
Rumah kediaman adalah rumah untuk kita melakukan pelbagai akiviti bersama keluarga. Salah satunya tentunya memasak masakan buat keluarga. Namun pada masa yang sama, mempunyai hubungan yang baik dengan jiran.
Namun, hidup berjiran ini ada cabarannya. Sebagaimana yang dialami oleh wanita ini. Beliau berkongsi mengenai memo yang mendapat teguran daripada jiran yang mengadu terdapat bunyi tumbukan lesung batu sehingga menggangu kejiranan.

Mungkin ada yang pernah lalui situasi sebagaimana yang dilalui wanita ini. Menariknya perkongsian ini telah mendapat pelbagai pandangan daripada netizen.
Ikuti perkongsian ini.
Nak cakap macam mana ye dengan jiran yang tegur macam ni emmm serba salah pulak emm.
Yang tahu je tahu.
Sebab orang tuduh rumah kami, tapi rumah kami dengar bunyi tu dari rumah lain…jeng jeng jeng. Rumah kitorang jarang masak apatah lagi nak ketuk…guna blender je.
TAPI INI YANG TERJADI
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://cdn.keluarga.my/2020/09/whatsapp-video-2020-09-08-at-2.35.21-pm-08_07_096458.mp4Apa yang pasti perkongsian ini telah menarik perhatian ramai. Masing-masing mempunyai cerita dan padangan tersendiri.
Kredit: Batrisyia Nasri
Rumah Nampak Mewah, Kemas & Super Cantik Walaupun Ruang Kecil. Begini Cara Dekonya!

Memiliki rumah yang kecil dan sempit bukaannya bukanlah alasan untuk kita membiarkan tidak berhias dengan cantik. Lihat cara wanita cantik ini menghias rumahnya. Sangat hebat!
Seorang pengguna facebook, Watiey Abdullah telah berkongsi dekorasi yang amat menarik di akaun facebooknya bagaimana beliau mampu mengubah ruang kecil menjadi lebih menarik.
Kami kongsikan untuk anda, dan anda boleh mencuba mendekorasi rumah supaya nampak lebih cantik, kemas dan mewah walaupun hanya menggunakan barangan dari Kaison, Ikea dan sebagainya.
IDEA DEKORASI UNTUK RUANG KECIL. Boleh share kalau suka


Hobi baru, bila cemuih makeup..Kadang-kadang bila travel sana sini, duduk hotel, rasa mcm seronok nya kalau hari-hari dapat duduk hotel. Design minimal, kemas. Lepas ni kelas makeup area Melaka @ Negeri Sembilan Watiey buat dekat rumah je.yeayyy.So alhamdulillah, lepas 2 bulan dapat kunci, dah complete sama mcm apa yang me and my husband rancang konsep rumah. so nak share la hasil dekorasi sendiri rujukan dari internet.huhu.
Walaupun tak besar mcm rumah Aliff syukri (haha), tapi setiap sudut tu ada ciri-ciri yang masing nak..tq cik abang Farhad Hassan sebab tolong realisasikan .


Tips nak deco rumah?1) bincang konsep rumah sebelum mula masuk rumah.So nanti takda membazir beli barang merapu tak tentu hala (walaupun ada juga terbabas )
2) dapat kan persetujuan dua-dua suami isteri
3) kalau isteri tak setuju, ulang step 1
4) kos? jgn terburu-buru. buat ikut bajet. mcm kita orang, masing-masing contribute untuk dapatkan barang yang nak. Duit saving untuk berjalan bercuti beli makeup beli segala benda la kami korbankan untuk deco rumah. Jangan smpi buat loan.
RUJUKAN MANA DAPAT BARANG?
Barang elektrik – House of lighting, Puchong


Furniture – IKEA, Lazada

Deco – IKEA, Kaison, Mr DIY

Custom dining table – stuckwoodbyakubotak






Custom pallet bed – pine pallet by Al Siddiq



Vinyl Flooring – Al-Aqsa CarpetLangsir – takpayah laaa. mana-mana pun sama. haha
wallpaper – korea wallpaper
hard pipe / dark oak solid wood loft – DIY MART


