Bila perintah kawalan pergerakaan hadkan hanya seorang sahaja ahli keluarga keluar membeli barang keperluan.
Situasi ini turut dirasai oleh lelaki ini. Ikuti perkongsiannya.
BILA SUAMI BELI TUALA WANITA
Bila Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan, hanya ketua keluarga je boleh keluar.
Masalah datang apabila ketua keluarga sampai di bahagian ini. 15 minit saya kat depan tu belek-belek dan baca label semua. Bermacam-macam yang bermain di fikiran saya.
Banyaknya brand? Brand mana yang bagus? Kenapa satu brand tapi ada dua tiga warna pack dia? Banyaknya jenis? Wing dan tak wing? Kepak apa? Slim dan normal? Maxi tu maximize ke? 22cm? 23cm? 32cm? 35cm? Macam mana kalau beli yang 22cm tapi dia nak yang 23cm? 1cm tu banyak ke beza rasa dia? Rasa apa? Saya mula panik.
Macam mana kalau beli yang 35cm tapi dia rasa panjang sangat? Kat cover ade tulis 28cm tapi kat rak ni kenapa takde 28cm? Kenapa yang overnight tu 35cm tapi sebelah dia overnight 29cm? Ade malam lain-lain keperluan ke? Dia nak yang overnight ke yang siang punye? Aritu ade beli yang paling besar tapi kenapa bulan lepas dia nak yang slim?
Yang mana lagi berbaloi? 14 keping ke 16 keping? Ke valuepack berpuluh-puluh keping? Berapa keping nak beli ni? Berbaloi ke beli banyak? Kalau salah beli macam mana? Kenapa yang ni lagi murah dari yang tu? Extra dry tu maksud dia kering sangat ke? Odorfree tu takde bau ape? Gel tu macam mana? Macam sanitizer ke ada yang gel ade yang liquid?
Kenapa terlalu detail dan terlalu banyak pilihan yang perlu dibuat? Kenapa tak macam pampers anak? Senang je kalau nak beli. Yang XL memang XL. Yang M memang M. Takde pakai sentimeter. Takde kepak boleh terbang, takde siang malam pagi petang. Haaa..
Ads
DAH KAHWIN KENA BELI
Dulu masa mula – mula kahwin memang malu masa beli ni. Tapi sekarang tak malu dah. Cuma kena berdiri termenung depan rak tu lame sikit. Tak peduli pun orang lalu ke tersengih-sengih ke. Janji saya dapat beli yang terbaik untuk isteri. Harap-harap la tak silap.
Sampai rumah dengan bangganya bagi kat isteri dengan penuh harapan dia suka apa yang saya pilih untuk dia. Ade bulan tu dia puji. Ade bulan tu dia takde respon. Ade bulan tu kene beli tambah sebab tak cukup.
Orang kata perempuan selalu overthink, terlebih fikir. Tapi dalam bab memilih benda ni sebenarnya lelaki ada bermacam-macam soalan dalam kepala dia.
Betul ke kalau salah beli boleh menyebabkan kemurungan? Ada juga yang kata yang penting “suami kena ikut arahan”. Bukannya tak nak ikut, cuma bila yang diberitahu tu takde atau packaging dia dah tukar, dari tenang terus jadi panik tau tak?
Demimu isteri. Biar suamimu panik berpeluh termenung depan rak tu. Asalkan dapat membantumu pada waktu itu.
Ads
Yang penting, #dudukrumah.
JANGAN PANIK WAHAI SUAMI
Cadangan untuk atasi panic buying jenis ni :
– Video Call.
– Awal-awal isteri bagi gambar hasil carian Google.
– Bagi suami bawak plastik yang bulan lepas kalau ada simpan lagi.
Apa korang punya cara supaya suami tak salah beli?
Share post ni sebagai tanda #soladiriti kepada para suami yang panik. Haha..
Ads
Ingat, kalau salah beli, jangan mengeluh. Pakai sanitizer, pakai mask, keluar dari rumah, pergi tukar dengan seberapa segera. Kerana semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kalau isteri masam muka, alamatnya tak makan la. Jangan main-main tau..
