Kadang-kadang, hidup beri kita ujian yang menggoncang emosi. Bukan tentang wang ringgit semata-mata, tapi tentang nilai, penghormatan, dan rasa syukur. Ada kalanya kita sanggup berkorban apa saja demi anak, namun yang kita harapkan cuma satu – mereka menghargai. Tapi apa perasaan seorang ibu bila pengorbanannya disambut dengan perangai yang menyakitkan hati?
Sebagaimanana perkongsian saudara Abu Hurairah Roslan yang kecewa dengan sikap anak yang tidak menghargai pengorbanan ibu bapanya.
Baca sampai habis, kerana kisah ini mungkin buat kita berfikir semula tentang cara kita mendidik anak-anak untuk menjadi manusia yang lebih bertimbang rasa dan tahu bersyukur
Paling sedih sepanjang hari yang amat memenatkan,
Bila seorang ibu yang dah kumpul duit berbulan lama, malah saya dah bagi diskaun yang cukup banyak,
Bila sampai hantar laptop punya jauh, anaknya tak mahu laptop tu.
“Encik boleh patah balik tak?”
“Eh kenapa? Laptop ada masalah?”
“Tak. Anak kata berat. Nanti takut bahunya terseliuh”
Darah saya naik. Saya tak boleh tahan dah. Dari awal datang dengan buat muka, saya terangkan tentang laptop tak dengar. Pegang phone dan main phone sepanjang saya terangkan.
Saya tekan minyak. Saya nampak dah budak ni dari jauh. Tak padan dengan umur baru tingkatan berapa.
Saya dah nak menjerit rasa.
Ads
Tapi ibunya tahan saya.
“Encik tolong encik. Soryy. Soryy. Saya ambik laptop ni. Nanti saya jual pada kawan ke. Sorry. Maaf encik”
Sambil tangannya nak menahan saya dari mendekati anaknya, tapi saya juga elak. Sebab syariat kan. Cuma saya tak mampu tahan.
“Apa masalah kamu ni? Mak kamu sanggup berhutang dengan saya. Nak beli laptop ni. Berat apanya? Sampai nak patah bahu?”
Saya tak mampu tahan. Saya minta maaf banyak-banyak pada puan ni. Kalau terasa dengan tindakan saya. Saya dah cukup sabar.
Sebab bukan kurang ajar dengan saya, cuma sikapnya terhadap maknya. Yang berkorban siang malam demi sebuah laptop.
“Maaf encik. Maaf. Tolong jangan marah anak saya”
Saya istighfar banyak kali.
Ads
Saya minta maaf pada puan ni banyak kali.
Mata saya tak berkedip memandang seorang anak yang tak kenang budi!
Saya minta maaf sekali lagi, saya nak pergi. Saya bagi semula duit tunai yang puan ni bagi. Saya tak nak laptop tu. Ambil lah dan gunalah.
Dan,
Ini bukan sekali saya kena dan lalui.
Dah banyak kali.
Saya tidak salahkan ibu bapa yang terlalu memanjakan, atau mengikut kehendak anak.
Ads
Ada ayah yang jual motor sebab anak nak guna macbook air M1 yang harganya beribu, sedangkan bila tanya ambik course engineering ke sampai nak kena guna mac, rupanya sebab tak nak kalah dengan kawan.
Ada mak gadaikan emas sebab anaknya nak Hp victus 16 yang harganya lebih RM3500 sebab rupanya nak lanyak permainan dalam talian saja. Sedangkan beli laptop secondhand harga rendah pun boleh guna dah.
Entahlah.
Saya cukup penat dan letih berhadapan situasi begini.
Banyak kali tahan, yang tadi hampir nak dilepaskan. Saya tak mampu. Tak mampu lihat wajah ibu ayah yang sayu bila anak buat perangai begitu.
Semua budak yang perangai begini, saya tinggalkan satu pesan saja.
“Satu hari nanti kalau kamu hidup tanpa ada satu sen pun, kamu sampai berguling-guling nak cari rezeki, ingatlah apa yang kamu dah buat apa hari ini”
Buat ibu dan ayah,
Pesan saya satu saja. Kerana saya juga seorang ayah.
Jangan jadikan anak-anak kita sebagai tuan. Didiklah mereka dengan bersyukur dan cukup dengan apa yang ada.
Seperti sudah menjadi trend di majlis perkahwinan hari ini tetamu yang hadir bukan lagi dihadiahkan dengan bunga telur semata-mata atau sebunjut beg kertas yang diisi dengan pelbagai jenis makanan ringan seperti keropok mahu pun gula-gula.
Malah menariknya jika menjadi tetamu di majlis perkahwinan hari ini, pulangnya kita sekeluarga akan dibekalkan dengan pemberian tanda kasih pengantin yang cukup kreatif atau ayat yang lebih tepat, suatu pemberian yang cukup rare!