Tadaaaa. Watiey suka warna-warna sejuk suram kelam ? So warna utama grey beige then tambah pokok-pokok je nak bagi ada warna hijau sikit untuk nampak fresh. Dah siap deco pon still nampak ada ruang lagi, yang penting mesti cozy supaya nak lepak baca buku ke ape rasa rilek je ? Dinding kami biar kosong sebab taknak nampak crowded sangat.
Modern contemporary or industrial?..ye ke? hahaha.
Bahagian depan dah ada kerusi bagai..so area ni nak bagi nampak kosong dan luas dekat lantai kita pasang hard pipe + dark oak solid wood by DIY MART ?.
DINING ROOM..masa mula tengok macam ala sempitnya..sebab dah la suka masa masak tapi space alahai ?. Macam mana nak bagi nampak cantik dan selera nak masak????
Tadaaaa. ?So Watiey dan hubby decide buat konsep ala-ala macam cabin gitu. Warna-warna batu dan hijau buat nampak sejuk je ☺️. Meja memang dari dulu suka tengok meja kayu. Nak ada elemen natural. Memang favourite area ni suka lepak-lepak ngan husband kat sini sbb ‘rasa’ sejuk. Nanti nak tambah fountain boleh dengar bunyi air ala-ala kat sungai. Aduhh..
Hijau-hijau mesti ada, baru la mata dapat rehat. Tambah pokok hiasan sikit dengan wallpaper natural ada lumut-lumut hijau. Tenang nak makan
Bar area. Dua-dua kaki coffee. Jadi sini la tempat melepak macam zaman-zaman bercinta sambil perah coffeemaker tu ??
Ruang dapur memang sangat kecik so tak dapat nak letak banyak barang atas table top nanti nampak semak.So pakai la troli bergerak tu untuk jimat ruang.:)
Guest room, duk gaduh laki bini nak buat konsep apa. haha. Konsepnya, nak bagi guest tidur sampai tak nak balik. Hijau mesti ada, tambah dengan wallpaper bricks + hardpipe/dark oak solid wood. Tak payah guna almari makan ruang. Guest boleh guna pipe tu je nak gantung.
Finally my makeup room! dah cop siap-siap..hahaha. Sini la semua karya-karya Watiey terhasil. Thank you sudi baca sampai habis.
selamat mencuba!
SUMBER : Watiey Abdullah
Azura Karim Kongsi Majlis Bertunang Anak Lelaki, “Ramai Kata Rupa Bakal Menantu Iras Azura”

Isi Kandungan
ToggleAzura Karim kongsi majlis bertunang anak lelaki, “Ramai kata rupa bakal menantu iras Azura.” Azura Abdul Karim, meskipun tidak lagi bergelar pengacara dan pembaca berita namun bakat Azura tetap dikagumi ramai. Apatah lagi peminat masih boleh mengenal suara penyampai otai ini yang unik dan tersendiri.
Baru-baru ini Azura sempat berkongsi foto majlis pertunangan anak lelaki sulungnya, Syadhamier yang berlangsung 4 Mei lalu. Wajah keibuan jelas terpancar pada wajahnya saat majlis berlangsung.
“Anak lelaki sulung saya telah bertunang dengan @kamiliazlkli dan akan melangsungkan perkahwinan pada November ini.
“Semoga ALLAH Azzawajalla permudahkan untuk kamu berdua Dhamier dan Mia.
“Tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan Mia secara rasmi dalam keluarga kecil kami,” kongsi Azura.
Hantaran Azura tentang pertunangan anaknya itu dibanjiri dengan ucapan tahniha daripada warga maya. Ramai yang mengatakan bakal menantu seiras wajahnya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Bekas pengacara Majalah Tiga dan Wanita Hari Ini, kini sedang meniti usia 50 tahun. Azura aktif mengusahakan bisnes miliknya iaitu Deco Patch by Azura Karim. Antara produk yang dihasilkan termasuklah beg, kole dan tiffin.
Pernah mencipta sejarah dalam dunia penyiaran Malaysia apabila muncul sebagai penyampai berita pertama berhijab penuh di kaca televisyen, perkembangan Azura sering diikuti oleh para peminatnya.
Untuk info, Azura memiliki lima orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan juru terbang.
Sumber: Instagram Azura Karim
Baca artikel lain juga: Solat Istikarah Sebelum Sambung Pengajian, Anak Pembaca Berita Popular Raih Keputusan Cemerlang Di England. Ini Barulah ‘Beauty With Brain’.
Ezzah Aziz Fawzy, Macam Tak Percaya Cecah Usia 61 Tahun, Nenek Tiga Cucu Ini Tetap Nampak Anggun
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Berpeluh Ayah Hantar Anak Ke Sekolah 2KM, Tapi Cara Cikgu Fadli Undang Sebak Netizen

