Hubungan suami isteri diakui memang banyak cabarannya, dan untuk mengekalkan keharmonian alam perkahwinan hingga hujung nyawa bukanlah mudah. Perlu pengertian, pengorbanan dan keserasian di antara suami dan isteri.
Berkongsi detik bahagia buat puan Napisah Noor, 56 dan suaminya Abdul Latiff Abdul Rahman, 56 sempena 30 tahun melayari bahtera rumah tangga, telah merakam gambar kenang-kenangan ala-ala pre wedding yang nampak begitu romantis sekali.
“Saya bukan mahu menunjuk bahagia tetapi apa yang dilakukan ini sebagai kenangan saya dan suami sempena 30 tahun melayari bahtera rumah tangga,” kata Napisah Noor.
Demikian respon Napisah apabila gambarnya bersama suami, Abdul Latiff Abdul Rahman, 56, tular di media sosial memakai busana pengantin berwarna peach merakam gambar kenangan ala ‘pre-wedding’ di Langkap, di sini, sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-30.
Memetik berita yang dikongsikan di myMetro, difahamkan gambar mereka mendapat perhatian warganet yang memberikan idea untuk sambutan ulang tahun perkhawinan nanti selain ramai yang turut mendoakan suami isteri berkenaan.
Napisah berkata, idea untuk merakam gambar itu daripadanya sendiri sebagai kejutan untuk suami sempena ulang tahun perkhawinan mereka ke-30 pada 12 November lalu yang juga hari lahirnya.
Kejutan Buat Suami
Menurutnya, dia mendapatkan khidmat jurusolek daripada anak angkatnya, Normaizatul Azawiyah yang membantu merealisasikan ideanya itu.
“Idea datang secara spontan dan hanya suka-suka saja untuk meraikan hari lahir dan ulang tahun perkhawinan kerana perancangan anak yang mahu membawa kami bercuti ke Port Dickson terpaksa ditunda.
” Saya kemudian meminta suami yang berkerja sebagai pemandu lori mengambil cuti dan kononnya mahu memberikan kejutan tetapi terpaksa memberitahu pada Rabu lalu kerana kami perlu mencuba baju pengantin,” katanya yang tinggal di Kampar ketika dihubungi, hari ini.
Kenangan Untuk Keluarga
Menurutnya, suaminya tidak menolak, malah menyokong apa dilakukan asalkan dia gembira dan suaminya bersama anak juga memberikan kejutan hadiah padanya.
“Saya suka bergambar berbanding suami dan dia juga jarang senyum ketika mengambil gambar. Sepanjang proses merakam gambar itu suami nampak gembira dan tersenyum, itu yang membuatkan anak-anak mengusiknya.
“Semua ini hanya untuk kenangan keluarga kami. Sementara masih ada masa bersama saya mahu manfaatkan dengan detik indah selagi ia tidak melampaui batas,” katanya.
Napisah berkata, ia juga mengembalikan memori ketika melangsungkan perkhwinan mereka dahulu dan anak juga gembira melihat mereka kembali menjadi ‘pengantin’.
“Anak-anak seronok dan tak sangka saya akan buat begini. Alhamdulillah, kami juga banyak mendapat respon baik selepas gambar tular di media sosial, ada tumpang gembira dan mahu mengikut idea ini,” katanya.
PELAKON Hisyam Hamid menyatakan bahawa beliau masih belum bersedia untuk memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.
Hisyam Hamid dan isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel berkahwin pada tahun 2006.
Sejak setahun lalu, timbul pelbagai spekulasi terhadap hubungannya bersama isteri.
Aktor berasal dari Singapura itu menjelaskan dia perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum berkongsi tentang kisah peribadinya kepada orang ramai.
“Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini.
“Banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Terutamanya melibatkan soal jaga hati dan perasaan anak-anak.
“Saya faham sebagai public figure, orang nak tahu tentang diri kita. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya dan ada juga yang mendoakan,” katanya.
Aktor itu menambah, isterinya juga kini masih menguruskan kerjaya seninya.
“Isteri masih lagi menguruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Tiada masalah,” katanya lagi.
Dia juga berkata bahawa hubungannya bersama Mel masih baik.
Dia menjelaskan mereka sekeluarga turut meraikan bersama pada Aidilfitri baru ini.
“Hubungan kami masih okay. Hari raya pun kami keluar bersama anak-anak,”
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.
Walau bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk bersikap eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.
PELAKON popular, Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang semalam. Pasangan ini memilih nama Ayya Soffya anak ketiga mereka ini bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Suami juga ada menemani sepanjang proses bersalin tadi. “Keadaan bayi sihat. Insya-Allah, jika semuanya okey saya akan dibenarkan keluar dalam waktu terdekat,” kata Wawa kepada Harian Metro. Wawa juga melahirkan rasa syukur apabila dapat bersalin secara normal dan dipermudahkan sepertimana anak pertama dan kedua dulu. “Saya juga akan berpantang macam biasa dan dibantu mak. Kebetulan mak memang ada di sini, jadi sedikit sebanyak membantu dan memudahkan,” katanya.
Lebih istimewa lagi, kelahiran bayi ketiga pasangan ini awal sehari dari tarikh hari lahir Aeril Zafril. Itu yang dikongsikan oleh Wawa Zainal menerusi laman instagramnya pagi tadi. Happy birthday day soulmate @aeril_zafrel .. sepatut nya due @ayyasoffya harini. Sama date ngn awk. Hehe .. selamat berjuang kembali tuka pampers baby,susu kan. Pujuk babyTq teman saya bertarung nyawa dari pagi smpi ptg tadi..I love u 3000 @aeril_zafrel
Sebelum itu, Aeril turut memuat naik berita kelahiran anak perempuannya di laman instagramnya. Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya#wawabundleofjoy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.