Mungkin ada antara kita mempunyai pengalaman tersebut,pelbagai bentuk hadiah dan ole-ole diterima daripada keluarga pengantin dan keunikan ini seronok juga untuk kita kongsikan di media sosial.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nornafishah Zamry -Omma yang telah menghadiri majlis perkahwinan pada beberapa hari yang lalu dan mendapat gift bihun daripada pengantin.
Rupanya Bukan Kita Je Buat Begitu
Ini pula respon kenalannya dan terbukti rupanya di negara jiran kita juga telah lama mengamalkan adat memberi barangan makanan kepada tetamu yang bertandang.
Selain itu turut dikongsikan beberapa lagi pemberian rare yang pernah di terima Nor Scha, Aishah Mazlan dan Azie Cotton iaitu berupa kicap jalen yang comel.
Selain itu, tidak dinafikan masih ramai juga yang mengekalkan memberi bunga telur, dan ini antara bunga telur yang cukup special dan lain daripada yang lain diterima oleh Lysa Asraf dimana bunga telur tersebut dikait dengan benang.
Manakala meninjau di twitter, perkongsian daripada @aleeyahawyeah berkongsi apa yang telah dibawa balik oleh ibunya setelah pergi kenduri kahwin, iaitu door gift berupa sebekas tupperware berisi mi segera.
Dan ini pula bolehlah dikatakan cukup kreatif dan rare melalui perkongsiang PU Ng Koq, yang dikatakannya cukup cool dapat door gift dari wedding di Muar yang dihadirinya pada dua tahun yang lalu.
Bunga telur yang dibuat dengan menggunakan kulit kayu manis dan dihias dengan bunga-bungaan. Cukup kreatif dan bolehlah dijadikan idea untuk bakal pengantin yang lain pula.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa tak terpikat dan jatuh hati bila dilayan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Lebih-lebih lagi kanak-kanak, hati mereka lebih murah terpaut dan melekat kepada individu yang berjaya menawan hati mereka.
Agaknya itulah yang memikat hati Maryam, anak kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar yang dilihat sangat mesra dengan ibu tirinya, Fazeera Nazri Azrai.
Mana tidaknya, menerusi perkongsian di Tiktok boleh dilihat bagaimana akrabnya hubungan mereka. Malah Maryam begitu menyayangi adiknya, Wan Khaleeda.
Fazeera kelihatan sangat lembut dan sabar melayan kerenah anak sulung Fizo itu ketika menjaga puterinya, Wan Khaleeda.
Dalam perkongsian tersebut, Fazeera sempat meluahkan rasa syukurnya melihat kedua-dua puterinya saling menyayangi antara satu sama lain.
“Umi sangat happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bila,” tulisnya.
Umum tahu, Maryam merupakan anak sulung Fizo hasil perkongsian daripada perkahwinannya bersama bekas isteri, Mawar Karim.
Melihat keakrabannya menjaga Maryam dengan penuh kasih sayang, rata-rata warganet memuji sikap Fareeza yang melayan anak tirinya itu seperti anak kandungnya sendiri.
“Nampak macam Maryam pulak anak kandung dia. Muka nak sama.
“Kalau semua mak tiri macam ni, mesti aman dunia. Baik je umi.
“Kalaulah mak tiri dalam dunia ni macam ni. Tapi saya tak dapat pun macam ni. Lagi dia buat saya kena buang dengan ayah sendiri adalah. – Komen salah seorang netizen.
@iamfizoomarumi sgt happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila2. ❤️
Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak berkongsi kegembiraan berjaya memiliki kereta baru hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.
Berita gembira itu dikongsikan kepada umum baru-baru ini di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, syukur rezeki pembukaan tahun 2023.
“Terima kasih yang support saya beli AirJagung Amirreka HQ dan kongsi rezeki shooting dengan saya. Ini adalah hasil daripada anda yang ikhlas support dan percaya kepada saya,” katanya.
Sebelum ini Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkongsi foto kenderaan barunya iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza beserta no plat AME12 beserta penerangan bahawa no plat tersebut bukanlah yang sebenar.
“Plat saya empat angka. Saya edit tutup belakang lagi dua angka sebab tak mahu tunjuk nombor penuh,” kongsinya.
Namun, dek kerana salah faham yang berlaku Amir sekali lagi memuat naik foto keretanya dengan no plat yang betul dan sekaligus memuat naik permohonan maaf kepada tuan no plat tersebut kerana menimbulkan salah faham sedemikian.
“Saya rasa lepas saya post gambar bersama kereta tadi, ada missed communications sebab orang anggap nombor saya 2 angka tu. Sebenarnya ni nombor saya yang betul iaitu AME 1219 ,nombo 19 yang belakang tu tarikh lahir saya.. Gambar penuh plat sy tadi saya edit.
“Dengan ini saya mintak maaf jugak banyak-banyak kepada owner nombo plat AME 12 🙏🏻🙏🏻” tulisnya pada entri baharunya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.