Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi membuat pengumuman khas darurat. Dalam perutusan tersebut Perdana Menteri menjelaskan pengisytiharan darurat yang diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera dan tiada perintah berkurung.
“Selain peningkatan mendadak kes positif COVID-19, terdapat beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan Kelantan yang sedang mengalami bencana banjir yang besar yang telah secara langsungnya turut menjadi ancaman besar terhadap keselamatan dan kehidupan ekonomi rakyat.
“Seperti yang telah saya jelaskan semasa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semalam, kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat. Oleh itu, Kerajaan perlu mempunyai kuasa-kuasa tertentu bagi memastikan wabak ini dapat dibendung dengan lebih berkesan dan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan kepada rakyat tidak lumpuh.
“Setelah mempertimbangkan nasihat Jemaah Menteri, Seri Paduka Baginda telah berpuas hati bahawa adanya keperluan mengeluarkan Proklamasi Darurat bagi membolehkan Ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 bagi memperuntukkan kuasa-kuasa perlu untuk mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 dengan lebih serius di negara ini.
Ads
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan seperti yang dibimbangi rakyat.
“Sebaliknya sepanjang tempoh darurat ini, kerajaan awam akan terus berfungsi. Biar saya tunjukkan kerajaan pembangkang juga akan berfungsi.
“Daripada segi pentadbiran kerajaan, jemaah menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan oleh YDPA dari semasa ke semasa.
Ads
“Saya memberi jaminan bahawa jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini,” katanya dalam Pengumuman Khas Darurat hari ini.
Dalam pada itu menurut Muhyiddin, PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya.
Ads
“Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan. Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.
“Justeru, saya memberikan komitmen yang tegas bahawa Pilihan Raya Umum akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya adalah selamat untuk diadakan.
“Pada masa itu, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak untuk mentadbir negara ini dan menjaga kebajikan saudara dan saudari sekalian. Inilah komitmen dan akujanji saya yang akan saya tunaikan, insya-Allah.
Berikut antara intipati pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi:
Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan #COVID19 daripada menjadi serius.
Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi.
Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan.
Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat.
Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam.
Aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tertakluk pematuhan SOP.
Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti akan terus main peranan sebagai pemudahcara pasaran
Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan.
Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.
PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa #COVID19 telah reda atau pulih sepenuhnya.
Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah #COVID19.
Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan.
Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani #COVID19 dan urus ekonomi negara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Negara Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak, lagi-lagi kita bercampur dengan adat dan budaya Melayu, Cina dan juga India.
Roti canai merupakan makanan yang berasal dari India. Namun apabila di bawa masuk Malaysia, ia menjadi kesukaan dan makanan ruji orang Melayu. Namun ada juga orang melayu yang membuat roti canai juga, kalau kta perasan roti canai melayu dengan ‘mamak’ ada rasa yang beza dan mempunyai peminatnya tersendiri.
Baru-baru ini tular di media sosial satu gerai makan roti canai yang membuat satu inovasi yang tak ada pada kedai roti canai yang lain, iaitu roti canai pelangi.
Roti Canai mempunyai pelbagai warna dan perisa kini menjadi tarikan pengunjung untuk bersarapan di Selangor.
Ada beberapa jenis perisa buah-buahan iaitu Durian, Strawberi, Jagung, Epal Hijau dan Keladi. Betul-betul next level dia punya Roti Canai!
Memang tak pernah terfikir untuk buat roti canai berperisa sebegini. betul-betul kreatif pemilik gerai tersebut.
Bagi yang ingin cuba, anda boleh terus ‘waze’
Warung Dimyati Roti Canai Pelangi, Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Nampak menari betul, tengok gambar saja sudah tahu roti canainya rangup
Tapi kalau dah viral ni comfim-comfirm ramai orang. Tapi apa salahnya kita support lokal, yang penting jaga penjarakan tau, Cik ‘COVID’ masih tak hilang lagi!
Anak ini anugerah terindah dari Dia buat pasangan suami isteri. Status bergelar ibu dan ayah itu adalah momen yang cukup bermakna. Namun, kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga adakalanya membuatkan kita alpa dengan tanggung jawab pada anak-anak.
Jangan anggap dengan menyediakan keperluan dan makan minum mereka sudah memadai. Sebaliknya perhatian dan kasih sayang itu yang mereka perlukan. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Ariff Ismail .
LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK
Bila anak makin membesar ni masa terasa sangat laju. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun. Jasad kecil yang di sambut dulu kini dah menjangkau usia 2 tahun. Makin lincah makin keletah.
Pandai merajuk, pandai ikut apa yang kita cakap, makin mesra dan keletah yang tak kan pernah buat kita kering gusi dan terhibur. Masa kecil ni lah masa terbaik untuk kita luangkan masa bersama mereka.
Banyak lakukan aktiviti luar bersama anak anak untuk ajar mereka ” explore ” sesuatu yang baru. Dia nak pegang pasir biarkan, mereka nak masuk dalam air biarkan. Mereka sedang belajar sesuatu yang baru.
Bila kita luangkan masa bersama anak, waktu terasa begitu laju bergerak. Rasa macam baru satu malam pergi bercuti, tapi hakikat nya dah 4 hari tanpa kita sedar waktu berlalu. Tawa, tangis, gurau senda serta ragam anak menjadi pengubat keletihan kita.
Rasa setiap detik dan waktu begitu berharga. Bila dengan anak ni, kita rasa nak hari hari bercuti bersama mereka. Mencipta memori indah bersama anak. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak.
Tak perlu kita berhabis beribu ringgit, anak ni kita bawa pergi main tepi pantai pon mereka dah seronok. Nak bawak melancong keluar negara macam Che Ta belum lah mampu lagi. Bawa bercuti dalam Malaysia pon jadi lah.
Yang penting ” moment ” bersama mereka. Kenangan yang sangat indah bila boleh luang masa dengan anak. Jangan bagi alasan ” tiada masa ” dan ” kurang mampu “. Esok esok mereka dah besar mereka cakap tak ada masa dan tak ada duit nak jenguk kita jangan tanya kenapa!
Menyediakan stok cili yang dikisar mestilah tujuannya untuk memudahkan kita memasak dan kalau boleh sekali buat biarlah tahan berminggu-minggu boleh digunakan.
Pun begitu, tidak dinafikan kalau silap gaya menyimpan stok cili kisar ini pasti akan ada seakan kulat putih di bahagian atas.
Bila jadi begitu, mesti ragu-ragu juga untuk digunakan. Masih boleh digunakan ke? Atau perlu dibuang sahaja?
Tidak mahu dibelenggu dengan perasaan dan masalah tersebut, apa kata anda cuba teknik yang dikongsikan oleh Huda Zainal. Menurutnya telah setahun mempraktikkan kaedah tersebut dan terbukti berkesan.
Ini perkongsiannya.
Semenjak kahwin memang tak pernah beli cili boh atau cili giling ready made. Ni sebab terinspirasi dengan ibu mertua.
Cuma masalah utama kalau dah buat stok banyak-banyak cili blend ni akan naik kulat putih bahagian atas.
Bukan tak pernah cuba macam-macam petua. Blend dengan minyaklah, masuk bawang putihlah, letak asam kepinglah. Namun lebih daripada 3 minggu kulat putih tu tetap akan muncul.
Semenjak guna method Youtuber Melisa Maker ni. Alhamdulillah, lebih daripada sebulan pun lansung tak naik kulat.
Teknik ni Melisa Maker guna untuk simpan cheese dan yogurt. Sebab cheese dan yogurt pun akan muncul kulat bahagian atas.
Jadi terfikir untuk buat simpanan terbalik ni untuk cili blend. Sekarang dah nak hampir setahun guna teknik simpan terbalik ni.
Bila terbalik, udara akan berada diatas. Ruang vakum akan terbentuk. Itulah punca kulat tak muncul.
Cuma masalah nak simpan terbalik ni, memang kena cari balang yang betul-betul kedap supaya tak terkeluar atau meleleh air cili tu.
Mula-mula dulu sebelum betul-betul nak pastikan penutup balang jenis kedap. Akan terbalikkan dalam bekas lain dulu. Kalau ada air meleleh keluar maknanya, penutup tu tak cukup kedap.
Sekurang-kurangnya dia meleleh atau terkeluar pun dalam bekas. Tak lah jenuh kita nak mengelap satu peti ais kan?
Ni saya guna balang kaca paste tomyam Thai aje. Alhamdulillah elok kedap tak meleleh air cili blend tu.
Dah lebih setahun saya buat teknik ni. Maaf sangat sebab baru share. Nak bagi betul-betul yakin teknik ni memang berkesan. Baru boleh kongsi dengan orang lain.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.