Apabila bergelar suami isteri, tentunya pelbagai cabaran akan ditempuhi dalam menguruskan rumahtangga. Bagi isteri pula, walaupun bekerja atau menjadi suri rumah , urusan hal anak-anak, memasak dan mengemas masih menjadi keutamaan. Malah kadang kala, jika suami tidak memahami ia akan memberi tekanan kepada dirinya. Pengakuan yang diceritakan oleh ibu kepada tiga orang anak iniini di laman facebooknya Masturah Abu Bakar memang mengejutkan tetapi penuh tersirat.
Namun, mujur suami memahami dengan turut sama membantu. Bagaimana jika ada segelintir suami yang tidak memahami. Moga perkongsian ini menjadi kita sebagai pasangan yang saling melengkapi.
BILA ISTERI HAMPIR HILANG WARAS
Semalam saya hampir hilang kewarasan. Terlalu penat berkerja di rumah dan mengurus anak-anak. Seminggu yang panjang, sendiri mengurus anak-anak. Suami tak sihat, ada kelas hingga ke malam dan ada kursus penuh di hujung minggu.
Houd meragam yang tak boleh nak dipujuk. Tidur malam tak lena. Melekat saja mulutnya menyusu. Anak2 lain juga mahu perhatian. Saya perlu masak dan bereskan hal rumahtangga dan bisnes. Saya letih. Mental saya dah exhausted. Enjin saya hampir terhenti. Isteri
Dalam perjalanan balik rumah, saya minta suami turunkan saya. Dan bertanya boleh tak saya nak berjalan kaki hingga sampai ke rumah?
Saya perlukan masa bersendiri.
Melalui permintaan saya tu, suami tahu saya dah tak boleh berfikir dengan baik. Saya perlu rehat.Sampai sahaja di rumah, saya masuk ke bilik. Suami layan anak2 dan tutup pintu bilik. Suami batalkan kelas petang tu sebab nak take part jaga anak2.
Saya tertidur. Rasa dah lama tak tidur selena itu walaupun hanya sejam.
SURPRISING, bangun tidur saya terus bertenaga.
Emosi saya stabil. Mental saya stabil. Badan rasa segar.
Saya boleh tersenyum.
Alhamdulillah. Dengan rehat hanya sejam, saya waras kembali.
Bayangkan kalau saya tak diberi peluang oleh suami untuk berehat? Bayangkan suami perlekeh saya dan kata saya hanya mengada-ngada? Apa tindakan saya? Macam mana dengan anak2?
Sebab itulah betapa pentingnya komunikasi suami isteri. Dan pentingnya suami yang memahami. Boleh membaca riak isteri yang dah terlalu kepenatan. Boleh bertoleransi menjaga anak2 dan beri peluang isteri berehat.
Jangan perlekeh isteri. Jangan sindir. Jangan perli. Jangan membanding-bandingkan. Sebab kalau isteri cakap saya PENAT, saya NAK REHAT.
Dia betul-betul dah penat. Jangan paksa dia. Nanti kewarasannya hilang. Anak2 jadi mangsa marah. Jadi tempat lepas kepenatan.
Sebab tu ada kes ibu bunuh diri sebab depresi.
Jadi para suami berhati-hati. Kalau isteri cakap penat, she really means it.
Sumber: Masturah Abu Bakar