Dalam kehidupan rumah tangga, sokongan dan kata-kata penghargaan daripada pasangan boleh menjadi ubat yang paling mujarab.
Seorang isteri yang seharian menguruskan anak-anak kecil di rumah pastinya melalui cabaran yang tidak sedikit letih, penat, dan kadangkala diuji dengan emosi yang turun naik.
Menarik dengan perkongsian ini, seorang suami menunjukkan bagaimana kata-kata sederhana tetapi penuh makna mampu menjadi penguat semangat buat isterinya. Kisah yang sungguh inspirasi.
Saya suka bagaimana suami memotivasikan isterinya untuk sentiasa positif dengan anak kecil 3 ketul di rumah ni 24 jam.
Setiap kali dia balik, dia akan tanya,
“siapa yang paling banyak bagi pahala harini dekat sayang?”
Semestinya yang no dua. Selalunya suami sampai rumah, anak anak semua dah siap mengaji dan tidur. Depa pun dah lali lena bawah ketiak umminya.
Semoga semua jalan jalan pahala ni, dapatlah kambus dosa dosa yang tak terperasan dan yang terperasan.
Sebab, sehabis mana pun kita usaha, kita tetap akan cuai sebagai manusia🥲.
Kita ni tak banyak pahala. Dosa pulak banyak.. moga moga ujian dan latihan yang Allah bagi sikit sikit ni, itulah ladang pahala yang besar.
Rugilah kalau kita mengeluh untuk pahala.
.
.
Dia macam, Allah nak bagi kita duit saving banyak banyak, tapi kita mengeluh, kenapa banyak sangat saving akhirat kita nak dapat?
“Bagi sikit je duit tak boleh ke?”
Ada ke orang tanya gitu kalau kita convert ke currency keduniaan?😆
Sebabtu lah, nabi pesan..
Orang yang bijak ialah orang yang berwawasankan akhirat.
Orang yang berwawasankan akhirat ni tak semestinya ustaz ustazah saja..
Salah..
Tapi, orang yang berwawasankan akhirat ialah seseorang yang buat sesuatu untuk tabungan di sana.
Matlamat hidup dia bukan untuk kesenangan sehari dua, tetapi untuk kesenangan abadi selamanya.
Jika kita hidup betul betul berwawasankan akhirat, hidup kita akan tenang, aman dan positif.
Sumber: Zirwah Al Idrus