Sebak dengan perkongsian cikgu Mohd Fadli menerusi facebooknya.
Dia yang sudah lama tidak membuat coretan di facebook milknya tidak menyangka perkongsiannya itu mengundang sebal dikalangan netizen.
Katanya, perkongsian itu untuk meluahkan rasa kagum kegigihan seorang ayah untuk memberikan pendidikan buat anaknya.
Mana taknya, motorsikal ayah ditarik akibat tidak menjelaskan bayaran bulanan.
Meraikan hari kecemerlangan anaknya, ibu ayah ni sanggup berjalan kaki sejauh 2KM ke sekolah.
Biar peluh membasahi baju, dia tetap menemani anak ke sekolah bersama isteri hanya berjalan kaki!
Sebak kesusahan yang menimpa, cikgu Fadli mengambil inisiatif membelikan kenderaaan baru buat keluarga ini.
Sinar baru buat keluarga ini, anaknya tidak lagi perlu ke sekolah berjalan kaki setiap hari.
Ikuti perkongsian cikgu Mohd Fadli ini.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Seorang guru pra perasan murid yang sampai ke sekolah setiap hari berpeluh-peluh. Sedangkan sebelum ini tak begitu.
Anak itu biasanya dihantar oleh kedua ibubapanya. Semua mereka berpeluh di awal pagi.
Setelah diselidik, rupanya mereka berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Sekitar 2km juga jaraknya.
Motor si ayah kena tarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak 4 bulan. Masa tu dia tengah buat job grab. Sumber pendapatan utama keluarga.
Lepas hantar barang, pergi tempat parking motor, motor hilang. Ada brader bagi surat tunggakan AEON beribu jumlahnya.
Terduduk si ayah. Motor kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Menung panjang jugalah.
Namun dia bapa yang bertanggungjawab. Motor tak ada, anak pula minat nak pergi sekolah, setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki.
2km pergi, 2km balik. Kemudian masa pulang kena jalan lagi 2km pergi, 2km balik. 8km ulang alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu.
Kelmarin, anak dia dapat Anugerah Cemerlang pra sekolah. Masa tu aku dikenalkan dengan si ayah yang tabah ini oleh guru pra.
Hari ini, Hari Orientasi Tahun 1 anak dia. Datang hantar anak bersama isterinya. Dengar taklimat dan tunggu sampai habis program.
Tak ramai ayah yang sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakil kat ibu je. Ni dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walau dia sendiri tak ada SPM.
Dia dari keluarga susah 10 orang adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di Tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.
Dan hari ini, dia masih berkata pada aku memang dia suka belajar. Dia dulu nak jadi cikgu. Namun nasib keluarganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna.
Bagus sungguh semangat si ayah. Aku cukup suka orang seperti ini. Menjaga hak anak-anak dan pentingkan pelajaran.
BELI MOTOR BARU
Habis program tadi, aku suruh dia tunggu depan pagar sekolah. Aku hantar keluarga mereka pulang, sebaik dia nak turun aku tahan.
“Abang ikut saya. Kakak dan anak naik rumah lah”.
Pelik si ayah. Namun dia patuh saja. Aku bawa ke kedai motor di Batu Caves.
“Bang. Nak motor mana?”
“Eh cikgu. Apa ni?”
“Pilih motor. Nak motor mana?”
“Cikgu nak belikan untuk saya ke?”
Aku angguk kepala. Bergenang terus mata dia. Dalam sebak dia berkata,
“Cikgu pilih yang mana-mana pun. Saya okey je”.
“Abang la pilih. Abang yang nak guna”.
“Eh tak cikgu. Saya tak mampu nak memilih. Apa yang cikgu pilih, saya terima saja”.
Aku pertimbangkan 2 biji motor tadi. Satu Honda Dash tahun 2015, harga RM3100. Satu lagi motor baru, SM Sport, harga RM3600.
Seller syorkan SM Sport. Enjin ex5. Senang spare part dan murah. Lagi pun motor baru. Tak ada banyak masalah.
So kami proceed ambil SM Sport. InsyaAllah Selasa or Rabu ni setel la urusan JPJ dan boleh ambil motor.
Masa pulang tadi, berkali-kali dia ucap terima kasih.
“Cikgu. Saya tak tahu nak balas budi cikgu macamana. Saya doakan cikgu terus murah rezeki”.
“Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain bila abang senang sikit di hari akan datang. Dan sumbangan ini bukan dari poket saya seorang. Doakan semua penyumbang ya”.
“InsyaAllah cikgu. Terima kasih banyak-banyak”.
Dan dia melangkah keluar kereta menuju ke rumahnya dengan pelbagai rasa.
Yang pasti, mesti dia tak sabar nak cerita kat anak isteri,
“Minggu depan kakak dah tak perlu pergi sekolah jalan kaki. Ayah hantar naik motor baru”.
Mesti anak tersenyum gembira. Isteri hati berbunga. Satu masalah besar yang menimpa, satu bebanan berat yang mengusut kepala, satu punca pendapatan utama yang pudar sinarnya, kembali bercahaya.
Sebuah motor yang disyukuri dan InsyaAllah membantu menaikkan semula ekonomi keluarga ini.
Terus gigih usaha tanpa tinggalkan doa bang. Solat jangan tinggal. Buat baik pada sesiapa sahaja selalu.
InsyaAllah suatu masa nanti akan banyak kesenangan akan datang.
Sumber: Cikgu Mohd Fadli
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club