Bila Kena Batuk, Selesema Atau Lelah, Boleh Cuba Petua Ni Untuk Redakannya!

Share

Menyentuh tentang kesihatan anak-anak bila diuji dengan kesihatan mesti bimbang kita dibuatnya. Selain segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan, boleh juga amalkan petua orang dulu-dulu untuk meredakan kesakitan, andai serasi. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu tentang atasi sakit lelah dan perkongsian Muhammad Faiz tentang meredakan batuk dan selesema. Jom semak.

Petua Merawat Penyakit Asma atau Lelah Secara Tradisional

Petua 1: Petola

Kita biasa makan sayur air petola tetapi tidak tahu khasiat sebenar buah petola untuk tujuan merawat penyakit Asma.

Caranya: Ambil sebiji petola kemudian potong sedikit dan buangkan biji dan buat lubang di tengah-tengah. Selepas itu, masukkan beberapa biji gula batu ke dalam dan bakar petola itu hingga masak. Selepas masak, perah petola untuk menghasilkan jus. Amalkan meminum jus berkenaan.

Petua 2: Halia

Halia memiliki ramuan anti-asma yang baik. Cara pemakanan membabitkan halia amat banyak. Halia juga boleh dijadikan minuman yang mana lebih mudah disediakan. Amalkan meminumnya setiap hari dan galakkan anak-anak anda berbuat demikian.

Petua 3: Madu

Madu amat baik untuk mencairkan lendir yang terdapat dalam saluran pernafasan. Penyediaan mudah saja, anda juga boleh memakan madu terus atau menyediakan dengan mencampur dengan air suam. Semua sedia maklum bahawa madu memiliki banyak khasiat dan keistimewaan untuk merawat banyak penyakit termasuk mengurangkan batuk dan selsema di mana ia berkaitan dengan saluran pernafasan.

Masih terdapat pelbagai petua di luar sana untuk mengatasi penyakit Asma. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha untuk mencari penawarnya secara tradisional.

sumber : Ana Mahabu

Pun begitu jika anak sekadar batuk-batuk dan selesema, bolehlah amalkan petua ini yang dikongsikan oleh Muhammad Faiz Bin Hashim.

Bahan-bahan

Minyak johnson baby oil
Bawang putih
Bekas kedap udara

Cara buat pada gambar



1. Bakar bawang putih hingga hangus. Sekali dengan kulit



2. Buang kulit bawang dan masukkan dalam bekas kedap udara. Tuang johnson baby oil.



3. Goncang2..siap..sapu pada dada,belakang,tekak anak anda.