekas, tapi nak guna jugak bekas ni.
6. Kenapa kena guna bekas ni? Sebab dia muat kat pintu peti sejuk rumah saya dan rumah anda juga😍 (bukan iklan lagi).
7. So bila nak guna, baru keluarkan yang nak guna je, baru basuh dan potong/blend/chop ikut keperluan resepi masakan anda.
8. Kenapa takleh basuh siap-siap? Sebab nanti bawang tu akan lembap dan akan berair dalam bekas tu. So nanti bawang tu akan cepat rosak.
Itu je tipsnya untuk hari ni. Sekian, terima kasih.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.