Bila Kebenaran Merentas Negeri. Ini Yang Kena Alert.

Share

Mulai 10 Jun kita semua dibenarkan merentas negeri. Tentu ada yang tidak sabar untuk pulang ke kampung.

Namun, dalam kegembiraan meraikan kebenaran ini, kita kena patuhi beberapa peraturan sebagaimana yang dijelaskan oleh Public Health Malaysia.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Kebenaran untuk merentas negeri telah diberikan, masyarakat juga telah diberi lampu hijau untuk melancong dalam negeri.

Ketahuilah, bahawa kebenaran ini adalah sebahagian dari strategi untuk membantu ekonomi, BUKAN bermakna kita telah bebas dari risiko.

Jika anda memilih untuk melancong, ketahui apakah sikap, tanggungjawab dan pengetahuan yang perlu anda galas sebelum memulakan perjalanan.

Lokasi dan aktiviti memainkan peranan penting. Jika anda nampak suatu lokasi kelihatan padat dan sesak, SKIP dan elakkan. Tempat tertutup seperti pusat membeli belah bukan pilihan yang baik untuk anda meluangkan waktu bercuti.

Pilihlah lokasi yang tenang, tidak padat, mempunyai banyak tempat terbuka, jauh dari orang ramai dan berunsur alam semula jadi. Luangkan masa untuk berehat di bilik/ homestay bersama keluarga adalah lebih baik sepanjang tempoh bercuti.

Anak anak adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Anda boleh biarkan mereka berlari dengan gembira di padang lapang, tepi pantai yang tidak sesak, taman rekreasi yang tidak sesak BUKAN di tempat padat dan tertutup seperti pasaraya.

ALERT JADUAL

ALERT UNDANG-UNDANG

JAGA PENJARAKKAN DAN KEBERSIHAN

Sumber: Public Health Malaysia