Benarlah anggapan yang mengatakan kesetian seorang isteri diuji ketika tidak memiliki apa-apa. Manakala si suami pula diuji bila mana mempunyai segalanya.
Kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya. Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun.
Jadi sebagai suami, jangan asyik kondem isteri sahaja, lebih lebih lagi jika mereka sudah tidak selangsing atau secantik dulu. Kena baca apa pesanan Intan Dzulkefli kongsikan di sini. Moga jadi panduan dan pedoman untuk semua pasangan suami isteri.
Isteri Tak Lagi Secantik Bidadari
Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut.
Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.
Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.
Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.
Ads
memangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.
Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.
Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.
Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.
Tundukkan Nafsu Jahat
Ads
Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.
Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, “Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)
Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.
Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.
Ads
Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.
Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.
Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.
Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?
Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi sebarang perkara perihal membabitkan rumah tangganya di media sosial.
Menurut laporan Utusan Online, Diana berkata, itu adalah cara bagi menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga seorang aktor serta pengarah, Farid Kamil.
“Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial. Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang.
“Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.
Bercerita lanjut, Diana turut mengakui persefahaman dan toleransi antara hubungan suami isteri penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia serta keluarga harmoni.
“Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.
“Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 7.
Lama tidak mendengar khabar pelakon putih melepak ini. Jika dahulu wajahnya sering menghiasi ruangan drama. Watak antagonis yang dibawakannya tidak pernah mengecewakan.
Namun seiring dengan kemunculan muka-muka baru, kelibatnya jarang kelihatan. Sebelum ini, Zila Bakarin mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan berhijab. Dia menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar memakai tudung menerusi akaun Instagramnya buat tatapan umum. Menurut pelakon ini dalam satu pendedahan bersama Gempak, keinginan berhijab datang sendiri tanpa pendapat atau paksaan mana-mana pihak. Tatkala mengimbas kembali momen ketika dia memilih untuk memakai hijab, jelas pelakon Dendam Arora ini, segalanya berlaku secara tiba-tiba
“Ketika itu saya mahu mengambil anaknya di sekolah. Bila keluar, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans.
“Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama.
“Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai. Bila keluar rumah terus rasa macam selamat je,” katanya. Dalam pada itu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).
Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang. Tambahnya, penglibatan dalam program tersebut adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa takut untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya.
Bagaimanapun Zila tidak mahu tidak mahu menangguhkan perkaran yang baik dan terus menerima tawaran tersebut. Zila antara salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON bagi program tersebut. Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat. sumber: Astro Gempak & zilabakarinofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pastinya ramai ibu-ibu diluar sana mahu kurus seperti wanita ini. Siapa tidak mahu tampil kurus, turun sebanyak 16kg dalam masa hanya 100 hari sahaja.
Ibu anak tiga ini, Nor Azwana merupakan Ummi si kucing Jep yang cukup dikenali semua orang. Jika dulu Ummi tampil sedikit berisi, kini Ummi bagaikan anak dara.
Hebatnya kerana Ummi tidak langsung menggunakan sebarang produk kurus tetapi menjaga pemakanan sahaja. Eat clean katanya. Perkongsiannya di album fat to fit journey miliknya mendapat perkongsian ribuan pengikut. Hebat!
Bagi ibu-ibu yang turut sama nak berdiet bolehlah tiru pemakanan sihat Ummi ni. Memang hebat!
Hari ini genap 100 hari Ummi berdiet. Akan diteruskan mungkin sehingga hari ke 1000, siapa tahu. Perjalanan yang sangat best, santai santai aje, no pressure melainkan pressure cooker. Buat rebus keledek.
Disebabkan Ummi dulu-dulu naik semangat (terbakor,tersentap, terinspirasi) bila tengok gambar before after orang lain, jadi nya Ummi nak sebarkan semangat bagi ibu-ibu dan belum lagi ibu untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik dan sihat. Insyaallah.
Pakai baju yang sama.
Tips dia mudah saja. Malahan tips-tip ini banyak didapati dalam majalah dan internet. Ibarat nya, semua orang pun tahu.
Jom gais! apa tunggu lagi. 3 bulan lost 16kg..
1) Tak minum/makan manis (gula)
2) Tak makan selepas jam 8 malam
3) Banyakkan sayur dan buah-buahan
4) Sukatan nasi 1/2 cawan kadang-kadang 3/4
5) 70-80% eat clean (rebus , bakar, panggang, kukus, tiada process food)
6) Exercise kadang-kadang
Air manis & makanan manis tak ambil, Ada la average seminggu sekali sebagai cheatday..
So ini lah album nya. Maybe ada yang nak tengok apa ummi makan..
Cuba try.. insyaallah memang jadi.
Berikut merupakan perkongsian jenis-jenis makanan eat clean yang disediakan Ummi setiap hari. Jom kita tiru!
Sarapan ummi pagi ni.
oat pancake
1/2 cup oat (rendam dalam air panas 2 min)
1 bj telur
1/4 cup susu segar (optional)
Secubit garam
Kata Ummi kena dulukan buah dan sayur. Nasi jangan banyak, cukup 1/2 cawan je kalau teringin nak makan nasi.
Yang bestnya makan durian pun boleh tau tapi jangan lah lupa diri. Cukup 3-4 ulas dah le.
Saje nak bagitau ni, fakta pasal durian.
*Kalori dalam seulas durian tak tinggi mana dalam 50kcal *bebas kolestrol *bernutrisi mcm vit c, antioxidant, calcium n mcm2 lagi *seulas mngandungi 1-2gram lemak.. tp lemak baik bukan lemak trans *kandungan gula dalam seulas adalah +-10gram.. kalau 2-3 ulas masih rendah dari setin air gas..
jadi..boleh je nak makan.. jangan lah banyak-banyak, 2 hingga 4 ulas ok la.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.