Saya faham ramai isteri lalui situasi seperti di bawah :
“Abang, beli brand kotex, warna purple, 32cm, takde wing, odorfree, tak nak yang gel tau, gatal nanti. Tak nak salin ke?”
“Abang ingat semua, jangan risau. Bulan lepas kan dah beli?”
Bila balik…
“Okey, abang dah beli brand Libresse sebab dia ada offer RM2. Warna biru pack dia sebab cantik, abang tau sayang suka warna biru. 28cm cukup kot, nak panjang-panjang buat apa, yang ada wing bagus kan? Lebar sikit. Siap abang beli yang ade bau wangi dengan gel bagi sayang selesa. Pandai kan abang? Suami mithali kan?”
Apa perasaan korang bila jadi macam ni?
Jangan serius sangat ye. Ini hanya penulisan santai buat mengisi masa #dudukrumah kita.
Perkongsian daripada suami ini ada betulnya tentang ragam orang perempuan bila dipuji oleh suami dalam bab menyediakan hidangan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
Isteri saya pandai memasak. Ramai yang puji masakan dia. Tapi ada satu benda yang dia buat saya tak boleh makan. Benda tu ialah sambal belacan. Saya rasa sambal belacan dia ada sesuatu yang mentah.
Saya pernah tegur dia, saya cakap kenapa sambal belacan ni rasa mentah ? Dia jawab sambil merengus, “makan jela”. Jadi selepas itu saya tak makan dah kalau dia buat sambal belacan. Saya malas nak bergaduh. Sebabnya orang perempuan ni kadangkala 10x kita puji masakan dia, dia tak nampak. Tetapi yang kita tegur sekali tu lah yang akan berkesan dalam hati dia.
Selepas anak kedua saya dilahirkan, emak saya ada datang ke Istanbul menziarahi kami. Saya minta mak saya buatkan sambal belacan. Sebab saya memang suka makan sambal belacan emak saya buat. Lepas tu isteri saya mengomel pada mak saya yang dia selalu buat sambal belacan tetapi saya yang taknak makan.
Lama juga saya fikir macam mana nak bagitahu dia yang dia sebenarnya pandai masak, cuma saya memang tak boleh makan sambal belacan dia. Pada suatu hari saya dapat idea. Saya tunggu mood dia betul-betul ok. Kami sedang bersiap sedia untuk makan tengahari. Saya pun buat-buat seperti bercakap dengan anak-anak.
“Sedapnya umi masak, bestkan dapat makan sedap hari-hari. Tapi itulah, banyak-banyak yang umi masak, cuma satu je yang abi tak boleh makan, sambal belacan yang umi buat”. Lepas dengar saya cakap macam tu, dia senyum je sambil cakap “yela nanti umi buat sambal belacan macam abi suka”.
Percaya atau tidak dialog tersebut telah berlaku pada 2 tahun lepas. Dan baru-baru ini kami ada buat majlis rumah terbuka untuk komuniti Malaysia di Istanbul. Isteri saya ada buatkan sambal belacan, dan sambal belacan yang dia buat itu sangatlah sedap tidak terperi. Kalau tak percaya boleh tanya tetamu yang hadir baru-baru ini ke rumah kami.
Bulan depan cukup ulangtahun ke 5 perkahwinan kami. 2012 kami berkahwin, 2015 saya baru jumpa ayat yang betul untuk menegur dia dan 2017 baru saya dapat merasai sambal belacan yang sangat sedap. Itulah dia namanya perkahwinan. Bukan kahwin je terus ‘happily ever after’. Ada banyak perkara akan mengambil masa. Kadangkala sangat lama. Tambahan pula jika tidak bercinta sebelum kahwin.
Itu baru satu bab, bab sambal belacan. Belum bab-bab lain. Jika orang tanya apa itu perkahwinan ? Saya akan jawab “sumpah ! Perkahwinan adalah satu perjalanan yang sangat panjanggggg!” Perkahwinan bukan seperti drama pukul 7 petang. Bukan juga seperti yang dipamerkan oleh instafemas. Kita nak bahagia bukan sahaja depan kamera tetapi juga disebalik kamera.
