
Menyentuh bab merakam foto kenang-kenangan, biarpun sudah lama berkahwin, bila bergambar dengan pasangan tentu kita hendak nampak seperti pasangan sejoli. Nampak sama padan, sama cantik bagai pinang di belah dua. Betul tak?
Oleh itu, sekiranya si isteri mempunyai ketinggian lebih daripada suaminya, mungkin kalau sama-sama berdiri gambar yang terhasil akan menampakkan perbezaan ketinggian yang ketara.
Sebenarnya ada helah atau tip bergambar yang boleh dipraktiskan agar gambar yang terakam oleh lensa kamera nampak begitu sempurna dan manis ditatap.
Nak tahu bagaimana?
Ini dia perkongsian melalui pengalaman daripada syamimiasilah di akaun tweeternya.
TIP 1 : TUNDUKKAN WAJAH
TIP 2 : BERDIRI SEBELAH KAKI
TIP 3 : SOROK BELAKANG SUAMI
TIP 4 : SAMA-SAMA DUDUK
Nak Elak Habuk Melekat Pada Jaring & Bilah Kipas, Guna Cuka & Pelembut Pakaian je.Petua Mudah Tapi Berkesan!

Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Untuk mencucinya, Kena buka satu persatu bahagian jaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Ini tip mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Ini cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas.
Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer.
Caranya:
1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.
3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.
4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.
6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!
7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.Hu2
Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni??
Selamat mencuba!
Kredit: Alosnida Musa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Berhenti Kerja!

Berhenti kerja dalam zaman sekarang mungkin memerlukan anda berfikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan. Ia bukan satu perkara mudah kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu?
Jika anda sudah pun mendapat kerja baru di tempat lain, mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Namun sebaliknya jika anda baru mahu mencari atau mendapat pekerjaan yang lain. Sudah tentu banyak persoalan yang perlu dipertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja.
Nah, kena fikir masak-masak dan ini empat perkara penting yang perlu anda titikberatkan sebelum berhenti kerja.
1.Keperluan Kewangan
Dalam apa jua situasi, kewangan seharusnya menjadi perkara utama. Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi sekarang. Pasti anda sudah memiliki beberapa aset seperti kereta dan rumah yang memerlukan pembayaran secara konsisten setiap bulan. Pada peringkat awal, mungkin wang simpanan boleh membantu tetapi secara tidak langsung ia tetap menambahkan bebanan.
Apabila terdesak, anda mungkin akan menerima apa jua jenis pekerjaan dan berhadapan dengan krisis kerjaya. Jadi jangan terburu-buru, sebaliknya buat perancangan sebaik mungkin. Anggap kerjaya sekarang sebagai tabung sambil mencari pekerjaan yang diidam-idamkan.
2.Cari Kegembiraan Dalam Pekerjaan
Bukan mudah untuk seseorang mendapat kerja yang diidam-idamkannya.ibarat bulan jatuh ke riba kaedahnya. Namun, jika sebaliknya jangan putus asa atau tetap menanti. Jika ada tawaran lain yang datang, jangan terus tolak bagi memastikan anda tidak menganggur dan dapat menanggung perbelanjaan diri.
Sebenarnya ramai yang senasib dengan anda dan berhadapan dengan dilema. Namun begitu, jangan bersedih sebaliknya cuba bekerja keras serta berfikiran positif. Buangkan rasa kecewa dan cuba bersyukur dengan rezeki yang diterima. Ia sedikit sebanyak akan membantu menjadikan mood kerja anda bertukar lebih baik. Mana tahu, lama-kelamaan anda akan jatuh cinta dengan kerjaya tersebut.
3.Lakukan Perancangan Terbaik
Jika anda mempunyai matlamat dalam pekerjaan yang diinginkan, gunakan masa lapang sebaiknya dengan mencari pelbagai informasi yang diperlukan. Proses mencari pekerjaan ideal memerlukan anda untuk melakukan sedikit penyelidikan. Kumpul sebanyak mungkin informasi tentang pekerjaan mahu pun syarikat tertentu agar anda sentiasa bersedia jika ada jawatan kosong.
Sudah menjadi lumrah, peringkat awal adalah begitu sukar untuk mendapat pekerjaan yang dimahukan. Bagaimana pun pengalaman pasti akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.
4.Lakukan Apa Yang Diminati
Setiap daripada kita sudah tentu mempunyai impian masing-masing yang ingin dicapai. Kenal pasti apakah ia dan bagaimana impian itu mampu direalisasikan. Walau pun begitu, ramai di antara kita yang hanya memasang angan namun tidak sanggup mengejarnya. Mereka lebih sanggup mengikut apa sahaja yang terhidang di hadapan mata tanpa mahu memikirkan perubahan yang mungkin menyusahkan diri sendiri. Jangan lepaskan impian itu namun dalam masa yang sama harus menjaga kerjaya sekarang agar tidak memudaratkan diri di kemudian hari.
“Makin Sihat & Berisi Sekarang.” Ainul Nak Belajar Makan, Ibu Minta Pendapat Makanan Sesuai Guna Tiub

Isi Kandungan
ToggleMenginjak umur setahun pada beberapa minggu lepas, pastinya perkembangan bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia ini sentiasa dinantikan.
Terbaru, ibu kepada bayi comel, Ainul Mardhiah dalam perkongsiannya di instagram berkira-kira untuk memberi makanan awal untuk anaknya.
Menerusi Instagram Nurul Erwani tu sempat mencoretkan keletah anaknya itu yang terlalu menggemari permainannya sehingga sewaktu tidur pun masih memegang objek tersebut.
“Ainul setia bersama mainan paling disukainya. Waktu tengah tidur pun gengaman masih kuat pada mainan kesukaannya. Cuba lah sesiapa tarik atau ambil dari tangan Ainul, mesti Ainul akan tarik balik tak bagi ambil.❤️
Dalam masa yang sama, dia turut bertanyakan makanan yang sesuai untuk bayi yang menggunakan tiub perubatan untuk makan.
“Nak tanya pada sesiapa yang berpengalaman atau ada anak yang pakai gastrostomy/button feeding, selalu bagi blended food apa ya? Boleh share pada mama Ainul. 😊
View this post on InstagramA post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on
Pertanyaan Erwani mendapat respond dari pengikutnya di laman isntagram. Ada yang memberi nasihat tak kurang yang memuji akan kecomelan Ainul.
nanarahman81 saya cuma blend buah or sayur pastu tapis .. buh air skt. tapi kadang kadang susah gak nak turun laju (x lepas). Banyak saya bagi susu pediasure je skrg tuk baby dapat vitamin yang secukupnya
rabiatul_abdrahman Akak masuk happy baby food malaysia.. bnyak info n jnis soid food berkhasiat untuk baby.. sampai mommy akan rambang mata nk masak nnt haha 😍😂😍😍
nurulhidayahmdnor Boleh follow fb baby food malaysia
norainibtmohdzain Bulat dh ainul skrg.. Suka tgk dia 😍😍
wnshni Alhamdulillah nampak ainul makin sihat setiap hari..semoga ainul membesar dengan jayanya..😘
Sumber: IG _nrlerwani