Bagi sesetengah antara kita, berkongsi resipi dan berkongsi gambar hasil masakan di media sosial itu bukanlah sesuatu yang rumit. Apatah lagi jika memasak menjadi kepakaran dan hobi, ingin juga dikongsikan untuk manfaat bersama.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Syarifah Al Wafa ini apabila berjaya menghasilkan kek kukus coklat cheese yang enak rasanya dengan menggunakan resipi yang telah pun dikongsikan di media sosial. Nyata hasilnya Puan Syarifah Al Wafa cukup berpuas hati.
Jadi apa kata, kali ini kita pula mencuba resipi ini untuk dijadikan menu minum petang bersama keluarga pada hujung minggu ini. Selamat mencuba.
“Alhamdulillah…Pestime cuba buat Kek kukus coklat lapis cheese … Subahanallah, memang lembut sangat.. Thanks share resepi ?.. Semoga rezeki kamu perpanjangan sayangku.”-Syarifah Al Wafa
Kek Kukus Coklat Cheese
BAHAN A :
1 cawan gula*
1 cawan susu cair*
1 cawan koko*
1 cawan minyak*
1/2 cawan susu pekat*
BAHAN B :
3 biji telur (A)
BAHAN C :
1 cawan tepung naik sendiri
Bahan untuk cheee :
250gm cream cheese*
60gm gula castur*
25 gm tepung gandum*
25 gm susu segar*
1 biji telur
Cara- Cara:
1)Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk.
2)Pukul bahan B sampai kembang dan gebu dan masukkan bahan A kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C dan kacau sampai sebati.
3)Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian,diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.
4)Setelah itu,tuangkan sekali lg sebahagian lg adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya..kukus hingga masak.
5)Siap angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.
Ekstra info :
*Loyang hendak lah disapu majerin dan dialas kertas minyak.
*Guna 1 loyang saja. Kukus selapis dulu adunan coklat selama 20 minit. Lepas tu letak cheese pula dan kukus lagi 20 minit. Last sekali letak yang coklat lagi dan Kukus 20 minit. Siap.
CARA-CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE :
1)Pukul semua yang bertanda * kecuali telur sampai gebu dan masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati siap leh la dikukus semuanya.
Best sangat rasa lembut jaaa
sumber : Syarifah Al Wafa