*Berkahwin atau tidak, bercerai jadi duda atau janda, ada anak atau tidak, yang penting kedudukan kita disisi Allah SWT.
Seperti kebiasaan, setiap kali hujung tahun ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Lebih-lebih lagi, waktu ini bertembung dengan cuti persekolahan dan ramai di antara ibu bapa mahu menghabiskan cuti tahunan.
Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari mengakui pengalaman bercuti kali ini berbeza dari sebelumnya kerana pada percutian kali ini, dia dan isterinya Scha Al Yahya menjaga anak sendiri tatkala bercuti di luar negara tanpa pengasuh merupakan pengalaman mencabar.
Namun begitu, Awal berkata hubungan dia dengan anak-anak menjadi lebih dekat pada percutian kali ini kerana semuanya mengenai anak-anak mereka uruskan sendiri.
Baru Tahu Peel Anak-anak
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari memuat naik satu hantaran di Instagram yang memperlihatkan dirinya bersama kedua cahaya matanya ketika berada di luar negara. Jelas Awal, berada jauh tanpa pengasuh telah banyak mengajarnya tentang erti kesabaran selain mendekatkannya dengan anak-anak.
Baru tau ‘peel’ anak-anak kita, macam mana nak jaga ‘mood’ mereka, nak pastikan semua terjaga dan yang penting sekali, untuk letakkan mereka sebagai keutamaan berbanding keperluan sendiri.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 41 tahun ini menyatakan sebenarnya banyak tempat yang ingin diterokainya dan juga restoran yang ingin dikunjungi, namun tidak dapat dilakukannya kali ini akibat keadaan yang tidak menginzinkan.
Tetapi kami tak merungut, malah saya berasa lebih dekat dengan anak-anak kerana sebelum ini tidak pernah merasai pengalaman sebegini.
Lebih Peka
Di samping itu, Awal juga menjelaskan perkara penting yang dipelajarinya adalah memastikan bekalan susu anak-anak mencukupi, air panas, jaket, sarung tangan dan topi untuk memastikan kedua puterinya itu nyaman.
Yang penting bekalan susu cukup, air panas ada, cucut dengan blankie tite ada, gloves, jaket dan topi ada untuk bagi mereka kekal panas. Lampin and tisu bayi jangan lupa. Sentiasa simpan 5 dalam bag, sebab sejuk lampin cepat basah.
Sekadar info, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, Lara Alana, 8 tahun , dan Lila Amina, 1 tahun setengah.
Tidak dinafikan kini, media sosial seperti Tiktok menjadi platform yang cukup digemari ramai. Baik yang dewasa mahupun kanak-kanak sudah terdedah sehingga menimbulkan pelbagai implikasi.
Bahkan anak-anak kecil sudah pandai menggunakannya. Tidak perlu berdaftar seperti akaun media sosial lain pun ia bebas dilayari.
Tidak harianlah ramai ibu bapa risau akan keselamatan anak-anak mereka terutama yang cepat meniru aksi yang ditonton dan tidak dipantau dengan baik.
Dalam satu perkongsian menerusi akaun TikTok wfsufina ada memuatnaik satu tips yang mungkin boleh ibu bapa cuba praktikkan dalam memantau anak-anak menonton akaun TikTok.
Berikut beberapa langkah yang boleh anda lakukan:
Buka akaun TikTok anda.
Pergi ke bahagian ‘Settings‘.
Skrol ke bawah dan tekan butang ‘Family Pairing‘. Jadi, anda akan nampak senarai semak di mana anda boleh kawal masa tontonan, tapis kandungan dan privasi atau keselamatan.
Kemudian, klik butang ‘Next‘ dan anda akan nampak dua ikon, iaitu ibu bapa dan remaja.
Selepas itu, anda harus tekan butang ‘Next‘ dan akan diberikan kod QR.
Bagi anak anda pula, caranya sama sahaja dan hanya menekan pada butang remaja dan scan kod QR tersebut.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.